CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30712|Reply: 0

[Perlis] Tiga premis lombong bitcoin guna elektrik haram dibongkar

[Copy link]
Post time 18-11-2025 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Muhammad (dua dari kiri) menunjukkan peralatan perlombongan bitcoin yang dirampas pada sidang akhbar di Balai Polis Simpang Empat, Kangar hari ini.





Tiga premis lombong bitcoin guna elektrik haram dibongkar



  • Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
  • 18 November 2025, 5:17 pm








KANGAR – Polis membongkar kegiatan perlombongan bitcoin di tiga premis di sini dan Kuala Perlis yang dikesan menggunakan sambungan elektrik haram dalam tempoh 48 jam hasil siasatan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, operasi bersama Unit Risik Polis Marin Kedah/Perlis dan TNB (SEAL Utara) membawa kepada serbuan di tiga premis yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut.

“Serbuan pertama kira-kira pukul 10.15 malam, 13 November lalu di sebuah premis perniagaan di Kuala Perlis membawa kepada rampasan 40 mesin melombong bitcoin, 30 unit ‘blower’, peralatan komputer, router, set televisyen litar tertutup (CCTV) dan pelbagai peralatan lain,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Simpang Empat di sini hari ini.

Katanya, serbuan seterusnya dilakukan pada pukul 3.05 petang, 15 November lalu di Kangar Jaya yang membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sebelum polis dipandu arah ke premis ketiga di Taman Putra Utama sekitar pukul 6.30 petang hari sama.

“Serbuan itu membawa kepada rampasan 72 mesin melombong bitcoin, 36 blower, beberapa unit komputer, modem internet, router, CCTV, kad SIM serta sebuah telefon pintar jenama iPhone dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM421,690,” ujarnya.

Muhammad berkata, pemeriksaan fizikal oleh TNB turut mengesahkan wujud bukti penyambungan elektrik tidak sah pada pemasangan elektrik di semua lokasi serbuan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/tiga-premis-lombong-bitcoin-guna-elektrik-haram-dibongkar/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2026 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.051836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list