CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2654|Reply: 19

‘Kami okey tiada masalah, biarlah orang nak buat spekulasi’ - Yusuf Bahrin menepis desas-desus rumah tangganya dilanda badai

[Copy link]
Post time 5-3-2026 01:00 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon Yusuf Bahrin menepis desas-desus mengatakan rumah tangga bersama penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana kini sedang dilanda badai.

Menurut Yusof atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, dia sendiri tidak faham bagaimana spekulasi itu boleh wujud.

“Tidak ada apa saya nak terangkan di sini, kami okey (hubungan). Semua dalam keadaan yang baik, alhamdulillah.

“Saya pun tak faham kenapa spekulasi itu timbul, mungkin orang tak nampak kami kongsi gambar bersama dalam media sosial.

“Takkan kami nak kena ikut apa yang orang mahukan untuk kepuasan mereka. Saya okey, dia (Zizi) okey tak ada masalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran iklan raya Bila Nak Kahwin? semalam.

Tambah pelakon filem The Lord Musang King itu lagi, dia dan isteri sepakat untuk tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga mereka dalam media sosial untuk tatapan umum.

“Kami memang sengaja tidak berkongsi apa-apa di media sosial buat masa ini. Masing-masing fokus pada kerja. Saya lebih selesa begini.

“Awal-awal dulu bila timbul gosip macam ini kita terkejut juga tetapi lama-lama sudah terbiasa dan tidak menjadi masalah untuk saya. Biarlah orang nak buat spekulasi sendiri. Apa yang penting saya okey, tak perlu risau,” ujarnya.

Yusuf bagaimanapun memberitahu dia menghargai keprihatinan orang ramai yang sentiasa mengambil berat tentang kisah mereka.

“Saya tahu peminat mahukan yang terbaik untuk kami. Jadi sebab itu mereka ambil berat. Bagus juga begitu kerana kita juga perlukan doa mereka. Saya minta doakan yang baik-baik saja.

“Kalau orang nak buat spekulasi sendiri itu hak masing-masing. Tapi lebih baik kita doakan kesejahteraan semua orang. Saya perlukan doa kalian kerana kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan,” luahnya.

Sebelum ini, rumah tangga Yusuf dan Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 01:26 PM | Show all posts
tahun lepas pun couple tersohor pun mcm ni gak statement nye. skali tu naaahh bercerai
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 5-3-2026 01:26 PM
tahun lepas pun couple tersohor pun mcm ni gak statement nye. skali tu naaahh bercerai

Sapa chuols kaple tersohor? Blur plak ai di ambang senja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ari tu lalu dpt kt TT.. Cantik mak dia Walaupon dah berumur. Nampak lah jenis mak mak modern..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiji ni bleh je on off burqa (burqa kan name dia?) So lopah pun bolehla kalo nk on off niqob.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 5-3-2026 07:14 PM
Sapa chuols kaple tersohor? Blur plak ai di ambang senja.

Ungka dan kemal? Kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2026 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 5-3-2026 09:28 PM
Jiji ni bleh je on off burqa (burqa kan name dia?) So lopah pun bolehla kalo nk on off niqob.

Boleh sebab tak wajib.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nyeee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 12:02 PM | Show all posts
last week lepak kedai dak ucop ni.. ktorg pegi kaunter nk order air, dia kt pintu nk balik.. baru nk amk gmbr & tya psl zizi dkt dia kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cempakaa replied at 6-3-2026 09:45 AM
Boleh sebab tak wajib.

Tulah, tak wajib, so harap org mesia takdelah kecam kalo tetibe bukak kan. Cumanya jiji ni mmg dh lama on off, so org tak heran. Tp kalo jahlop buat, mungkin jd gempak sbb tak penah off sejak pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:13 PM | Show all posts
hmm adakah bergolak sbb jiji ni bz sgt ngan fortilla nya..ni persoalan ye bkn tuduhan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 6-3-2026 08:07 AM
Ungka dan kemal? Kot.

I see. Sbb rasa baru tahun ni kan. Tp proses naik turun court yg lama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak Kata pepatah
Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang
Mungkinkah punch simonyet syomel yg goyangkan pokok???

Ambil lah teladan kisah faz/fatajwho dulu
Bukan main warga porem hamun si Jenny Dan porumers yg percaya marriage faz bermasalah

So now kalau gossip masuk forum Cari... Kita rilek2 je kunyah kacang
Toksah percaya Retis yg defensive much about their rumours
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka mak yusoff ni freehair modern kelakar extrovert.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerap sgt desas-desus ttg perkahwinan dorg ni. Semoga baik² sahaja utk korg berdua.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 6-3-2026 12:48 PM
Tulah, tak wajib, so harap org mesia takdelah kecam kalo tetibe bukak kan. Cumanya jiji ni mmg dh  ...

Org heran sbb jahlop tu terpaling hijrah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 09:37 AM | Show all posts
Perawankota replied at 5-3-2026 08:03 PM
Ari tu lalu dpt kt TT.. Cantik mak dia Walaupon dah berumur. Nampak lah jenis mak mak modern..

Tu bkn mak dia kan? Dia gurau je ckp mak sbb ada viewers tanya acik tu sape.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
milera replied at 9-3-2026 09:37 AM
Tu bkn mak dia kan? Dia gurau je ckp mak sbb ada viewers tanya acik tu sape.

Seriusla bukan mak dia. Tengok haha mcm Kat umah je
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 11:36 AM | Show all posts
Bgs la jiji tutup aurat cuma iols rasa dia selekeh sgt sejak bertutup ni.Mcm kepam
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 02:28 PM | Show all posts
Perawankota replied at 9-3-2026 03:21 PM
Seriusla bukan mak dia. Tengok haha mcm Kat umah je

iols pun percaya itu mak dia..tp kelakar auntie tu..kaki konsert jgk tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.089561 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list