CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2145|Reply: 21

[Tempatan] Kesian weh...gajah Malaysia... Dara, Amoi dan Kelat akan berada di Jepun selama 25 tahun

[Copy link]
Post time 7-5-2026 05:45 PM | Show all posts |Read mode



TAIPING – Tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun akan berada di lokasi tersebut selama 25 tahun selari dengan perjanjian yang telah dimeterai pada 2022.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Mohamed Akmal Dahalan berkata, perjanjian kerjasama antarabangsa itu dipersetujui Zoo Tennoji dengan Zoo Taiping & Night Safari yang diwakili oleh MPT pada 19 Mei dan 6 Oktober 2022.

“Perjanjian ini adalah bagi tempoh 25 tahun. Program seumpama ini telah lama dilaksanakan oleh zoo di seluruh dunia.
“Berdasarkan maklumat semasa daripada pihak pengurusan Zoo Tennoji, ketiga-tiga ekor gajah tersebut berada dalam keadaan baik dan dipantau secara berterusan oleh pakar veterinar serta penjaga haiwan (mahut) yang berpengalaman,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemantauan adalah meliputi aspek kesihatan fizikal, pemakanan, tingkah laku dan persekitaran habitat bagi memastikan tahap kebajikan yang optimum.

Mohamed Akmal berkata, kemudahan habitat yang disediakan merangkumi ruang yang mencukupi, sistem penjagaan harian yang terancang serta program pengayaan bagi merangsang tingkah laku semula jadi haiwan, selaras dengan piawaian antarabangsa.

“Berdasarkan rekod pemantauan kesihatan terkini daripada Zoo Tennoji, ketiga-tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat menunjukkan peningkatan berat badan yang konsisten.

“Berat badan Kelat naik sebanyak 440 kilogram (kg) iaitu dari 2,360kg kepada 2,800kg), Dara sebanyak 215kg (1,985kg kepada 2,200kg) dan Amoi sebanyak 200kg (1,280kg kepada 1,480kg).

“Perkembangan ini mencerminkan tahap kesihatan, pemakanan dan penjagaan harian haiwan yang baik serta terkawal, sekali gus menunjukkan kebajikan haiwan berada pada tahap tinggi dan mematuhi amalan terbaik pengurusan haiwan liar dalam kurungan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah proaktif dan komitmen terhadap ketelusan, pihak MPT akan menyediakan laporan berkala secara mingguan berhubung keadaan Dara, Amoi dan Kelat berdasarkan maklumat rasmi yang diterima daripada Zoo Tennoji.

“Laporan ini akan dikongsikan kepada pihak berkepentingan serta orang awam bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih.

“Pihak MPT juga akan terus berhubung secara langsung dengan pihak pengurusan Zoo Tennoji dari semasa ke semasa bagi mendapatkan perkembangan terkini serta memastikan kebajikan haiwan sentiasa diberi keutamaan,” katanya.

Berhubung memorandum yang diterima pihaknya semalam, beliau berkata, pihak MPT akan meneliti secara terperinci setiap perkara yang dikemukakan dalam memorandum tersebut dan akan memberikan maklum balas rasmi dalam masa terdekat selaras dengan prosedur serta peraturan yang sedang berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2026 05:46 PM | Show all posts
3 mahut gajah dihantar ke Jepun jaga Dara, Amoi dan Kelat
Wartawan BH -             Mei 6, 2026 @ 12:08pm            


     
    
    




Pawang gajah Ali Gadong dari komuniti Orang Asli Che Wong, ketika mengendalikan gajah sebelum ini. - Utusan Malaysia


TEMERLOH: Tiga mahut atau penjaga gajah dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (NECC) ditugaskan untuk menjaga gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat di Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

  Mereka termasuk Ali Gadong dari komuniti Orang Asli Che Wong, yang mempunyai pengalaman mengendalikan ketiga-tiga gajah itu sebelum ini, lapor Utusan Malaysia.

  Ketua NECC, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata Ali dipilih untuk ke Jepun bersama rakan mahut Suhaimi Ibrahim dan Mohd Faizal Ahmad bagi menguruskan gajah-gajah berkenaan di zoo berkenaan.

  Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memulakan tugas pada 15 April dan akan berada di sana selama dua bulan, dengan kemungkinan lanjutan bergantung keperluan operasi serta penilaian pihak pengurusan zoo.












  Beliau menambah bahawa mahut memberi tumpuan kepada pengendalian, penjinakan serta pemantauan kesihatan gajah-gajah itu.

  "Ali adalah mahut utama bagi Kelat, seekor gajah berusia 20 tahun, dan juga berpengalaman mengendalikan Dara serta Amoi yang masing-masing berusia 15 dan 10 tahun, menjadikannya antara tenaga penting di NECC Kuala Gandah," katanya.

  Walaupun terdapat perkembangan positif, isu ini mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan segelintir netizen mendakwa DAK (merujuk Dara, Amoi dan Kelat) berada dalam tekanan dan menderita di zoo berkenaan.

  Che Ku Mohd Zamzuri berkata dakwaan itu tidak berasas dan tidak mencerminkan keadaan sebenar gajah-gajah di Zoo Tennoji.
  Katanya, kemas kini harian termasuk video daripada mahut bertugas di zoo menunjukkan ketiga-tiga gajah berada dalam keadaan stabil dan semakin menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

  "Laporan pemantauan jelas menunjukkan gajah-gajah itu menyesuaikan diri dengan baik dan kekal terkawal, tanpa tanda-tanda tekanan seperti yang digambarkan di media sosial," katanya.

  Beliau menambah bahawa tafsiran berdasarkan video atau imej semata-mata boleh mengelirukan kerana tidak mencerminkan keseluruhan konteks amalan pengurusan haiwan di zoo.

  Katanya, pusat itu terus memantau keadaan gajah dengan teliti melalui laporan teknikal harian yang dihantar oleh pasukan di lapangan.

Berat badan DAK meningkat
  "Berdasarkan rekod pemantauan, ketiga-tiga gajah menunjukkan peningkatan berat badan secara konsisten dalam tempoh kurang dua bulan.
  "Berat Kelat meningkat daripada 2,635 kilogram (kg) kepada 2,885kg, iaitu pertambahan 250kg. Dara meningkat daripada 2,125kg kepada 2,315kg, manakala Amoi daripada 1,415kg kepada 1,520kg," katanya.

  Beliau berkata peningkatan itu petunjuk utama bahawa gajah-gajah berada dalam keadaan sihat serta menerima penjagaan dan pemakanan yang baik.

  Katanya, tanggapan bahawa 'air mata gajah' sebagai tanda kesedihan adalah tidak tepat, sebaliknya ia fungsi fisiologi normal untuk membersihkan habuk dari mata.

  Beliau berkata gajah-gajah itu berasal dari Kuala Gandah dan sebelum ini ditempatkan di Zoo Taiping & Night Safari di bawah program konservasi sebelum dipindahkan ke Zoo Tennoji.

  Sementara itu, beliau berkata kejayaan Ali sebagai mahut Orang Asli daripada komuniti kecil Che Wong, yang berjumlah kira-kira 400 orang di Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal, melambangkan pengiktirafan terhadap pengetahuan tradisional tempatan.





Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 05:50 PM | Show all posts
Katanya, tanggapan bahawa 'air mata gajah' sebagai tanda kesedihan adalah tidak tepat, sebaliknya ia fungsi fisiologi normal untuk membersihkan habuk dari mata.

Kenapa nak kesian pulak, takut gajah dipesongkan akidah oleh jepun ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiga beranak ke gajah2 ni?

Lagi satu bolehkah gajah hidup dengan cuaca kat Japan sana tu? Diorg sana kan 4 musim.

Harap2 ketiga2 ekor gajah ni sentiasa dalam keadaan baik dan happy ye..teringat pulak panda nama apa Ling Ling ke apa dulu masa dok zoo kat Malaysia ni. Dok kat sini behave elok je, tapi bila balik ke tempat asal dia kat China nun teruih membuas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt jepun diorg sediakan heater utk gajah2 ni ke? Mcm msia berabulis berjita2 sediakan aircond utk panda pinjaman cina aritu ujong2 dh beranak pinak kena pulang balik
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 netizen ni lebih sudu dari kuah. Pakar segala benda. Forensik pun dia, psychologist pun dia, mekanik pun ye. Padahal sains spm pun failed. Baca sini sikit sana sikit, terus mcm tahu segala benda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2026 07:44 AM | Show all posts
untong ali dpt gi jepun
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 07:57 AM | Show all posts
lama gilo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2026 08:17 AM | Show all posts
kiranya petition bwk blk DAK tu mmg sebelah mata pun tak pandang la kann

semoga kebajikan DAK kekal terjaga smpai bila2  

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 10:13 AM | Show all posts
kalau betul dlm keadaan baik okla, jangan jadi macam harimau kat zoo tu yg kurus kering tu. zoo ni mcm byk rekod xelok je pernah ada haiwan pinjaman yg mati kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 10:46 AM | Show all posts
hari2 ai baca pasal dorang bertiga ni. kalo tgk keadaan yg viral skrg takde pulak nampak mcm gajah tu helok2 aje. dgn gading Kelat dipotong. Gajah2 nampak stress sbb dipaksa mating...sbb bersungguh2 nak cpt2kan dara n amoi bunting awal. gajah ni tak sama dgn haiwan lain. emosional skit...dgn environment bertukar 100% dari hutan katulistiwa jd hutan batu. makan pun kering2..ada yg post gajah tu rendam skit daun2 tu kat air baru makan. ramai la yg protest..malaysian yg duduk sana pun ada yg selalu pg jenguk2

kita nk amik panda beria buatkan tempat yg sebijik mcm habitat asal. kesian kat DAK 3 ekor ni...mmg nampak stress sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 01:24 PM | Show all posts
kenapa gading dia dijadikan begitu??
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 03:02 PM | Show all posts
knp x selari dgn yang viral tu...
kata kurus kering...berita ckp naik berat badan yg konsisten...
aiyooo...

gading tu kena potong sbb safety ke..? hujungkan mcm tajam..so kasi potong...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 03:30 PM | Show all posts
zoo kat jepun ni sedih tgk cara diorang jaga haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ok letew..boleh berlajar bahasa jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 8-5-2026 03:57 PM
ok letew..boleh berlajar bahasa jepun...

Sian lar, itu bukan nature dia, makan pon tak cukup. Rakyat Malaysia  ok je kalau tempat tu ada pokok², ada hutan, ada sungai. Kawasan luas, bukan duduk kat bangunan kongkrit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2026 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara pon ada 4 muslim, ada salji, luruh, bunga panas, boleh ka depa survive?

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2026 10:57 AM | Show all posts
moga ada rezeki DAK balik ke habitat yg lebih kondusif
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2026 10:53 PM | Show all posts
sembang mnteri besar pahang
sembang menteri nres
sembang adun taiping
kata nak bawak balik

semua penipu

jatuhkan mereka semua
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2026 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 10-5-2026 08:11 AM

Kenapa nak kesian pula, tak faham iols mentality netizen.  Takanlah zoo sana nak biarkan duduk bawah atap zink je.  Adalah depa siap2 buat dah enclosure tuk haiwan ni.  Bukan hantar ke rumah muriko kazawa tepi tokyo suruh jaga pun.  Depa pun will take time to adapt to new surroundings.  Kita beli pokok bunga pun kena biarkan dia adapt baru tukar masuk pasu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.386539 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list