CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 43582|Reply: 242

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Unit Mewah The Istana Australia Bernilai Lebih RM

  [Copy link]
Post time 25-2-2012 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by September14 at 25-2-2012 11:48


Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Unit Mewah The Istana Bernilai Lebih RM1 Juta Di Australia

Kami sukakan nama projek kediaman mewah di Melbourne,Australia ini yang menggunakan The Istana — yang pada kami cukup ringkas & classy.


Semalam berlangsungnya majlis pelancaran projek kediaman The Istana yang juga menyaksikan Dato’Siti Nurhaliza menandatangani perjanjian jual beli untuk menjadi pembeli pertama.


The Istana merupakan projek perumahan mewah pertama di’luar negara untuk Magna Prima Bhd dan 62% kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa — selebihnya untuk pembeli Malaysia.


Dato’Siti Nurhaliza membeli sebuah unit pangsapuri satu bilik di The Istana yang memerlukan pelaburan RM1.1 juta dan ke atas. –
Utusan Malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2012 10:44 AM | Show all posts
duit tok ti sungguh byk berkepuk2
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 10:46 AM | Show all posts
mewah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 10:47 AM | Show all posts
Byk duit

xda gambo ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 10:47 AM | Show all posts
wow...untungnya...untungnya atok k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 10:49 AM | Show all posts
Reply 4# mixed


    gambo baru tepek, kecik je gambonya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2012 10:51 AM | Show all posts
bagus gakk..hartanah...berbisnes..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 10:53 AM | Show all posts
pelaburan dimasa hadapan....SS pun semakin berkembang maju .... mmg beruntung DK ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2012 10:56 AM | Show all posts
murah rezeki ct..alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 10:58 AM | Show all posts
bertuahnya siti
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:03 AM | Show all posts
bgus la...tahniah la ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:07 AM | Show all posts
Tumpang bangga dengan kejayaan siti Nurhaliza...MOga rezeki bertambah dan byk bantu pada yg memerlukan..
Moga cpat dpt zuriat yg diimpikan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:09 AM | Show all posts
Perumahan mewah beli satu jota tuh kira murah gak tuh. Rege tanah kat Australia nih mmg murah eyh, sape bleh explain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:15 AM | Show all posts
murah rezeki beliaw....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:17 AM | Show all posts
rezeki x penah putus....
bertuahnye menjadi seorang Siti Nurhaliza....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:20 AM | Show all posts
Reply 13# deadpool1119

rasenye emwah utk nilai duet kte..bkn nilai duet aus..sbb 2 1 juta jek..

skang nih $1 aus = rm3.216...

so klu convert maybe baru 310,800  Australian Dollar..

tp kire oke la..maybe bukan senang na dpt harga mcm 2 kot kt aus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2012 11:22 AM | Show all posts
Reply  deadpool1119

rasenye emwah utk nilai duet kte..bkn nilai duet aus..sbb 2 1 juta jek..

...
kecikgurl Post at 25-2-2012 11:20



    Maybe la lagipun tgk kuota die nak soh ramai org Malaysia beli which mean bagusla tuh, meramaikan omat malaysia die sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:27 AM | Show all posts
Reply 17# deadpool1119


die na suh ramai org pndah sane..ehhe..tp klu tgk..ramai org msia ske g aus..terutamanya org2 kaya..anta anak blaja sume kt aus..so sape2 yg ade anak blaja kt aus..leh la beli..senang skit..xyah la ank duk nyewa..ehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 11:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by September14 at 25-2-2012 11:31

Siti Nurhaliza Beli Rumah Mewah 'The Istana' Di Australia

Magna Prima Bhd., pemaju hartanah tempatan hari ini melancarkan projek sulung kediaman di luar negara, The Istana di Melbourne Australia yang menyaksikan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjadi pembeli pertama unit kediaman itu.

Siti Nurhaliza merupakan pembeli pertama kediaman pangsapuri satu bilik The Istana.
Pengarah Eksekutif Magna Prima,  Datuk Rahadian Mahmud berkata, nilai pembangunan kasar projek tersebut ialah RM714 juta dan 62 peratus kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa.

Manakala bakinya pula dijual untuk rakyat Malaysia dan ekspatriat yang menetap di Australia dengan harga permulaan RM1.1 juta dan ke atas dengan jangkaan siap pada tahun 2014.

"Pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung kami di luar negara dan sedikit sebanyak mempercepatkan langkah kami untuk meluaskan perniagaan ke peringkat serantau," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran jualan The Istana yang disempurnakan oleh Siti Nurhaliza di sini hari ini.

The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A'Beckett Street, sebuah lokasi di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.

Projek yang dahulunya dikenali sebagai Dynasty Living, dibangunkan di atas tanah 10,800 meter persegi, mengandungi 320 unit kediaman merangkumi unit studio, pangsapuri dua, tiga dan empat bilik tidur dan unit penthouse dua tingkat.

Pertukaran nama kepada The Istana adalah langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan Malaysia.

"Kami melihat ramai orang memilih untuk membeli hartanah di luar negara terutamanya di Australia dan United Kingdom kerana kedua-duanya merupakan lokasi pusat pengajian tinggi malah golongan profesional muda Malaysia juga mula berminta untuk melabur ke Australia ketika ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:28 AM | Show all posts
kat oz rumah mahal ler....studio picisan pun klu kat bandaraya melbourne haruslah aud300k++
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.113628 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list