|
NS tekad melangkah lebih jauh pada saingan Piala Malaysia kali ini\rKEBELAKANGAN ini, Mohd Azraai Khor Abdullah lebih kerap menguntum senyuman ketika sibuk dengan persiapan membentuk barisan mantap menyahut cabaran Piala Malaysia yang bakal bermula 6 September ini.\r\n\n\n\n\r Sifat ceria itu lebih kerah situasi positif yang berkembang dalam pasukannya ketika hampir semua pemain tonggak Negeri Sembilan sudah pulih daripada kecederaan dan sedia diturunkan dalam kesebelasan pasukan.\r\r\n\n\n\n\n Tonggak seperti pertahanan berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah dan penyerang Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sudah sedia menggegar dan ia memberi opsyen kepada jurulatih berkenaan mencongak strategi terbaik mengharungi cabaran getir Kumpulan B membabitkan Terengganu, Selangor PKNS dan Sime Darby.\r“Memang ia suatu perkhabaran baik dan sumbangan Norhafiz dan Zaquan amat diharapkan. Tapi harus diakui kejayaan bukan pada satu atau dua pemain, sebaliknya semua yang dipilih harus melaksanakan tugasan dengan baik.\r“Tambahan, kita dijangka bakal menghadapi laluan berliku berdepan juara Piala FA musim ini, Terengganu dan juga kebangkitan Selangor PKNS serta Sime Darby yang tidak boleh dipandang rendah.\r“Ia menuntut kita bekerja lebih keras untuk memastikan kita mampu melangkah lebih jauh pada saingan itu nanti,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.\r\n\n\n\n\rSelain Norhafiz Zamani dan Mohd Zaquan Adha, Negeri Sembilan - finalis yang kecundang kepada Kelantan tahun lalu, turut dianggotai beberapa pemain berstatus kebangsaan antaranya Mohd Aidil Zafuan, S Kunalan, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Farizal Marlias dan Hairuddin Omar.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|