|
|
Sandakan: Pelajar perempuan yang dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya di Bandar Sejati Walk, di sini, hari ini.
Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu ditemui bersama lelaki berusia 18 tahun di bahagian penumpang belakang kenderaan kira-kira 8 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy, berkata sepasukan anggota polis bersama unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat awam mengenai penemuan itu.
Katanya, pemeriksaan mendapati semua tingkap kereta tertutup rapat dan berkunci dengan barang berharga milik mangsa masih berada dengan mangsa.
"Siasatan awal mendapati remaja lelaki keluar dari rumah untuk bertemu dengan pelajar itu pada Jumaat lalu, sebelum kedua-duanya gagal dihubungi.
"Bapa mangsa menemui kereta miliknya di tempat letak kereta Bandar Sejati Walk sebelum menemui kedua-dua mangsa selepas membuka pintu kereta menggunakan kunci pendua," katanya.
Ramasamy berkata, pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat.
Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|