|
View: 5475|Reply: 53
|
[Tempatan]
Berita Sedih: Pelajar PhD Usia 25 Tahun Maut Kereta Terjunam Di Tasik Universiti
[Copy link]
|
|
|
Edited by borne at 3-12-2025 12:49 AM
Jeli: Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) maut, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik di dalam kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 6.20 petang, mangsa Muhammad Amidee Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang sempat keluar menyelamatkan diri kini dirawat di unit kecemasan Hospital Jeli.
Allahyarham seorang pelajar yang pintar sehingga berjaya meneruskan pengajian ke peringkat PhD dalam usia masih muda.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kenderaan Perodua Axia melalui selekoh dan menuruni bukit.
"Kenderaan yang dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke dalam tasik.
"Rakan mangsa yang berada di bahagian penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri, manakala mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah.
Umk pengkalan chepa tu pulak kawasan banjir.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 3-12-2025 01:03 AM
Salam takziah.
Umk pengkalan chepa tu pulak kawasan banjir.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 3-12-2025 01:13 AM
Bagi je la PhD tu kat allahyarham posthumous.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 3-12-2025 01:13 AM
Umk kampus induk kat bachok iols tak pernah pergi lagi. Selalunya bachok tu banjir lite lite je.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
Takziah kpd keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
25 tahun dah sambung PhD. Allah lebih menyayanginya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni kes polis msuk sungai,ni kes pelajar pulak. Msti kawan tu trauma,x dpt slmat arwah. Al fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah
herlokkkkkkkkkkknya arwah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah...hilang permata negara seorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah. budak pandai ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Herlok.... tak sempat kawen  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akuMNdia at 3-12-2025 09:57 AM
lagi trauma aku rasa kes yang anak beranak (anak pempuan dgn mak yg dah tua).
'Kaki ma kejang... jangan tinggalkan ma...' - Jeritan terakhir ibu sebelum dihanyutkan arus deras banjir
Oleh Siti Rohana Idris - November 26, 2025 @ 11:23am
Anggota bomba menyelamatkan seorang mangsa yang terperangkap apabila kereta dipandu dihanyutkan arus deras yang mengorbankan seorang wanita warga emas di Kampung Bendang Nyior. - Foto ihsan bomba
TANAH MERAH: Seorang wanita warga emas ditemui lemas apabila kereta dinaiki bersama anak perempuannya dihanyutkan arus deras ketika banjir melanda Kampung Bendang Nyior di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi itu mengorbankan Siti Gayah Zakaria, 70, manakala anaknya, Shamila Suzie Ahmad Basharuddin, 48, selamat.
Shamila berkata, sebelum kejadian mereka berdua dalam perjalanan ke Kampung Batu 7 untuk menghantar Siti Gayah ke rumah ahli keluarga kerana dibimbangi kediamannya di Kampung Manal 2 dinaiki air.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kereta jenis Proton Saga FLX yang dipandu meredah limpahan air di atas jalan raya dan baru menyedari arusnya agak deras.
"Keadaan ketika itu gelap dan hanya bergantung kepada lampu kereta, rupanya arus yang melimpah atas jalan sangat deras sehingga membuatkan kereta saya berpusing dan terheret.
"Kereta kami tersangkut di pembentung dan dalam keadaan panik saya mengarahkan ma (Siti Gayah) keluar dan minta dia naik ke atas bonet hadapan, tetapi arus terlalu deras menyebabkan kami berdua hanya berpaut pada cermin kereta selain memegang antara satu sama lain.
"Pada masa sama, saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang lalu. Lama-kelamaan kami semakin keletihan dan ma memberitahu kakinya kejang dan juga supaya saya tidak meninggalkannya.
"Namun, pegangan tangan kami tiba-tiba terlucut sebelum ma terus dibawa arus deras," katanya ketika dihubungi hari ini.
Shamila berkata, dia meraung apabila melihat ibunya hanyut dan dalam keadaan masih berpaut pada cermin kereta dia terus menjerit meminta tolong sebelum disedari orang awam yang melalui kawasan itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.13 pagi dan sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi.
Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi didapati kereta yang dinaiki dua beranak itu tersangkut di pembetung dengan seorang mangsa selamat, manakala seorang lagi hilang.
"Usaha mencari mangsa dilakukan dan wanita itu ditemui jam 7.49 pagi tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ada Universiti Malaysia Kelantan, sama ka dengan yang di Sabah dan Sarawak tu? Siap ada PhD lagi bidang pun bukan kaleng2.
Takziah untuk keluarga.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkinla kan..
kes tu.. dia sempat paut tingkap kereta dengan mak dia.. so kira sama2 usaha nak selamat..
tunggu bantuan.. tapi tangan mak dia terlepas.. takleh buat apa..
kes adik ni pulak mungkin sekejap sangat.. kereta terbabas.. masuk tasik.. entahkan sempat bercakap sesama sendiri ke tidak..
kesiannya la.. kawannya sempat keluar.. arwah tak sempat keluar mungkin samada dia cedera.. atau tak reti berenang.. or posisi kedudukan mangsa yg sukar dia keluar.
terkilan bila orang bijak pandai jadi macam ni.. hilang permata keluarga .. permata negara..
cuba membayangkan benefit yang dia bole bawa andai umurnya panjang..
tapi Allah yang menentukan segalanya..
semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah... ini yang anak bagitahu smlm, senior dia meninggal.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Aamiin.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 3-12-2025 08:17 AM
alfatihah
Cun gila orangnya..
Imagine him talking to god, "Is this the end? My end??!"
Lain la mat rempit ketagih aksi superman 1 sen tak guna tu.
Aku harap malaikat sambut dia cepat2 supaya tak terseksa.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|