CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 789|Reply: 5

“Hawra Dalam Fasa Bercakap, Dah Boleh Panggil Saya Ayah” - Kamal Adli

[Copy link]
Post time 18-7-2026 12:50 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon Kamal Adli berkongsikan perkembangan anaknya, Hawra Uqaira kini sudah berusia dua tahun dan hatinya tersentuh Hawra kini dalam fasa bercakap serta sudah memanggilnya ayah.

Sementara itu, Kamal berkata meskipun tiada peluang untuk bermalam dengan anaknya namun dia memahami perkara itu apatah lagi Hawra masih kecil.

“Saya baru jumpa dia (Hawra) dua hari lepas, saya bawa dia pergi Aquaria. Saya pernah bawa dia ke Aquaria sebelum ini ketika dia masih bayi tapi dia tak tahu apa ketika itu. Jadi sekarang dia sudah berusia dua tahun dan sudah kenal ‘fish’.

“Seronok sebab dia sudah dalam fasa sudah boleh bercakap. Hawra sekarang sudah boleh panggil saya ayah. Saya jauh sikit dia panggil ‘ayah, ayah!’

“Tahu tak perasaannya macam mana bila dengar anak panggil kita ayah? Sekarang ini saya tiada peluang lagi untuk bermalam dengan Hawra sebab dia masih kecil.

“Saya faham perkara itu, jadi bila dapat jumpa, dia kenal kita dan panggil saya ayah, benda itu sudah buat saya tersentuh,” katanya.

Tambah Kamal lagi, baginya sukar untuk menggambarkan perasaan melihat anak menangis setiap kali menghantar Hawra pulang dan sebagai bapa dia mahu membesarkan anaknya itu.

“Bila kita berjalan pun dia hulur tangan dan dia ajak saya berjalan bersama, itu momen yang mahal bagi saya. Saya rasa saya mahu hidup untuk dia. Saya mahu besarkan dia.

“Itu yang saya rasa sekarang, siapa yang ada ‘baby’, dan bila anak itu ‘attach’ dengan kita, bila hantar dia balik dia menangis, akan faham perasaan saya. Susah nak gambarkan tapi itu yang saya rasa,” katanya.

Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2026 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian anak kecik kecik lagi mak ayah bercerai

pakai diaper lagi

moga jadik anak yang baik walaupun dari broken family
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2026 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 18-7-2026 03:55 PM
kesian anak kecik kecik lagi mak ayah bercerai

pakai diaper lagi

InsyaAllah membesar dapat cukup kasih sayang. Parents boleh turunkan ego demi anak. Family Uqasha nampak rapat, ada cousins sebaya, boleh berkawan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2026 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ini saya tiada peluang lagi untuk bermalam dengan Hawra sebab dia masih kecil

Asal plk kecik xblh bermlm rumah ayah?????uqa xbg ke....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 10:10 AM | Show all posts
tu la kesian tgk anak dr briken family ni kecik sgt xfaham apa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2026 09:11 AM | Show all posts
tak tau muka anaknya, muka ayoh dia ke or muka maknya..
xpe acik tgu hawra besar sket yerr.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.378206 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list