CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2237|Reply: 14

[Tempatan] Hilang selera nak berbuka! Wanita dakwa jumpa ulat dalam nasi ayam, peniaga bazar buat muka ketat lepas ditegur

[Copy link]
Post time 28-2-2026 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Hilang selera nak berbuka! Wanita dakwa jumpa ulat dalam nasi ayam, peniaga bazar buat muka ketat lepas ditegur
Sabtu, 28 Februari 2026 3:45 PM

Ulat dikatakan masih hidup ketika wanita ingin menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di bazar Ramadan. -Gambar media sosial

HASRAT seorang wanita menikmati nasi ayam madu sebagai juadah berbuka puasa terbantut apabila mendakwa menemui ulat dalam hidangannya.

Wanita tersebut memberitahu juadah itu dibeli di sebuah gerai di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Selangor pada Rabu lalu.

Lebih mengecewakan, aduan yang dibuat kepada peniaga pada Khamis lalu tidak dilayan malah menunjukkan sikap tidak sopan ketika dia cuba menunjukkan ulat yang dikatakan masih hidup pada makanannya.

"Perkara ini amat mengecewakan kerana melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan.

"Peniaga gerai tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab, tidak meminta maaf dan bercakap dengan tidak sopan serta tidak menghormati pelanggan," katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Susulan itu, dia membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bagi memastikan tindakan diambil terhadap peniaga tersebut.

"Saya memohon agar pihak MPKJ dapat menjalankan pemeriksaan terhadap gerai tersebut demi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sentiasa terjamin," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang turut mendakwa pernah berdepan pengalaman serupa di bazar sama.

"Saya pernah pergi kedai ayam bakar madu dekat bazar ni dulu, dapat ayam busuk siap pakej ulat sampah dalam ayam," dakwa netizen.

Ada juga warga maya berpandangan kes sedemikian berlaku kerana daun salad tidak dicuci bersih oleh peniaga.

"Kebanyakan kes macam ini sebab tak cuci daun salad. Lagi satu kobis bulat. Dalam kobis ada cacing, kalau tak cuci betul-betul memang masuk perut," kongsinya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2026 07:24 PM | Show all posts
Lebih baik prepare makanan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Salad x basuh ni,celup air je letak dlm bekas. Lain kali basuh la,belek selai selai sayur tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 09:35 PM | Show all posts
Punya besar ulat..jangankan basuh, belek2 dlm tu pun tidak

Dasar pengotor..ada hati pula nak berniaga



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
korang ni...'bantula sesama kiter'..camna nak maju lagu ni???
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 28-2-2026 09:35 PM
Punya besar ulat..jangankan basuh, belek2 dlm tu pun tidak

Dasar pengotor..ada hati pula nak bernia ...

betul la tu..takkan nak bg sindiri make ulat tu..'bagi orng makan la'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2026 05:30 PM | Show all posts
Skuau replied at 1-3-2026 05:49 PM
betul la tu..takkan nak bg sindiri make ulat tu..'bagi orng makan la'

Bagi free takla marah sgt kan..ni harga tel aviv lagi


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
X cuci x check btl2 la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2026 07:49 AM | Show all posts
peniaga kedai tu punnn.... at least say sorry la.
susah sangat ke nak minta maaf....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 08:15 AM | Show all posts
padan la byk peniaga param duk merayu2 org dtg... selain berlambak2 tapak param naik bagai cendawan tumbuh... quality makanan pun ke laut dalam

baik org masak guna resepi KA ke resepi che sayang ke sapa tu yg montel2 sikit tu haaa

senang, tak renyah.. campak2 air fyer aaa shiapppp

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 08:52 AM | Show all posts
tak pernah membeli lagi, masak jer main menu kari, masak lemak, segala goreng2, sup. manisan goreng pisang, bubur pisang/keledek with sago, or sago gula melaka, puding caramel, etc..hari2 habis dan tak sakit perut...walaupun groceries 300 per week (4 dewasa 1 kanak2), tapi masih jimat dr membeli
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 09:03 AM | Show all posts
tak berkat bila berniaga mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 11:21 AM | Show all posts
ya asanya ulat dari daun salad.....salad, kangkung dan kobis adalah antara sayur yang iols akan cabut sehelai sehelai dan basuh...ni smeua sebab fobia tgk cerita lintah hidup dalam sayur kobis makan lepas tu perut meletup keluar lintah banyak...euwww....semenjak tu kangkung pon sebatang2 iols potong tgk isi dalam..hihhi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 01:23 PM | Show all posts
tak nak cakap pasal ulat ..
tapi nak cakap
kenapa sambal nasi ayam tu cair begitu ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 01:37 PM | Show all posts
say atak pi patramlagi ... lepas lebihkurang 10 hari masak sendiri .. now dah pi beli lauk kat restoren jer ... beli kat d'limau nipis dan urat keting ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2026 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.469087 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list