|
Post Last Edit by KUDABELANG at 31-7-2011 00:03
pengacara popular putus tunang??
Ramai yang teruja & gembira apabila mengetahui berita mengenai pengacara popular tv yang berumur pertengahan 30 ini telah mengikat tali pertunangannya bersama seorang wanita, bekas peserta rancangan realiti, sekitar awal tahun ini.
Al-kisahnya, hari ini kami menerima berita yang kurang mengembirakan mengenai mereka berdua. Dengar cerita, sejak kebelakangan ini pihak perempuan telah meletakkan status seperti ‘I’m officially single’ yang sekaligus membuatkan ramai orang tertanya-tanya akan status pertunangan mereka.
Adakah pertunangan mereka sudah putus, atau kekal seperti biasa? Bukan apa, selama ini kami teringin nak melihat hubungan kedua-dua pasangan berakhir di jinjang pelamin. Iya’lah, si lelaki sangat hensem orangnya, yang perempuan pula memang cantik, sesuai sangat!
Kami teringat, sebuah akhbar pernah melaporkan mengenai pasangan warga emas Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70 yang bernikah setelah 53 putus tunang. Shamsuddin berkata dia pernah bertunang dengan isterinya itu ketika berusia 19 tahun. Tetapi, pertunangan mereka hanya bertahan selama 4 bulan.
“Namun, saya tidak sangka jodoh kami masih ada walaupun sudah berpisah selama 53 tahun. Bagi saya, ajal maut, jodoh pertemuan Tuhan yang menentukan,” kata Umi Rais.
Kisah Shamsuddin & Umi ini secara tidak langsung mengajar kita erti “jodoh berada di ketentuan tuhan”, tak gitu? Andai kata jodoh si pengacara tv & bekas peserta rancangan realiti itu putus, ingat’lah itu semuanya takdir. Kalau masih kekal, kami doakan mereka cepat-cepat naik pelamin.
credit oh bulan |
|