CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 657|Reply: 5

'Ribut Tropika Senyar sudah mati' - KP MetMalaysia

[Copy link]
Post time 28-11-2025 03:26 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Senyar dilaporkan sudah tiada di Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.


"Boleh kata dah mati. Kesannya yang tinggal cuma hujan sahaja," katanya kepada BH.


Sebelum ini, MetMalaysia melaporkan, ribut itu mendarat di kawasan pantai antara Selangor dan Negeri Sembilan pada jam 12.30 tengah malam tadi, dengan kelajuan angin maksimum mencecah 65 kilometer sejam (km/j).


Sementara itu, MetMalaysia petang ini mengeluarkan nasihat berkaitan Lekukan Tropika yang dikesan pada jam 11 pagi ini di latitut 4.0 utara dan longitud 10.4.0 timur.


MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, Lekukan Tropika itu bergerak ke arah timur Semenanjung dengan kelajuan lima km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 56 km/j.





"Jarak lekukan tropika itu dari bandar terdekat adalah kira-kira 81 kilometer ke timur laut Kuantan, Pahang.


"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.


Mohd Hisham berkata, lekukan tropika baharu itu dikesan di perairan luar Kuantan dan memberi impak di kawasan pesisir pantai antara Pahang dan Terengganu.


Namun, jelasnya, lekukan berkenaan dijangka bergerak menjauhi Malaysia dan kesannya tidak seteruk Ribut Tropika Senyar.


Pada sidang media semalam, Mohd Hisham dilaporkan berkata, Ribut Tropika Senyar mula memasuki ruang udara negara sejak jam 3 petang semalam dan dijangka mencetus impak hujan lebat berterusan bermula tengah malam tadi.


Beliau dilaporkan berkata antara negeri yang dijangka menerima impak ribut ialah Perak, Selangor dan sebahagian kawasan di Pahang.


Katanya, ribut tropika itu mula memberi kesan di Indonesia sejak 3.30 petang tadi sebelum memasuki Semenanjung dan bergerak menuju Laut China Selatan.


Sebelum ini, MetMalaysia melaporkan, ribut itu mendarat di kawasan pantai antara Selangor dan Negeri Sembilan pada jam 12.30 tengah malam tadi, dengan kelajuan angin maksimum mencecah 65 kilometer sejam (km/j).


Pada sidang media semalam, Mohd Hisham dilaporkan berkata, Ribut Tropika Senyar mula memasuki ruang udara negara sejak jam 3 petang semalam dan dijangka mencetus impak hujan lebat berterusan bermula tengah malam tadi.





Beliau dilaporkan berkata antara negeri yang dijangka menerima impak ribut ialah Perak, Selangor dan sebahagian kawasan di Pahang.


Katanya, ribut tropika itu mula memberi kesan di Indonesia sejak 3.30 petang tadi sebelum memasuki Semenanjung dan bergerak menuju Laut China Selatan.


Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2025 03:31 PM | Show all posts
alhamdulillah. ni pun dah tak hujan. kesian haiwan2 musim hujan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 04:19 PM | Show all posts
bagus,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah... tapi kesannya hebat juga.. banyak laporan pokok tumbang n banjir
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 05:29 PM | Show all posts
alhamdulillah...semoga Allah merahmati Malaysia
tengok video angin kencang
air di lautan terhempas kuat
menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat tak jumpa maknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049574 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list