|
View: 871|Reply: 6
|
[Tempatan]
Hati-hati tafsir kategori T20 atau M40 – Asyraf Wajdi
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Masyarakat perlu berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau M40 kerana realiti kehidupan setiap keluarga adalah berbeza.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, isi rumah berpendapatan RM13,000 sebulan yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dengan lima orang anak yang masih bersekolah dan melanjutkan pengajian di universiti juga boleh tergolong dalam kelompok M40.
Malah jelas beliau, mereka juga berpotensi jatuh ke kategori B40.
“Mara ambil kira semua ini sebelum luluskan pembiayaan. Contohnya apabila pasangan kedua-duanya guru dengan gaji RM6,500.
“Bila digabungkan menjadi pendapatan isi rumah RM13,000 dan tinggal di bandar-bandar besar, anak tiga orang universiti atau kolej, tiga lagi anak bersekolah. Cuba kira perbelanjaan mereka,” katanya di media sosial, hari ini.
Sistem pengkelasan kumpulan berdasarkan pendapatan kini sedang hangat diperkatakan di media sosial susulan ia dianggap sebagai tidak adil, khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi, tetapi memiliki tanggungan yang besar.
Ia susulan selepas kerajaan dilapor akan memuktamadkan mekanisme kesinambungan subsidi minyak melibatkan golongan berpendapatan tinggi termasuk kumpulan T15 dan T20 dalam masa terdekat susulan ketidaktentuan pasaran global akibat konflik berlarutan di Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kertas cadangan berhubung pelan berkenaan telah dibentangkan beberapa bulan lalu oleh jawatankuasa yang diketuai Tan Sri Hassan Marican dan kini berada di peringkat akhir penelitian kerajaan. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nak sangat discriminate then it gets too complicated udahnya sendiri terbelit. Nak bagi, bagi ja semua, one product, one price habis cerita. mahal murah itu realiti, belajar untuk terima. Bangla boleh, lemah sangat ka rakyat semua benda kerajaan kena fikir.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pocongkiutss at 12-5-2026 07:27 PM
Decaffeinated replied at 12-5-2026 05:36 PM
nak sangat discriminate then it gets too complicated udahnya sendiri terbelit. Nak bagi, bagi ja sem ...
Dulu2 zaman Mahathir elok jah khen (sebelum dia jd piyem kali kedua)
Lepas politician hauk mana yg buat label (jibby ke abah cirit?) .. especially tang T20 yg paling bodo skali tu.. kelakar gila yg household income takat 13k per month leh sama kategori dgn yg mahakaya income 13k per day .. makin teruk jadinya..pastu bila dah tukar parti mana sekalipun pun tetap sama jah policitician bangang cuma nak amik hati B40 je manjang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
T 20 ..M40...B40...
paling kesian T20...
sgt subjektif...
kalau amik kira gaji kasar tanpa tolak tanggunggan
tangga gaji M40 laki bini..tapi xde anak.... sure lagi mewah dri T20 anak 3 org masih bersekolah ...
yang tangga gaji T20 ngam2 paras hidung lagi kesian...
siapa punya kerja klasifikasi T10.T15.... T20...M40..B40...segala bagai ni...?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape aiols selalu rasa betapa best nyer idup bersubsidi b40 sepanjang masa sampai berjela² keturunan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu
sepatutnya subsidi = warganegara tak kira kelas
cumanya.. kau implement la penggunaan ic tu betul2..
semua benda yg bersubsidi kena guna ic.
petrol, minyak paket, bas percuma..
tak perlu nak kira pendapatan orang..
berapa kerat sangat T20 ke T5 ke apa kalau rasa membazir je bagi subsidi kat dorang?
Kau ingat Vincent Tan tu gigih ke pegi speedmart nak hulur ic claim mysara?
isi minyak pon driver dia yang isi. Takkan driver dia nak swipe ic sendiri, pakai kuota sendiri isi minyak kete bos? Takkan nak suruh bos isi sendiri? So? dia bayar je harga non subsidized. Ends up dorang tak guna pon subsidi tu yang nak dicatu2 sangat.
kita taknak subsidi disalahguna, dapat kat warga asing. Itu main point.
As long as kau Malaysian IC holder, kegunaan individu, kau layak dapat.
Itu main point yang kena tekankan. Bukan sibuk nak kira berapa gaji orang. Pastu kena bayar cukai tinggi, kau nak sekat pulak hak dia. Dia dapat income tinggi sebab dia usaha la dol. Bukan hulur2 bawah meja.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|