CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

Perak rampas pendahulu Liga Super

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEGAGALAN Kelantan dan Terengganu merakam kemenangan membantu Perak merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super buat julung kali apabila menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.\rKemenangan itu membolehkan skuad Seladang bimbingan Norizan Bakar melonjak ke tangga teratas liga dengan 15 mata, satu mata mengatasi Kelantan yang sekadar seri 0-0 di Likas dan dua mata meninggalkan Terengganu yang gagal menggunakan kelebihan gelanggang sendiri apabila turut seri 1-1 dengan PKNS.\r\n\n\n\n\r  Tuan rumah yang mendapat sokongan padu penyokong mula menunjukkan belang apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Michael Kubala sebelum rakan sepasukan Fahrul Razi Kamaruddin mengukuhkan kedudukan pada minit ke-27.\r\r\n\n\n\n\n   Namun, pelawat yang dibimbing Robert Alberts merapatkan jurang pada minit ke-33 apabila penyerang dari Croatia Vedran Muratovic menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Mohd Noor Hazrul Mustafa.\rDi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu mensia-siakan peluang keemasan untuk merampas persada liga apabila terikat 1-1 ketika melayani PKNS, sekali gus gagal  meneruskan rentetan kemenangan berturut-turut dalam empat perlawanan sebelum ini.\rWalaupun mendahului 1-0 menerusi penyerang berbisa, Francis Forkey Doe apabila merembat masuk hantaran Joseph Kalang Tie pada minit ke-37, anak buah Mat Zan Mat Aris gagal mengekalkan kelebihan apabila pelawat menyamakan kedudukan selang dua minit babak kedua bermula menerusi tandukan Helmi Remeli.\rDi Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan T-Team 2-1 untuk merakam kemenangan ketiga, sekali gus kekal di tangga keempat carta liga.\r\n\n\n\rZairo Anuar Zailani memberikan pendahuluan buat T-Team menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-36 tetapi gandingan mantap Jean-Emmanuel Effa Owona dan Mohd Shakir Md Ali menyaksikan masing-masing menyumbat gol pada minit ke-45 dan 65.\rDi Stadium Pasir Gudang, Johor FC terus kempunan tiga mata di laman sendiri selepas sekadar seri 1-1 dengan barisan 10 pemain FELDA United.\rTuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-82 hasil rembatan pemain gantian Mohd Syazwan Zainon tetapi FELDA menyamakan jaringan menerusi tandukan Mohd Azrul Ahmad ketika aksi berbaki lima minit.\rDi Stadium Hang Jebat Melaka, jaringan tunggal seawal minit keenam Mohd Khyril Muhymeen Zambri sudah cukup buat pelawat Kedah menewaskan Kuala Lumpur bagi kemenangan pertama skuad Kenari musim ini.\rDiperkuat dengan dua import baru, skuad Warga Kota menguasai babak kedua dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-80 tetapi rembatan Mohd Shafiq Johari ditepis penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias.\rKekalahan skuad bimbingan Razip Ismail itu terus meletakkan Kuala Lumpur di posisi tercorot liga dengan lima kekalahan dan sekali seri hasil enam perlawanan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list