CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Pemimpin Islam mahu Williams disenarai Muslim paling berpengaruh

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WELLINGTON (New Zealand): Pemimpin Islam di New Zealand sedang berusaha memastikan pemain All Black dan bintang Muslim, Sonny Bill Williams tersenarai di antara 500 Muslim paling berpengaruh.\rMereka kecewa pemain juara dunia itu gagal menempatkan diri dalam senarai 2011 dan akan menulis kepada penerbitnya - Pusat Kajian Strategik Islam Diraja yang terletak di Jordan - untuk memasukkan nama pemain ragbi itu tahun depan.\r\n\n\n\n\r   Menurut pusat kajian berkenaan, senarai tahunan mereka membabitkan tokoh Islam berpengaruh yang membuat perubahan besar dalam dunia Islam, serta memberi gambaran bagaimana kehidupan Islam sebenar kepada umat Islam lainnya.\r\r\n\n\n\n\n   Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Islam New Zealand, Javed Khan berkata dia akan menulis surat kepada pusat berkenaan untuk memberitahu mereka mengenai Williams.\r“Sonny Bill Williams adalah Muslim paling popular di New Zealand dan, dalam tahun Ragbi Piala Dunia, dia menjadikan kepercayaannya sebagai teras,” kata Khan. “Saya rasa punca utama dia tidak tersenarai adalah kerana mereka tidak mengetahui wujudnya bintang Muslim di New Zealand.”\rWilliams memeluk Islam pada 2008 selepas mendengar khutbah di Masjid Sydney.\rRaja Arab Saudi, Abdullah mengetuai senarai Muslim paling berpengaruh sepanjang 2011. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.038700 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list