View: 51336|Reply: 31
|
Sejarah Menara JAM Besar
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 20-11-2011 17:57
Bangunan Jam Besar yang terletak di Medan Bandar berhampiran Masjid Zahir.
Pembinaannya sezaman dengan Bangunan Masjid Zahir.
Pintu masuk ke Menara Jam Besar.
Last Photo credit to Syazwan Shafwan
Menara Jam Besar Alor Setar, Kedah
Menara ini terletak di Jalan Putera. Ia dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini berusia lebih kurang 90 tahun. Tiba pada waktu-waktu tertentu, jam ini akan berbunyi. Daripada segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang ditonjolkan di sini iaitu unsur Islam dan Hindu.
Unsur Islam dapat dilihat pada bahagian kubahnya berserta lambang bulan sabit yang biasanya dapat dilihat pada masjid-masjid. Begitujuga ukiran yang terdapat di sekeliling menara ini. Tetapi, kalau diperhatikan pada bahagian bawah menara tersebut, ukirannya melambangkan unsur Hindu, terutamanya pada bahagian pintu masuknya.
Tegasnya, rekabentuk menara ini tidak mempunyai pengaruh dari luar. Ia hanya dikembangkan di sekitar pengaruh agama Islam dan Hindu dahulu.
Menara jam ini telah dibina pada tahun 1912. Pada zaman dahulu, jam ini akan berbunyi setiap kali masuknya waktu sembahyang fardhu. Dari segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang digabungkan menjadi satu iaitu:-
Unsur Islam :- Dapat dilihat dari segi struktur kubah menara serta lambang bulan sabit serta ukiran disekeliling menara dan
Unsur Hindu :- Terdapat di bahagian bawah menara, ukirannya juga melambangkan unsur Hindu terutama pada bahagian pintu masuknya.
Pembinaan bangunan Jam Besar ini mempunyai kaitan rapat dengan masjid zahir iaitu dari segi peranan dan fungsinya. Ianya memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya bilal yang bertugas di Masjid Zahir bagi menentukan waktu masuknya waktu solat sebelum azan dilaungkan. Dahulunya jam di Menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat dan diikuti dengan paluan nobat yang akan dimainkan di Balai Nobat dan sejurus kemudian azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir.
Oleh: Dato' Haji Wan Shamsuddin b. Mohd. Yusof (my Kedah.com) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menara jam sultan abdul samad la paling tinggi kat Malaysia kan? |
|
|
|
|
|
|
|
menara jam sultan abdul samad la paling tinggi kat Malaysia kan?
zaharul_asriq94 Post at 20-11-2011 18:15
Iyakah Asriq?
menara jam @ Bangunan Sultan Abd Samad setinggi 41.5 meter
Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London.
Adakah Menara Jam di Malaysia yang lebih tinggi dari Menara Jam banguan Sultan Abd Samad?
have to check... |
|
|
|
|
|
|
|
Menara jam merdeka masih gah
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
IPOH - Salah satu keistimewaan yang ada di negeri Perak ialah tujuh daripada 10 daerah di negeri tersebut mempunyai menara jam .
Lebih menarik, kesemua menara jam yang berusia lebih 50 tahun itu dibina khas oleh penduduk setempat sempena memperingati tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Presiden Persatuan Warisan Perak, Mohd. Taib Mohamed berkata, antara lokasi menara jam tersebut ialah Parit Buntar, Parit, Sungai Siput, Ipoh, Kuala Kangsar serta Kampar.
Kesemua menara jam itu dibina pada tahun 1957.
"Semua menara jam terbabit dibina hasil wang derma sumbangan penduduk tempatan sendiri. "Ia kini menjadi lambang kebanggaan rakyat Perak bagi merayakan hari kebebasan negara daripada penjajahan asing," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata, biarpun pembinaan menara jam tersebut menelan kos yang agak besar, dengan semangat merdeka yang berkobar-kobar ia berjaya disiapkan.
Sebagai contoh, katanya,menara jam besar di Sungai Siput dekat sini yang terletak di hadapan Mahkamah Majistret dibina dengan kos RM3,000 (nilai wang pada masa itu).
Katanya, ia hasil derma ikhlas penduduk pekan terbabit tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.
Menara jam yang dirasmikan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada 20 Januari 1960 itu menunjukkan kebangkitan perpaduan masyarakat setempat yang berbilang kaum.
"Biarpun sudah berusia lebih 50 tahun, semua menara jam tersebut adalah monumen bersejarah yang masih berada dalam keadaan baik dan dijaga rapi," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 20-11-2011 21:33
Menara-Menara Jam Merdeka (Negeri Perak)
Menara Jam Merdeka Sg Siput, Perak.
Menara Jam Merdeka, Parit Buntar ( Menara ini berdiri di tengah-tengah bulatan mini di Jalan Dewan)
Ia dibina untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran yang cemerlang bagi semua penduduk-penduduk Parit Buntar. Jam menara ini telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Tanah Melayu pada 24 Ogos 1961.
Menara Jam Merdeka, Parit
Menara Jam Kemerdekaan Kampar, Perak
Menara JAM tidak semata-mata memberitahu masa tetapi adalahsimbol-simbol penting kemerdekaan negara kita.
Di bandar-bandar Parit Buntar, Sungai Siput, Parit dan Kampar di Perak, menara jam dibina untuk memperingati kelahiran sebuah negara yang kini dikenali sebagai Malaysia.
Terletak di persimpangan Bulatan Jalan Peh Kong, Jalan Taipingdan Jalan Dewan, menara jam di Parit Buntar telah siap pada tahun 1959 dan dibuka oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada 24 OGOS 1961.
Guru bersara, Tan Cheng Hai, 76, masih ingat bandar yang sibukdengan keseronokan pada masa lawatan Tunku.
"Ia tidak kira apa bangsa mereka, semua orang mencintai Tunku Abdul Rahman.
"Malah mereka yang tinggal di pinggir bandar yang dibuat matauntuk datang ke bandar untuk berjumpa dengannya secara peribadi," kata Tan.
A plak pada menara jam berbunyi bahawa peniaga getah kayaLim Chong Chee telah dibiayai dan dibina struktur untuk kemajuandan kemakmuran yang lebih tinggi daripada semua penduduk diParit Buntar.
Sementara itu, menara jam di sepanjang Jalan Besar di SungaiSiput telah dibuka oleh Perdana Menteri yang pertama pada awal tahun itu pada 20 Jan.
Bersara guru Leong Wai Ching, 75, pada majlis itu sejarah dengan pelajar-pelajar beliau.
"Saya telah membawa kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Boykepada pembukaan.
"Kami juga berjaya mengambil gambar dengan Perdana Menteri,yang saya masih harta hingga ke hari ini," katanya.
Seorang lagi penduduk Sungai Siput berkata, ia adalah malangbahawa banyak anak-anak muda tidak menyedari kepentinganmenara jam.
Ng Ngoon Loy, 74, berkata ada yang tidak tahu bahawa menara jam wujud, mencadangkan bahawa mungkin majlis tempatan bolehmerapikan kawasan tersebut dan menukar struktur menjadi tarikantempatan.
Menara jam, Parit dengan seni bina Moor dan inskripsi "AmaranKemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu," telah dirasmikan padaJan 20, 1963 oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri.
Ia juga berkata bahawa menara jam dibina pada kos yang 3370dolar, dengan wang yang dikumpulkan daripada penduduk tempatan.
Menara jam di persimpangan Jalan Iskandar dan Jalan Station di Kampar membuat satu lagi mercu tanda untuk mengingati harikemerdekaan.
Masih dalam rangka kerja yang sempurna, walaupun telahberoperasi sejak tahun 1957, menara jam baru-baru ini menjalaniwajah baru apabila Kampar telah diisytiharkan daerah dua tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 21-11-2011 14:29
Masih tidak bertemu gambar & info
Jam Besar Perlis , yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar Perlis.
Sapa ada maklumat atau gambar?
Sila paste & share.
Thanks ;) |
|
|
|
|
|
|
|
menara jam teluk intan takde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 21-11-2011 11:59
menara jam teluk intan takde ke?
shahx Post at 20-11-2011 22:38
Menara Jam (Yang Condong) Teluk Intan
Sebuah banguan berbentuk pagoda. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. Jika dilihat dari kejauhan, seolah-olah bangunan menara ini memiliki 8 tingkat tetapi apabila di 'zoom in' hasil didapati ialah hanya ada tiga aras sahaja.
Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki. <--- (apa ni? Saya pun tak boleh imagine?)
Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya.
Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.
Menara Jam tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.
Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.
Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.
Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
GPS Coordinates: 4°1.544′N, 101°1.133′E
Brader ini tito dicelah tiang menara untuk memastikan menara tidak tumbang |
|
|
|
|
|
|
|
Menara Jam Merdeka Kulim, Kedah
Telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 54 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.
- Bagi memastikan pembinaan Jam Merdeka Kulim dapat disiapkan mengikut jadual maka sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan iaitu :-
- Tuan Syed Osman Syed Mohammad Idid - Pengerusi (Pegawai Daerah Kulim / YDP Majlis Bandaran Kulim)
- En Mohammad Shakaff b Hussin - Bendahari
- En. mansur Hj Ahmad - Setiausaha
- Ketua Polis Kulim
- En B. G. Philips, JP
- En. Chew Chin Hooi, JP
- En. Soon Cheng MEng, JP
- En. M.Y.Samsudin, JP
- En. Khor Seng Guan
- En. Moey Chong Yen
- En. R. Themuligan
Kos Pembiayaan Jam Merdeka Kulim Dibiayai melalui penduduk Kulim sendiri yang berdasarkan catatan sebanyak RM40,000.00 sebagai manifestasi penduduk Kulim sebagai rakyat negara ini di atas kejayaan negara mencapau kemerdekaan dari penjajahan British.
Hingga Kini Jam Merdeka Kulim masih lagi menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Kulim. Ianya kini telah diindahkan lagi termasuk mengadakan air pancutan di kawasan bersebelahan dengannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu lagi menara jam kat Pasar Besar Batu Pahat, Johor. Tapi malangnya tinggal menara aje...jamnye dah kena buang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# sya_sugar_sugar
menara jam paling tinggi malaysia = rekod malaysia ghulam jie m khan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# alphawolf
kat mana tu? tak tau plak pasal menara jam tanpa jam BP ni |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by alphawolf at 21-11-2011 15:39
Reply alphawolf
kat mana tu? tak tau plak pasal menara jam tanpa jam BP ni
zaharul_asriq94 Post at 21-11-2011 14:53
Kat bangunan pasar batu pahat...masa aku budak lagi jam tu dah tak berfungsi...last2 majlis daerah bukak clock face, tukar simen kosong.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|