|
View: 4448|Reply: 100
|
[Tempatan]
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
[Copy link]
|
|
|
Edited by YgBenar at 10-12-2025 12:29 PM
Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
Restoran Rembayung milik Khairul Aming terima review negatif walaupun belum dibuka, ada yang dengki ke?
Pengumuman restoran pertama Khairul Aming, Rembayung, sepatutnya jadi detik gembira. Tapi lain pula jadinya apabila Google Reviews mula dipenuhi ulasan negatif walaupun pintu restoran itu masih belum dibuka.
Menerusi beberapa screenshot tular, ulasan di Google Reviews menunjukkan rating rendah dan komen sinis oleh individu tidak dikenali.
Review ‘datang entah dari mana’, siap komen panjang macam dah makan
Lebih pelik lagi, ada review lengkap dengan komen panjang seolah-olah pelanggan sudah pun makan di Rembayung.
Sedangkan bangunan itu masih dalam proses akhir sebelum pembukaan rasmi. Di media sosial, ramai meluahkan rasa berang menganggap tindakan meninggalkan review palsu ni langsung tak matang.
Ada juga yang mempertahankan Khairul Aming, mengatakan review tersebut mungkin cubaan menjatuhkan reputasi awal restoran itu sebelum ia sempat beroperasi.
Tiada angin tiada ribut tiba-tiba idola kebanggaan Malaya Khairul Aming umumkan kejutan. Iaitu pembukaan restoran pertamanya Rembayung.
Ramai yang terkejut, ramai juga yang bangga dan ramai juga tertanya-tanya.
Macam mana seorang content creator yang bermula dengan masak di media sosial boleh tiba-tiba muncul dengan sebuah restoran gergasi di tengah Kuala Lumpur?
1. Rembayung bukan kedai makan biasa ia adalah bangunan RM4 juta yang dibina dari kosong
KA bina bangunan baharu dari scratch atas tanah 8,000 kaki di Kampung Baru kira-kira 9 minit dari KLCC.
Ini termasuk:
▶️ Struktur dua tingkat
▶️ Kapasiti 250 orang
▶️ Konsep semi glass house ala warehouse
▶️ Infrastruktur F&B standard restoran premium
Patutlah setahun senyap je rupanya dia tengah bina yang kita pun tak sangka.
2. KA nak bawa kampung ke tengah kota
Ini bukan restoran viral yang sekadar cantik untuk bergambar.
Idea besar Rembayung ialah:
Bila orang masuk mereka rasa seolah-olah balik kampung.
Sebab itu decor dia banyak:
▶️ Elemen kayu
▶️ Daun hijau
▶️ Pencahayaan yang cantik
▶️ Kipas mega yang bagi angin sepoi-sepoi kampung
Visual sahaja tak cukup KA nak orang rasa suasana kampung tu.
3. Kos dapur RM500,000 direka khusus untuk chef
Untuk ramai orang dapur hanya perlu cukup ada periuk. Untuk KA dapur ialah jantung restoran.
Sebab itu dia:
▶️ Labur lebih RM500,000
▶️ Pasang equipment professional-grade
▶️ Pastikan ruang selesa untuk chef yang masak setiap hari
Masakan kampung tapi dapur standard hotel.
Ini tanda KA memang serius dengan kualiti.
4. 50 Pekerja diambil mereka tak tahu itu restoran KA
Ini bahagian paling rare.
Semua staff pergi interview macam biasa. Lulus interview . Masuk training baru mereka tahu:
“Oh ini restoran Khairul Aming rupanya!”
KA sengaja buat begitu supaya semua orang dipilih berdasarkan merit bukan kerana populariti.
5. Rembayung ialah permulaan fasa 10 tahun kedua karier Khairul Aming
Jika 10 tahun pertama hidup dia penuh dengan:
▶️ Dapur biasa
▶️ Editing sampai pagi
▶️ Cabaran consistency
▶️ Content yang membesar bersama netizen Malaysia
Maka Rembayung ialah simbol bahawa:
“Sekarang masanya KA masuk dunia offline.”
Restoran ini bukan projek suka-suka KA. Ini adalah fasa baru bagi legasi KA.
Rembayung bukan sekadar restoran.
Ia simbol bahawa:
Kalau kita jujur, konsisten, dan buat kerja elok 10 tahun kita boleh bina apa saja, walaupun bermula di dapur rumah yah biasa.
Tahniah Khairul Aming !!!!
Kami tumpang bangga. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rindu era Najib!! Era Najib mesti tidak ada kes macam ni. Bapak Transformasi Nasional (BASI) negara! Tiada pahlawan seperti ini sejak era Hang Tuah yang berani nak mampos seperti Najib @ BASI ini. Konsep Cash Is King yang diterap BASI inilah menjadikan rakyat Malaysia semua kaya-raya serta mewah ringgit kukuh lagi mengutuh sehinggakan ramai terus hantar surat pencen duduk rumah goyang kaki makan Super Ring sambil ber TikTok. Najib pemurah lagi mengasihani itu lah penangan BASI Pahlawan Bugis gemilang lagi terbilang-bilang tak mati dikeji, tak hidup kerana dipuji. Beruntunglah kita dapat pahlawan sepertinya yang pernah main golf dengan Obama demi menyelamatkan negara tercinta ini. Tuan-tuan, janganlah ingkari BASI nanti terima padah dan musibah banjir. Tengok Selangor cukup ler selalu takde air sebab melawan cakap BASI! Wang 1MDB, sebenarnya BASI nak simpan dalam akaun BankKerap untuk rakyat bertani tapi sayangnya dah masuk bank lain pulok. Sebagai mantan PM mustahil lah BASI nak check akaun sendiri... bilion je bukan trillion. Itu lah Melayu, ramai yang cemburu dengan kehebatan BASI mulut pink. Kejam sungguh kan para pemfitnah BASI termasuk lah hakim, loyar magistrate korang memang failed dah cam FELDA! Mana tidaknya sumpah laknat satu kampung boleh dengar sia-sia pasang speaker Harian Metro, CNN datang memang tak patut, tak patut. Ingatlah pesan keramat BASI, bayar cukai jangan melawan jadi pengkhianat sangat gais! Tak ingat ke duit BR1M idea BASI? Itu lah cash is king. Tuan-Tuan, BASI juga berpesan sedekahkan le apa yang korang ada. Bayarlah cukai together-gether termasuk hutang 1MDB sekali dah alang-alang demi maruah agama dan bangsa huntung-huntung BASI dapat layanan VIP, tahanan di rumah layan Netflix sambil ketik-ketik phone main FB. Itupun jika ada yg masih sayang negara lah dan ada otak akal. Itulah kehebatan pemimpin berjiwa rakyat yang tiada tolak bandingan yang bakal dapat gelaran Tun.
Beruntunglah negara yang pernah dapat pemimpin seperti BASI ini tuan-tuan.
(103 patah perkataan sahaja...Kata-kata si Cai payment tengah hold)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah KA.. dah boleh booking meja in advance untuk buka puasa nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dan selamat maju jaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia tambah satu lagi konsep : Kampung atas bumbung tu lagi mantop....
Itu 'kalau' je laaaaa ....
Contoh bergambar :
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape dh try makan sana nanti share la pengalaman uols. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 10-12-2025 08:38 AM
Sape dh try makan sana nanti share la pengalaman uols.
Kat benang sebelah, deme habaq buka bulan depan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila tengok balik, oo dekat dgn medan selera tepi HKL tu...bapak ah situ dah la sesak jem, lepas buka restoran KA ni lagi laa sesak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku speku org mcm aku yg x suka rebut2 ni kalo dapat masuk pun mungkin dlm masa tempoh 7 bulan ke atas-1 tahun yg pertama.itupun kot paling awal |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm ni kne booking hari biasa la.. kalau wiken mesti lg sesak..tp bg geng2 FOMO booking dulu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah, terbaik KA, senyap2 terus jadi..dan best tu, KA ni mmg jaga staff2 dia..tu ygmurah rezeki dia kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang kurang nya ada jugak alternatif lain selain suraya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik dekat dgn train station, itu je iols nak dgr sbb iols takde kereta |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Good luck & all the best.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 10-12-2025 09:39 AM
Sekurang kurang nya ada jugak alternatif lain selain suraya
Suraya who?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat konsep AirAsia la ming
Reservations-only, up to 1 year in advanced
RM150 nett per person, payable upon reservation
Kachinggggg! Terus balik modal RM4 juta gituuuuu je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik restaurant dia macam Rumah Panggung Melayu dari luar.
Good Luck KA. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|