|
View: 1019|Reply: 7
|
‘Walau sumbangan RM1, orang nak tahu untuk tujuan apa’ - Didie Alias
[Copy link]
|
|
|
Selebriti versatil Didie Alias menasihatkan pelakon Amyza Aznan agar sentiasa berkongsi perkembangan kesihatan anak keduanya, Adrian Adam yang kini bbertarung dengan kanser tulang.
Didie berkata, perkara tersebut adalah bagi menjawab segala kecaman terhadapnya termasuk tuduhan menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk tujuan peribadi.
“Saya ada nampak dia menangis tempoh hari ketika terima sumbangan sebab risau tentang kata-kata orang ramai.
“Maksudnya, orang ingin lihat duit yang disumbang itu digunakan untuk tujuan apa, sama ada rawatan dan sebagainya.
“Manusia ini, walaupun beri sumbangan RM1, mereka cuma nak tahu tentang perkembangan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis sidang media filem The Real Mamu di sini, semalam.
Dalam pada itu, dia sentiasa yakin Amyza hanya menggunakan wang diinfaqkan untuk kegunaan Adrian yang kini menjalani rawatan di beberapa lokasi.
“Saya tahu Amyza tidak berbelanja pun dengan duit itu, semuanya untuk Adrian. Dia hanya fokus untuk kesembuhan anaknya sahaja ketika ini.
“Tapi bila kongsi dalam media sosial, orang nampak penggunaan duit tersebut.
“Namun, kalau Amyza diam, orang lagi bercakap sebab jari manusia lebih menakutkan,” jelasnya.
Sebelum ini, Amyza mengakui bimbang untuk menerima wang infaq hasil sumbangan orang ramai yang dijalankan oleh pengacara, Datuk Aznil Haji Nawawi baru-baru ini.
Hasil kutipan, Aznil berjaya mengumpul dana sebanyak RM200,000.
Baru-baru ini juga, Amyza turut berkongsi perkembangan kesihatan Adrian yang semakin membimbangkan susulan bengkak pada bahagian kaki semakin membesar dan hampir setiap malam menangis menahan sakit.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud menerima rawatan di beberapa lokasi?
semoga Asrian diberikan rawatan yg sepatutnya
kesian Adrian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud menerima rawatan di beberapa lokasi?
semoga Asrian diberikan rawatan yg sepatutnya
kesian Adrian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang paling takut kalau2 dia trauma dgn hospital n x bawak anak berubat kt hospital
Tentukah org ramai risau bila dah derma...tapi duit digunakan utk rawatan alternative yg meragukan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp x fokus rawatan kat 1 hospital je? Plus rawatan alternatif, pegi 1 tpt je laa yg x ganggu rawatan doc. Bunyi mcm pegi byk tpt.. mcm bahaya je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak nampak tak menifu kena sebut nama hospital.. larat le pulak p banyak² tempat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat meolls pada acik pors ambik le insuran masa 5 sebelum 5 yaach
Anyhoo, knp acik Amyza kene pegi merata utk berubat? Kat Pusat kanser Negara tu lambat dapat rawatan kah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju... penyakit pelik2 byk sekarang bukan kanser je... hospital govt pun tak cukup specialist la tak cukup katil la..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|