CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 4995|Reply: 48

[Jenayah] Penuntut Universiti Gendut Rogol & Liwat Pilot Wanita Isteri Orang

[Copy link]
Post time 7-5-2026 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by borne at 7-5-2026 01:02 AM



SEPANG- Seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan iaitu cubaan membunuh, merogol dan melakukan perbuatan luar tabie terhadap juruterbang wanita pada 9 April lalu.

Tertuduh, Mohammad Adam Che Aziz, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-ketiga pertuduhan itu yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.Pembelaan undang-undang

Mengikut pertuduhan pertama, pemuda itu didapati melakukan cubaan membunuh terhadap mangsa di sebuah apartmen di Bandar Sunsuria, di sini kira-kira pukul 11 pagi, 9 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala jika menyebabkan kecederaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa di lokasi dan tarikh sama dan jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 376(1) KK.



Mohammad Adam turut melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas mangsa sama pada tarikh dan di lokasi sama. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C KK.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh.

Hakim Ahmad Fuad kemudian menetapkan tarikh 19 Mei ini untuk sebutan semula kes selain serahan laporan perubatan dan kimia.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas cedera parah akibat diserang seorang lelaki tidak dikenali.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 34 tahun diserang dengan senjata tajam di sebuah unit penginapan jangka pendek di sebuah apartment di sini. – KOSMO! ONLINE
__________


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2026 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudahlah gundu ada hati nk rogol pilot cantik
Moga jatuh hukum maximum

Sepanjang pengalaman akak di awan biru tak pernah jumpa pilotman yg hensem spt digambarkan drama korea/chinese
Semedang jumpa yg gundu tak sehensem pilot kdrama
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru 22.. rugi sgt hidup mcm nih syaitooonnn
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 07:09 AM | Show all posts
kena tiba2 aku teringat movie Gone Girl. Harap2 takde plot twist pegi merasa dok penjara macam mana hari boleh mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya ye org malaysia sekarang ni . Tkde peningkatan moral langsung ke dah 2026 ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 08:42 AM | Show all posts
wehhhh jahat nya perangai..
masuk penjara sok mohon dia plak di-logol dlm tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2026 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tukang komen tu pun. Siap mention sepupu la apa bagai. Cuba la tutup aib mangsa tu. X prihatin langsung. Seolah2 bangga sepupu sendiri kena rogol.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 09:14 AM | Show all posts
Apoo replied at 7-5-2026 08:51 AM
Tukang komen tu pun. Siap mention sepupu la apa bagai. Cuba la tutup aib mangsa tu. X prihatin langs ...

org seboleh2nya nk tutup identity mangsa...kesian mangsa...
pastu pulak ramai eh yg victim blaming? bodoh la netizen...patut la crime makin menjadi2 sbb ramai yg jadi enabler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2026 09:34 AM | Show all posts
apsal komen ramai yg bongok2....tiber tnya suspek exbf la apa...budak hingusan universiti  woit umur 22, mangsa pilot umur 34...takkan la pilot nak terhegeh kt budak gundu camtu...ada pulak komen tanya mangsa lelaki ke perempuan...punya la bingai
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 10:17 AM | Show all posts
gila baru 22thn..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 10:46 AM | Show all posts
sampai masuk icu mangsa. jahat macam setan. sskjp ke? nama bapak mcm asal klate? mendonia sungguh la lately...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 11:34 AM | Show all posts
anak orka ke gendut ni..
student lagi mampu dok condo sendiri..
biasa student dok ramai-ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 11:38 AM | Show all posts
tak padan dgn kotey pendek
babi punya gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 11:45 AM | Show all posts
sampai ke icu, gila budak ni. dia hempuk pilot tu sebab melawan ke? babi punya gemuk!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
agknya dh lama spy pilot tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 7-5-2026 01:32 AM
Sudahlah gundu ada hati nk rogol pilot cantik
Moga jatuh hukum maximum


Yg pilot2 mudo dr Malaysia takkan pulak takdo yg sedap mata memandang? Banyok sajork tu kacak2 n lawo2 belako.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2026 12:13 PM | Show all posts
melampau btl
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 7-5-2026 12:10 PM
Yg pilot2 mudo dr Malaysia takkan pulak takdo yg sedap mata memandang? Banyok sajork tu kacak2 n l ...

Ada ye sis?
Sis pernah terserempak dgn pilot muda hensem ye
Untunglah sis dpt jamu mata

Masa kes shelop berangan ada pilot senyum kat sheol dulu tu akak mushkil jua either pilot tu hensem or gundu atau sekadar imaginary she sahaja padahal non existence pun kes ittew

Semoga pilot wanita itu diberikan kesihatan dan didoakan she dpt pull out from this trauma
Moga setan gundu dirogol jua dlm cell hingga masuk icu juga

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 12:59 PM | Show all posts
ada ke gambar pilot tu..mesti cantik orangnya.kesiannya Ya Allah....  bodo punya gendut mesti kuat tengah porn
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 7-5-2026 08:51 AM
Tukang komen tu pun. Siap mention sepupu la apa bagai. Cuba la tutup aib mangsa tu. X prihatin langs ...

Bukan bangga, tapi mmg btul ramai netizen tuduh ni kes suka sama suka. Dia pun dah netizen ckp mcm tu terpaksala tampil pertahankan sepupu dia kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 12:27 AM GMT+8 , Processed in 1.314576 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list