View: 11017|Reply: 27
|
Anak pengarah disyaki khalwat?
[Copy link]
|
|
Penguat kuasa JAIS, MPSepang periksa bilik hotel disewa jam 3 pagi
PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin. Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi. Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.
Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit.
"Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.
“Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.
"Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.
Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin.
Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
hampeh..memalukan keluarga je..tapi anak sape ni ye? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian bapa pompuan tu, dia bajet kalo petik nma bpak yg thap peg. besar gomen tu bole terlepas la tu |
|
|
|
|
|
|
|
anak sape wey???????
rimau_belang Post at 19-9-2011 16:07
Oleh kerana takde sapa yg tau anak sape, jom tanya JAIS. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana takde sapa yg tau anak sape, jom tanya JAIS.
nolya Post at 19-9-2011 23:04
xkan lah JAIS nak bgtau |
|
|
|
|
|
|
|
msti dak pompuan 2 cakap yg bapak dia pengarah...kalo x mane jais tau kan...kan...
ps : anak pengarah kena tngkp khalwat di hotel murah cri le hotel yg gag skit dek non |
|
|
|
|
|
|
|
msti dak pompuan 2 cakap yg bapak dia pengarah...kalo x mane jais tau kan...kan...
ps : anak pengar ...
mrs_wan Post at 20-9-2011 01:52
Betul lah..Klu anak pengarah cari hotel yg ade nama sikit..Nie hotel cap ayam yg di cari... |
|
|
|
|
|
|
|
buat projek hotel cap ayam. lain kali p la hotel 5star
tapi tertanya-tanya gak, anak siapa la ni. |
|
|
|
|
|
|
|
buat projek hotel cap ayam. lain kali p la hotel 5star
tapi tertanya-tanya gak, anak siapa la ...
anmz76 Post at 20-9-2011 12:05
dia bajet dok hotel murah tak kene cekup laa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti Hotel Sepang kat tepi jalan kat dengkil ni..Hotel tu kerap kena ambush.. Adik aku pernah sekali kena ambush ngan hubby dia masa duk situ.Jenuh bertekak ngan JAIS kata depa laki bini..siap tunjuk anak yg sedang lena ats katil lagi. Jais tak percaya.bila anak dia tergaja dr tidur, bengang la adik ipar aku. dia penat, balik meeting dah lewat malam. nak tido dah tak blh coz baby dia dah meragam coz terjaga tgh malam.esok pagi2 ada meeting lagi...Dia hempas pintu hotel tu..terdiam semua..Adik aku ni selalu ikut hubby dia outstation dr kedah ke Putrajaya. So Hotel Sepang tu dah macam umah ke2 depa laki bini + anak.Nak duk Hotel mahal dah tak mampu..tiap2 minggu hubby dia meeting di Putrajaya..nak tunggu claim lak lambat.
Note: Adik ipar aku pun Pengarah sebuah jabatan kerajaan di kedah..Pun duk hotel cap ayam nih..Hihihihi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti Hotel Sepang kat tepi jalan kat dengkil ni..Hotel tu kerap kena ambush.. Adik aku pernah se ...
icelaici Post at 21-9-2011 13:51
dah memang kaki bermalam kat hotel, bwk lah sijil nikah kad nikah ke, ingat kat dahi ada chop ka kami ni laki bini sah..kata pegawai kanan, benda mcm tu pun nak kena ajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# jonlabu
Dia bawa la ....tp dah tgh2 nyenyak tido org duk ketuk pintu macam gempa bumi, mana tak panik...mamai la pun..hangin pun ada...pas tunjuk kad la baru berani hempas pintu kat muka pegawai jais tu..kalau tak mana berani..kang tak pasai2 di dakwa menghalang kerja kakitangan awam.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sapa la ni??? huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
anak pengarah di salah sebuah agensi kerajaan???
bos aku pong pengarah 54, tp aku rasa jawatan dia tak beso sgt huhuhuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni pengarah drama tv1 yang x glamour nih..... bukan pengarah filem.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|