Edited by YgBenar at 4-7-2026 10:03 AM
Fazley Yaakob dedah detik mula luah sayang pada Vida ketika hari besar dalam kalendar Islam baru-baru ini.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akhirnya berkongsi cerita sebenar di sebalik hubungan rapatnya dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida. Menurut Fazley, dia sendiri yang terlebih dahulu meluahkan rasa sayang kepada Vida pada satu hari yang cukup bermakna dalam kalendar Islam baru-baru ini
Fazley berkata, Vida pada mulanya sangat terkejut apabila dia menyatakan hasrat dan hala tuju hubungan mereka.Katanya, sebagai lelaki, dia merasakan dirinya perlu memulakan langkah terlebih dahulu dan menyampaikan perasaan itu secara jujur.
Fazley turut mendedahkan, momen itu berlaku ketika mereka berdua berada di ruang tamu dalam suasana hujan. Dia mengakui berasa gementar menunggu jawapan Vida kerana bimbang usahawan itu tidak mempunyai perasaan yang sama.Namun, jawapan yang diterima membuatkan
Fazley lega dan menganggap keikhlasan itulah yang membawa hubungan mereka sampai ke tahap hari ini.Dalam masa sama, Fazley menjlaskan panggilan sayang terhadap Vida bukan dibuat semata-mata untuk kandungan media sosial. Sebaliknya, panggilan itu hadir daripada hati dan bukan sesuatu yang dibuat- buat untuk perhatian ramai.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman pula mengakui dia sangat terkejut apabila Fazley meluahkan rasa cinta kepadanya. Bila ditanya mengenai layanan Fazley, Vida menyifatkan bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia itu sebagai seorang lelaki yang sangat budiman.
|