CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 75087|Reply: 882

[Tempatan] Baju pengantin ditemui dalam SUV jatuh gaung, 5 hantaran tinggal kenangan

[Copy link]
Post time 7-12-2025 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: Ibu kepada pengusaha kantin, Suzaimah Che Azis, 34, yang maut dalam nahas di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah) di sini semalam memaklumkan anaknya dalam perjalanan pulang ke Lebir, Gua Musang bersama pasangannya setelah membuat persiapan majlis perkahwinan di Terengganu.
Fauziah Mahmood, 58, berkata malah menurut pihak polis, terdapat baju pengantin dalam kenderaan dinaiki anaknya bersama Hassan Shazali, 52, ketika insiden kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan terjatuh ke dalam gaung.
Menurut Fauziah, Suzaimah bagaimanapun tidak memaklumkan kepadanya akan ke Terengganu ketika kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya itu kira-kira 11.30 pagi semalam.
"Biasanya Ja (Suzaimah) akan maklumkan saya dahulu kalau nak ke mana-mana. Namun pada hari kejadian, arwah cuma telefon untuk bincang soal barang-barang di kantin.
"Pada awalnya saya mendapat berita kematian daripada jiran, tetapi rasa macam tidak percaya sehinggalah polis menelefon dan memaklumkan kira-kira 7.30 malam semalam," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini hari ini.








ADVERTISEMENT




















KEADAAN SUV yang dinaiki bakal pengantin terbabas ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah) berhampiran Tasik Kenyir petang semalam. FOTO Bernama.
Fauziah berkata mangsa yang mempunyai tiga anak berusia antara tujuh hingga 15 tahun daripada perkahwinan terdahulu merancang untuk membuat majlis secara kecil-kecilan pada 25 Disember ini dengan menjemput ahli keluarga terdekat.
"Antara persiapan yang telah dibuat ialah lima dulang hantaran.
"Kalau ikutkan 20 Disember ini keluarga sebelah lelaki akan ke rumah untuk berbincang lanjut, tetapi tak sangka jadi begini," katanya dan memaklumkan jenazah Allahyarham Suzaimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lebir, Gua Musang petang ini.
Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Hassan, Che Norhashimah Hassan, 50, berkata beliau terkejut apabila dihubungi polis yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 8 malam tadi.
Che Norhashimah berkata suaminya merupakan Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir dan sudah hampir tiga bulan tinggal berasingan.
"Arwah adalah seorang guru dan ayah yang baik. Walaupun sedih, saya reda dengan pemergiannya dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Norhashimah yang juga seorang guru berkata jenazah suaminya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Kedai Menanti di Pasir Puteh, Kelantan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Acaner boleh terlepas masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2025 05:58 PM | Show all posts
Kes ni pun tengah hangat jugak kt socmed skrang ni
1. Jalan tu ditutup dah camne couple ni boleh masuk area tu dan apa tujuan diorg masuk area tu sbnrnye
2. Couple ni yg lelaki cikgu umur 52, perempuannye makcik kantin umur 34 thn. tgh bertunang tapi keluarga belah lelaki tak sempat jumpe bakal menantu pompuan katenye
3. Arwah lelaki tu ada bekas isteri, baru cerai ex-wife masih dalam iddah. so dlm tempoh iddah tu arwah dah bertunang
4.  ex-wife tak tau pun ex-husband nak kawen lagi. diorg kawen dah 25 thn
5.  adakah ada unsur sondol-menyondol sblm ni? adakah ini kifarah Tuhan bayar cash pada couple ni sampai jatuh gaung?
6. kalau jadi bakal mak mertua ni tua 6 tahun je dgn bakal menantu. like eeuuuuwwww


silakan melahar/mengumpat  dalam thread ni uols
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya nak kawin hari krismas ni. Tapi ajal datang menjemput dulu.
Bila tgk umur kedua2 arwah aku dah berteka2 teki yg lelaki ni duda ke? Rupanya baru bercerai dan bekas isteri masih dalam iddah.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 06:26 PM | Show all posts
Akhirnya masuk forum
Well katanya ada papan tanda jalan ditutup
Tapi takde batu penghadang dekat2 gaung tu
So anyone boleh terjerumus dlm tu
Esp yg jenis tak ikut peraturan jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata ada gambar sexy bertebaran..sis cuba cari x jumpa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 7-12-2025 06:32 PM

Ada 2 kematian yang berbeza berlaku pada Jumaat lepas

Ada kematian yang menghidupkan jiwa
Ada kematian yang menamatkan derita seseorang yang terluka
Ada pengakhiran yang dicemburui
Ada pengakhiran yang membuka 1001 rahsia

Manusia suka bersangka-sangka
Namun Allah jua yang Maha Merencana

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Errrrrrr errrrrrr hurmmmmm nak mengata tapi tahan jemari

Baik bekas bininya cakap baik2 je pasal atok tuh

Yg mak kpd janda Tu takyah la bagi statement apa2
Reti2 wujudkan berperasaan Malu

Puihhh puihhh puihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2025 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh ke dalam , mereka berdua jatuh dgn kereta.
Tp pelik kenapa JKR tak letak batu penghadang terus
supaya orang awam tak alihkan dan guna laluan tikus.

Laluan tikus tu pula seram juga tgk nya.
Haishh..apa komen jkr
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Panas² komen kat FB psl ni
Aku bc smbil lalu je
Hrp bekas isteri boleh dpt pencen
Atau anak² yg msh boleh dpt pencen
Boleh tahan belah pempuan bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 ingatkan SUV tu ikut jalan tanah merah tepi gaung, terbabas drpd laluan & terjunam. Tapi bila baca statement polis & tgk posisi SUV, rupanya SUV tu ikut jalan utama yg terputus tu, & terbang terjunam ke gaung.
Cuma bila tgk gambar jenazah bergelimpangan tu mcm a bit pelik kenapa keduanya mcm terhumban keluar drpd pintu yg sama... bukan opposite pintu? Ke SUV tu berguling ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 7-12-2025 06:28 PM
Kata ada gambar sexy bertebaran..sis cuba cari x jumpa..



Yg ni ke? Tapi ada yg husnozon katenye mungkin masa kereta terjunam tu baju arwah ni pakai pun berterbangan gitu sampai tertanggal. Wallahualam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
___ replied at 7-12-2025 07:11 PM
Mula2 ingatkan SUV tu ikut jalan tanah merah tepi gaung, terbabas drpd laluan & terjunam. Tapi bila  ...

Pastu takde kesan brek kan? Mcm tak sedar apa terus terjunam gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
wife akn dpt pencen arwah sbb isteri dia msh dlm iddah..Tak yah risau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lega akhirnye ada thread .dr smalam iol cr thread kat sini...x zabar nak melahar...
mula baca tajuk berita pun iols dah geli bakal pengantin..wth.... 52..  34 lainlah level2 ira pajira....
Allah bayar cash je di dunia...cuma kesian pd anak2 arwah.. tgok komen mak arwah ckgu pun rasa nak melahar... mcm hepi ja anak tu nk bawak jmpa bakal mnntu...x pikir langsung hati cucu2 tu...
baju kata baju J tu cekci ..mmg agaklah jugak...mcm dress2 hitam tali halus..so bhgn bahu dan sewktunya terdedah ketika mayat dijumpai... tudung nan pun terbang skali agaknya..Allahualam
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Semoga berbahagia di Syurga Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2025 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 7-12-2025 07:14 PM
Pastu takde kesan brek kan? Mcm tak sedar apa terus terjunam gitu.

Yup... according to police, takde kesan brake. Mcm santai2 drive terus terjunam. Tak kan tak perasan ada rekahan jalan & gaung kat dpn. Kejadian berlaku siang atau malam? Yg terbaca dijumpai org awam dlm pukul 5:30 petang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 7-12-2025 07:01 PM
Panas² komen kat FB psl ni
Aku bc smbil lalu je
Hrp bekas isteri boleh dpt pencen

Ada peguam syariah buat ulasan..isteri nya masih terima pencen dan harta pusaka sebb status  dlm iddah..means masih isteri..so hubungan tu belum sah lagi cerai..dan takkan sah cerai sebb lakinyaa dah ninggal..jadi istetinya status bukan janda tapi balu..alhamdulilah..

Skandal mati dlm keadaan aib..niat nak berlakikan penjawat awam dan warisi pencen dan harta tak kesampainn...



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pompuan tu katanya nak masuk perkahwin kali ke 3..  agaknya bru nak bukk buku baru..dpt ckgu + pencen ... rezki x kesampaian
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2025 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku just nak tahu..
Couple ni g kat laluan tu buat apa? ?
Itu je aku nak thu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.663422 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list