CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7595|Reply: 48

[Dunia] Aidilfitri Jatuh Pada Jumaat, 20 Mac Di UAE - SAASST,negara sambut Ramadan pada Khamis, 19 Februari mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.

[Copy link]
Post time 9-3-2026 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aidilfitri Jatuh Pada Jumaat, 20 Mac Di UAE - SAASST



SHARJAH, 7 Mac (Bernama-WAM) -- Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah, yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Menurut SAASST, 20 Mac akan menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan yang Ramadan akan genap 30 hari.

Ia berkata pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan.

Pada malam itu, bulan terbenam sebelum matahari di ufuk barat, justeru Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan.

Balai cerap itu memaklumkan yang kesebarisan permukaan bulan di langit Sharjah akan berlaku pada 4:24 pagi waktu UAE pada Khamis.

Menjelang waktu matahari terbenam pada hari itu, usia anak bulan hanya kira-kira14 jam enam minit, dengan jarak sudut 6.5 darjah dari matahari dan berada kira-kira enam darjah di atas ufuk barat, serta hanya bertahan 29 minit selepas matahari terbenam.

Keadaan kritikal ini menjadikan pencerapan anak bulan hampir mustahil, walaupun menggunakan teleskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.

Menurut laporan itu, teknik pengimejan canggih mungkin dapat merakam imej samar anak bulan, namun kebarangkaliannya masih rendah.

Walau bagaimanapun, beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai.

SAASST menegaskan ramalannya yang dengan izin Allah, Jumaat 20 Mac akan menandakan 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri bagi UAE dan kebanyakan negara Islam.

Namun, negara yang bergantung sepenuhnya kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukannya Rabu seperti di UAE mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 10:20 AM | Show all posts
cukup kan ajer 30 hari. senang mantai hari jumaat tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:02 AM | Show all posts
Nampaknya makin bagi hint yg kerap utk raya hari Jumaat...
Janji sistem tolak cuti dgn jayanya x kan error..
X perlu risau kalau masih ada cuti yang cukup..kena risau kalau cuti kurang
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:09 AM | Show all posts
last year pun depa puasa and raya awal sehari kan..? even 2024 pun sama

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:27 AM | Show all posts
alhamdulillah..yeay raya
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:32 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-3-2026 11:09 AM
last year pun depa puasa and raya awal sehari kan..? even 2024 pun sama

ye. dorg puasa rabu, 18.2.26

raya jumaat, 20.3.26

so genap 30 hari



it will be the same for us ni, 30 hari juga

puasa kita 19.2.26

maknanya raya kita sabtu, 21.3.26



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2026 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh x sabar² nk raya kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:42 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-3-2026 11:09 AM
last year pun depa puasa and raya awal sehari kan..? even 2024 pun sama

mohd salman nak raya awal...gitu lah gossip meols dgr masa kat Mekah last year...haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 11:43 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 9-3-2026 11:32 AM
ye. dorg puasa rabu, 18.2.26

raya jumaat, 20.3.26

hope Raya sabtu, kalu raya Friday, nanti Monday 23 Mar kena apply cuti...rugi lah sehari annual leaves
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 9-3-2026 11:43 AM
hope Raya sabtu, kalu raya Friday, nanti Monday 23 Mar kena apply cuti...rugi lah sehari annual le ...

Jap.. kalau friday raya, bkn ke long weekend?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:07 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 9-3-2026 11:52 AM
Jap.. kalau friday raya, bkn ke long weekend?

kalu friday raya, PH on Friday & Saturday. Sunday bukan PH, kalu Sunday PH baru dpt Monday off as replacement sunday PH.

betul kalu raya friday, mmg long weekend. tapi those yg nak sambung cuti raya next week, kena amik cuti dari monday, instead of hari selasa, if Raya on saturday.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:46 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 9-3-2026 03:32 AM
ye. dorg puasa rabu, 18.2.26

raya jumaat, 20.3.26

tu lah , meols pun rasa raya hari sabtu sbb kita puasa one day later... kumain acik2 nak raya sama2 pak ereb sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:52 PM | Show all posts
midori888 replied at 9-3-2026 03:42 AM
mohd salman nak raya awal...gitu lah gossip meols dgr masa kat Mekah last year...haha

kan jadi kes this year.. anak bulan mmg tak nampak tapi depa push jugak puasa tu
wicis is y some ppl kat UK ikut puasa lewat mcm kita sehari, taknak ikut UAE sana, or else mmg UK ikut UAE.. hari tu lalu lalang dekat IG ke threads,, mamat tu membebel2 la ckp mmg ikut kiraan anak bulan mmg tak keluar secare theory nyehh

but i ckp kat ank i ikut je le apa yg dah annouced kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:59 PM | Show all posts
oic...yup betul tu, ikut jer apa govt sana announced
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 01:42 PM | Show all posts
Boss dah tanya bila nk cuti. Boss aku cina.
So aku cakap mcm ni,
Kalau raya Jumaat aku cuti hari Khamis dan Isnin. Kerja hari Selasa.
Kalau raya hari Sabtu, aku cuti hari Jumaat dan Selasa. Kerja hari rabu.
Dia pun kata, you confim la betul2, you start cuti khamis ke Jumaat. YOu raya hari Jumaat ke Sabtu.
Aku terus cakap, aku cuti Khamis dan Jumaat. Isnin dan selasa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 04:08 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 9-3-2026 11:32 AM
ye. dorg puasa rabu, 18.2.26

raya jumaat, 20.3.26

dorang terpaksa raya hari Jumaat sebab puasa dah max 30 hari.

kita masih ada kemungkinan raya Jumaat atau Sabtu based on anak bulan tak semestinya cukup 30 hari. Soalannya kalau dah ada orang lain raya maknanya anak bulan dah lahir lah. Ka bumi ni ada banyak bulan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 04:09 PM | Show all posts
Apa apa pon 1 syawal kita raya
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 04:39 PM | Show all posts
Hari Raya adalah antara masa untuk menanam, mengamalkan dan memasang azam baharu lepas hari besar tersebut, di samping Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Merdeka dan Hari Malaysia, tanpa perlu menunggu Tahun Baru dan Awal Muharram.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok malam dah start kena speed up ibadah Laylatul qadr sambil tu siang kena cari bahan kuih raya pula, tart nenas,London almond dah sampai. Alhamdulillah syukur pada Allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 05:03 PM | Show all posts
Semoga perkara ini menguatkan kita untuk terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah sepanjang bulan ramadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V85: HANIS HAIZI AMOUGOU DAH MENGAKU ANAK2 BLASIAN AUTISTIC
taliaV85: HANIS HAIZI AMOUGOU DAH MENGAKU ANA
Views : 260851 Replies : 8804
THE KEMEK -Alaaa Shadiq/Dickie cara YB posing duduk di tangga pentas hahaha -. Page 160 #3194. -Acikpors & tea time-Page 164 #3265.
FarnorTHE KEMEK -Alaaa Shadiq/Dickie cara YB p
Views : 51301 Replies : 3401
Talk To My Manager Musim Ke-2
irveneTalk To My Manager Musim Ke-2
Views : 5590 Replies : 209
Individu dengan rumah 1 juta,kereta 130k titip gaji 13k tak cukup untuk hidup di KL.anda setuju?
YgBenarIndividu dengan rumah 1 juta,kereta 130k
Views : 571 Replies : 30
Epstein Masih Hidup?  Dijumpai Sedang Bawa Kereta
borneEpstein Masih Hidup? Dijumpai Sedang Ba
Views : 2238 Replies : 11
EDISI TUMBOK SAMBAL (18SX): Ebit perlu 'diservis' 7x sehari, layanan isterinya tidak cukup- Saksi ke 9
maklukpenggodaEDISI TUMBOK SAMBAL (18SX): Ebit perlu &
Views : 58323 Replies : 386
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 43321 Replies : 227
The ledek leaks....
JoyahMengayahThe ledek leaks....
Views : 466050 Replies : 5438
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 71147 Replies : 1469
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 48475 Replies : 131

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.068395 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list