CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 562|Reply: 5

[Tempatan] Budak tujuh tahun cedera digigit ular sawa ketika tidur

[Copy link]
Post time 13-12-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Anggota APM menangkap ular sawa batik yang menggigit seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat, Panji dekat Kota Bharu, semalam. Foto IHSAN APM


Budak tujuh tahun cedera digigit ular sawa ketika tidur

Oleh ROHANA MOHD. NAWI
9 Disember 2025, 12:40 pm
Share on facebook




KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki cedera jari telunjuk tangan kanan selepas digigit seekor ular sawa batik seberat satu kilogram semasa tidur dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat, Panji di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa berusia tujuh tahun yang tidur bersama abangnya terjaga selepas jarinya sakit.



Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu, Norlinawati Sawaludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 3.01 pagi sebelum anggota digerakkan ke lokasi bagi menangkap reptilia tersebut.




Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati ular sawa batik itu berada di tepi almari di dalam bilik tidak jauh dari tempat kanak-kanak tersebut tidur.

“Anggota mengambil masa lima minit untuk menangkap ular sepanjang satu meter itu. Dalam kejadian itu, mangsa mengalami luka pada jari telunjuk kanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Ular sawa batik itu ditangkap dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Kota Bharu di Tunjong, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tags: cederadigigitKANAK-KANAKtopular sawa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2025 03:02 AM | Show all posts
kalau bangkem ada pet ular, boleh bawak pergi sunway square mall tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2025 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish ngerinya mujur ular sawa ni bukan jenis mematuk. Tapi still sakit le jugak kena gigit tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2025 12:00 PM | Show all posts
kemaruk replied at 14-12-2025 03:02 AM
kalau bangkem ada pet ular, boleh bawak pergi sunway square mall tak?

Boleh, siapa ada pet kucing atau anjing, suruh ular tu ngap
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2025 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-12-2025 12:00 PM
Boleh, siapa ada pet kucing atau anjing, suruh ular tu ngap


Lebih elok kalau sape2 yang ada pet buaya atau hatimau  boleh la ngap pengunjung sekali

Pastu boleh bagi alasan naluri binatang yang sifatnya memang nak memburu

Sama macam puak gay yang sering guna alasan naluri yang diberi Allah bagi menjustifikasi perbuatan mereka yang suka meliwat merata rata
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2025 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-12-2025 03:02 AM
kalau bangkem ada pet ular, boleh bawak pergi sunway square mall tak?

Bawak dalam stroller comel.


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2026 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049896 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list