CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68|Reply: 0

Harun beri tumpuan Sukan SEA

[Copy link]
Post time 17-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ketepikan kemelut peribadi demi atlit negara bakal bersaing di Jakarta\rSEGALA kemelut yang melanda mahu diketepikan sementara ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed yang menetapkan fokus utamanya untuk persediaan atlit bagi menghadapi Sukan SEA Indonesia, November depan.\r\n\n\n\n\r   “Sebagai ketua jurulatih, saya tidak mahu perkara ini terus mengganggu saya dan atlit kerana yang penting adalah persiapan ke Sukan SEA,” kata Harun yang sedang mengemudi 12 atlit elit kebangsaan di Temasya Universiade Shenzhen, ketika ini.\r\r\n\n\n\n\n   “Apa yang bermain di fikiran saya ketika ini ialah mempersiapkan atlit dengan sasaran mencatat sesuatu yang lebih baik berbanding Sukan SEA sebelum ini,” katanya yang sebelum ini diselubungi masalah tuntutan gaji selain isu ujian doping.\rHarun sebelum ini dikatakan mengarahkan tiga atlit bimbingannya, Nurul Sarah Abdul Kadir, Nor Jannah Hafiszah Jamaluddin dan Mohd Nor Imran Hadi ke Bulgaria secara tiba-tiba selepas dijadualkan MSN untuk menjalani ujian doping.\rMengenai isu tuntutan gaji yang dikatakan sudah selesai, Harun turut enggan mengulas panjang dan mengatakan ingin mendapatkan penjelasan lebih jelas apabila kembali ke tanah air nanti.\r“Saya tidak tahu apa cerita di sana, baru dengar saja tapi jika benar ia berita yang baik. Tidak kisahlah berapa yang mereka hendak bayar dulu tapi keutamaan saya masih Sukan SEA.”\r\n\n\n\n\rHarun juga mengatakan tidak tahu menahu mengenai ketetapan MSN yang ingin menghantar kuartet 4X100m - Siti Fatimah Hassan, Siti Zubaidah Adabi, Yee Li Leng, Sarah dan Norjannah - digabungkan untuk berlatih di Bulgaria semula selepas dikatakan berpecah.\r“Saya masih belum  bincang lagi. Setakat ini, mereka akan bersaing di Universiade ini,” katanya mengenai kuartet yang tidak digabungkan lebih dua bulan itu.\rMengulas prestasi awal yang ditampilkan negara pada hari pertama olahraga dibuka semalam, Harun tidak menetapkan sasaran terlalu tinggi.  \r“Ini adalah temasya sukan bertaraf dunia, jadi andai layak ke pusingan kedua, ia sudah dianggap baik. Yang penting ialah mereka mampu memperbaiki catatan masa.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.279762 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list