CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1748|Reply: 5

[Tempatan] Tarikh lihat anak bulan Syawal pada Khamis 19 Mac

[Copy link]
Post time 9-3-2026 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada Khamis 19 Mac
BERNAMA - Mac 9, 2026 @ 1:53pm

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah," menurut kenyataan itu hari ini.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Lokasi yang dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka; Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Balai Hilal Pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain termasuk Stesen Cerapan Hilal di Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar di Kedah, manakala di Terengganu pula di Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu.

Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah di Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu.

Di Sabah ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara 188, Kuantan.

Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yay nak raya yay nk raya.
Siap sedia mcm biasa uols,dh penah raya terkejutkan.
Iols x soping lagi baju raya famili ni,selai pun x lg
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jumaat raye....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 08:24 AM | Show all posts
hart_attack replied at 9-3-2026 04:23 PM
Yay nak raya yay nk raya.
Siap sedia mcm biasa uols,dh penah raya terkejutkan.
Iols x soping lagi ...

i dah 2 tahun takde baju raya.. recycle je baju yang lepas lepas. nasib masih muat
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 09:00 AM | Show all posts
iols dok pk bile le nak balik kg.. dah 19 tgk anak bulan kann.. rumors dok ckp raya 20 (Jemahat).. ade yg ckp raya 21 (sabetu)... fenin... anak iols yg sulong dok intern .. mana ade cuti.. kot raya 20.. mmg mlm raya la balik kg.. kot raya 21.. mmg mlm raya 20 tu la baru balik kg.. bertabah la tawon ni.. merentas 300km.. takkan la iols and adik2nya nak balik dulu.. harus la tunggu dia.. after raya pun xleh berleha2.. abis cuti raya terus nak masuk keje.. kene la balik rumah semula sesegera yg mungkin.. xpe.. sabar tawon ni je.. selalu iols la yg dah sampai umah mak dulu melayan dia nak masak ape..  anyam ketupat.. kalo x yg segera jelah.. lauk pauk yg lain.. akak2 iols la yg akan bwk masa berkumpul raya pertama.. sejak husband dah xde last year.. iols la yg setia bersama mak.. abang iols yg tuan rumah pun manjang kuar beraya.. cam iols pulak yg jadi tuan rumah interim hehehhe klo raya terkejut.. mau kalo sampai 3 pagi pun iols mmg terus masak laaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 10:35 AM | Show all posts
mcm ada rasa raya Jumaat je ni
pagi raya aku balik kampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.056688 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list