CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17105|Reply: 87

Putri Mardiana Tangguh Bertunang Bkn Krn Hbgn Retak ...upd pg 4

[Copy link]
Post time 24-7-2011 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by KUDABELANG at 27-1-2012 11:33

Kenapa saya keluar MIG Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
[email protected]
Foto ABDUL NAZIR MOHAMED





WANITA ini cukup dikenali menerusi wataknya dalam filem Santau arahan Azahari Zain. Siapa lagi kalau bukan Puteri Mardiana Zainal Abidin, 30, pelakon yang lebih mesra dipanggil Nina ini.
Kalau dibilang, hampir tiga tahun berada di bawah syarikat produksi MIG, sudah banyak juga filem dan drama yang melibatkan Nina sebagai pelakon.
Tak kisahlah jika watak yang diberikan itu sebagai heroin atau sekadar pelakon pembantu.
Pokoknya, Nina dilihat banyak menyumbangkan keringatnya sebagai pelakon meski tempoh berada di MIG masih belum matang.
Namun begitu, ada cerita kurang menarik melibatkan pelakon ini yang berjaya ‘ditangkap’ oleh Pancaindera.
Dengarnya, anak kelahiran Setiawan, Perak ini tidak lagi tinggal sebumbung dengan MIG.
Didakwa baru sahaja angkat kaki meninggalkan syarikat tersebut sejak 18 Julai lalu, tindakan Nina itu sudah tentulah memberi kejutan.

Lebih parah apabila ada segelintir pihak cuba mengaitkan tindakan Nina untuk keluar dari MIG kerana berlakunya masalah dalaman antara dia dan syarikat kendalian David Teoh itu.

Berpeluang bertemu muka dengan empunya diri, Nina ketika diajukan pertanyaan selagi boleh tidak mahu membuka mulut mengenai hal tersebut.


Dalam rendah diri, kata Nina, semuanya dilakukan kerana dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa.
Namun, apalah daya seorang wanita untuk menyimpan segala yang terbuku di hati sedangkan dia sebenarnya hidup dalam kepayahan waktu ini.
Mencurahkan isi hatinya kepada Pancaindera, Nina dalam susun katanya mengaku bahawa hal ini bukan sekadar khabar angin.

Menurut Nina, dia telah bertindak menamatkan kontrak bersama MIG pada tarikh tersebut selepas membuat pertimbangan sejak awal tahun lalu.

Malah, tanpa berselindung, Nina juga memberitahu keputusan itu dibuat selepas merasakan ada kepincangan dalam pentabdiran MIG di mata kasarnya.

“Ya, saya mengaku memang ada masalah dengan MIG. Merajuk? Adalah juga sikit.

“Terus-terang saya sebenarnya agak kecewa dengan cara pentadbiran mereka. Kalau nak cerita memang banyak dan saya pun malas nak sebut satu-satu.


“Cuma apa yang saya boleh katakan, kekecewaan saya yang paling utama adalah terhadap bagaimana cara mereka membayar harga seseorang pelakon itu,” katanya.
Menurut Nina, secara peribadi, dia melihat syarikat kendalian David Teoh tersebut gagal memberikan bayaran setimpal kepada pelakon sepertinya biarpun dia seringkali meletakkan lakonannya pada tahap kualiti yang terbaik.

“Mungkin ada orang akan kata saya ni tak sabar dan lagipun baru tiga tahun saya berada di bawah MIG.

“Hakikatnya, saya dah cukup bersabar selama ini. Begitu juga soal tawaran lakonan. Sebagai seorang pelakon di bawah MIG, bayangkan untuk sepanjang tahun ini, cuma dua buah filem yang ditawarkan kepada saya.

“Macam mana saya nak hidup dengan hanya bersandarkan bayaran untuk dua filem sahaja? Berapa sangat bayaran yang saya dapat?

“Itu belum tolak itu ini lagi oleh pihak syarikat lepas bayaran diluluskan. Akhirnya nanti berapa banyaklah sangat yang saya dapat?

“Lebih menyedihkan kerana saya juga seorang ibu tunggal. Ada tiga anak kecil yang perutnya perlu diisi. Kalau bayaran pun sikit, macam mana saya nak teruskan hidup?” jelasnya kesal.

Tak main politik


Mengaku tidak terbit sedikitpun penyesalan di hatinya, kata Nina, dia sudah bersedia dengan segala kritikan orang padanya.
Malah, dia berpendapat, jika keputusan itu tidak dibuat sekarang, dia bimbang semakin lama akan merasa tercengkam di bawah naungan syarikat tersebut.
Apalagi, kata Nina, dia tidak seperti orang lain yang mungkin sudah terbiasa naik bermain politik kotor semata-mata untuk kesenangan sendiri.

“Minta maaflah. Saya memang tak pandai main politik di tempat kerja. Kaki bodek ke, kaki kipas ke, itu bukan diri saya.

“Kalau ikutkan ramai dah keluar dari MIG dan saya rasa tindakan ini adalah tepat demi untuk menyelamatkan diri.

“Kalau ikutkan ada saja tawaran yang saya dapat dari produksi lain, tetapi disebabkan MIG tak benarkan artisnya berbuat demikian, maka banyaklah yang terlepas.

“Walhal tawaran lakonan dengan MIG pun bukannya selalu ada. Jadi macam mana saya sebagai artis nak cari makan dan sara diri?” ujarnya.


Tidak akan berundur dari prinsipnya, kata Nina, keputusan untuk keluar daripada MIG juga merupakan satu petanda buat artis-artis lain untuk tidak terus terlena di dalam zon selesa.
Bagi Nina, ini kerana kehidupan artis meski nampak glamor dan mewah, namun secara realitinya ia tidak seindah yang disangka.
Lebih-lebih lagi buat artis-artis di Malaysia, katanya.

“Ini yang berlaku pada saya, sedangkan semakin hari semakin banyak bakat-bakat baru yang berlandaskan rupa akan muncul mewarnai industri seni.

“Saya sedar umur pun sudah masuk 30 tahun. Sekurang-kurangnya kalau saya keluar dari MIG sekarang, saya punya banyak peluang untuk cuba bidang lain pula.

“Kalau boleh saya mahu cari kerja yang mempunyai gaji tetap. Sekarang ni saya hanya fikir nak cari duit sahaja.

“Dulu mungkinlah saya ingat jadi pelakon ni boleh  buat banyak duit. Tapi bila jadi begini, macam tak boleh pergi jauh saja.

“Bertambah tersentuh hati bila kadang-kadang saya tak dapat nak sediakan keperluan terbaik buat anak-anak dek kerana kekangan kewangan. Hati ibu mana yang tak terasa bukan?” ujarnya.


Tak bergaduh
Menyedari mungkin ada pihak yang salah faham dengan tindakannya, kata Nina, dia terlebih dahulu menyusun maaf agar tidak ada yang tersinggung dengan perbuatannya.
Malah, menurut Nina, dia juga tidak mahu ada yang mengaitkan keputusannya untuk berundur dari MIG gara-gara dia bergaduh dengan David sendiri.
Jelas Nina, pengundurannya juga telah dibuat dalam suasana damai antara dia dan David meski akui Nina dia tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap pengurusan syarikat tersebut.

“Sebelum ini pun kami pernah berbincang. Tak mengapalah, mungkin setakat ini saja yang saya boleh sumbangkan untuk syarikat itu.

“Saya akan kuatkan semangat dan saya harap ini adalah kali pertama dan terakhir saya keluarkan kenyataan.

“Saya pun tak mahu panjangkan cerita, yang penting saya tak bergaduh dengan dia, ” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Alia Wirdani, 8, Amir Firman, 6, dan Airell Zuhair, 5, ini berkata, dia akan sentiasa mengingati jasa baik David.


Kata, Nina, sebagai orang pertama yang bertanggungjawab memperkenalkan dirinya kepada dunia lakonan selepas memenangi pertandingan World Championship Performing Arts 2009 (WCOPA), Los Angeles, budi David tidak akan dilupakan.

“Dia adalah orang pertama yang nampak bakat saya dalam bidang lakonan bermula dengan filem Santau kemudiannya Ngangkung, Damping Malam, Kongsi dan lain-lain.

“Namun, keputusan tetap keputusan dan saya akan pegang pada prinsip saya untuk berundur,” katanya.

Sementara itu, Nina yang kini tidak lagi terikat dengan mana-mana produksi merancang untuk mencari pengalaman kerja dalam bidang lain yang bersesuaian.



MIG DAVID TEOH TAK PANDAI JAGA PEKERJA KE? PERANGAI RAMAI ARTIS X PUAS ATI..


DULU AIZAD JAZMIN, AHMAD IDHAM, NOW PUTRI MARDIANA..MIG SUKA CARI PASAL KE?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 12:10 PM | Show all posts
ADA AKU KESAH ko nak keluor dari dunia ni pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:18 PM | Show all posts
aku nampak david nih nak jadi shaw brothers cm dulu2 laa kot.... tuh pasal ikat pelakon sebegitu rupa..

jgn la nanti2 royalti pulak jadi isunya....cm P Ramlee, filem berpuluh tahun, lagu beriban2 masih org tgk dan dengar tp royalti xdpt di kecapi oleh anak cucu kerana itu hak milik shaw brothers...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:28 PM | Show all posts
aku nampak david nih nak jadi shaw brothers cm dulu2 laa kot.... tuh pasal ikat pelakon sebegitu rup ...
tigerads Post at 24-7-2011 12:18



pilem p. ramlee tgk 4-5 kali pun x buhsan..

pilem d.teo tgk trailer jer dah tahu buhsan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:29 PM | Show all posts
MIG tu byk kasi peluang artis baru jadi artis yg agak lama rasa hati la
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:43 PM | Show all posts
Bleh tahan gak lakonan dia nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2011 12:51 PM | Show all posts
ala. bkn camtu la. bg peluang la konon. mig ni bg peluang kat yg bleh cari untung jek, artis yg ada rupa, cth: lisa, sam, intan, fizo, kamal etc - lakonn mantain kayuuuu.
putri mardiana, bagus la, mmg pilihan yg bijak. dok lama2 kat mig, takde apa ko dpt, better lgi cari sendiri. dpt pilih yg bagus2, takde la tapksa berlakon dlm filem hampeh jek kan.
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:52 PM | Show all posts
aiks. rupa2nya idham bukan ngan mig lgi eh? mmm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 12:57 PM | Show all posts
x kenal sape dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 02:04 PM | Show all posts
pierre andre & farid kamil dulu pun dengan MIG jugak kan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 02:05 PM | Show all posts
tp xpatut la 2 filem setahun. mmg xmkn la ank2 dia.sian2
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 02:10 PM | Show all posts
Good move.. aku tgk dia pon berlakon tak kaku.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 02:13 PM | Show all posts
lakonan dia ok gak.. boleh tahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2011 02:14 PM | Show all posts
minah ni blakon gak drama oi...bkn film je...bioasa la..sudah abis madu sepah dibuang
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 02:14 PM | Show all posts
pas ni g la risik keluar haslam plak..juta2 tu pilem dorg
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 02:17 PM | Show all posts
walaupn x brape femes..tp honestly lakonan die jauh lg baik dari lisa surihani tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2011 03:12 PM | Show all posts
walaupn x brape femes..tp honestly lakonan die jauh lg baik dari lisa surihani tuh...
awekcunbanget Post at 24-7-2011 14:17



    yana n intan ladyana lebih kurang la dgn lisa tu...mardiana tu best tgk dlm santau..best gilakk..real
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:18 PM | Show all posts
ingatkan anak dia sorang jer. 3 org rupa2nya.

tapi dia mmg pandai berlakon. good move dia keluar. banyak production house boleh bagi dia peluang berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:24 PM | Show all posts
bak kata david teo.." u pernah tgk ular berak???"
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:59 PM | Show all posts
tapi gua tau david teo nii kasi rumah kat despatch dia... tapi despatch dia minta duit.. kekek tak mo umah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074089 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list