CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129453|Reply: 490

Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua

[Copy link]
Post time 17-6-2012 12:52 AM | Show all posts |Read mode

Salam perkenalan semua. Saya amat memerlukan pertolongan daripada sesiapa yang boleh membantu. Saya hidup sebatang kara setelah tiada ibu bapa dan adik beradik. Isteri dan anak-anak merupakan satu-satu keluarga saya yang tinggal sekarang. Tetapi isteri telah keluar rumah tidak balik beberapa tahun dan tidak peduli langsung tentang diri saya. Perubahan sikapnya ini saya percaya ada kaitan dengan beberapa kejadian yang melibatkan keluarga emak mertua. Kejadian-kejadian ini termasuk:

      · kehadiran makhluk halus dalam tubuh emak mertua yang mereka sanjung sebagai ‘tuk’ kerana beranggapan ia adalah roh

   moyang atau makhluk ulamak

· terdapat tanda-tanda lebam di peha dan lengan isteri apabila bangun pada waktu pagi

· isteri bermimpi bersalam dengan makhluk tua yang berpakaian serba putih

· isteri mengaku merasa puas bersama sesuatu apabila bangun dari tidur

· isteri mendapat mimpi-mimpi pelik seperti suami sudah berkahwin dengan wanita lain

· isteri kerap mendapat sakit kepala

· pengakuan isteri bahawa moyang emaknya adalah seorang pawang

· kakak emak mertua memperolehi kebolehan merawat setelah bermimpi ada sesuatu membawanya berterbangan ke satu tempat yang jauh dan asing.


Saya percaya ada penglibatan sesuatu dari amalan emak mertua atau peninggalan moyang emak mertua yang telah memisahkan saya dan isteri sehingga rumahtangga yang dibina begitu lama menuju kehancuran. Emak mertua rapat dengan isteri saya berbanding dengan anak-anak perempuannya yang lain. Hati isteri tutup untuk menerima saya seperti dipengaruhi oleh sesuatu hingga tidak mengindahkan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap suami. Isteri tidak ada merasa simpati atas tindakannya kerana pada fikiran dan hatinya semua perbuatannya itu adalah tidak salah. Mohon sesiapa yang boleh membantu.

(Silently In Vulnerable Ambivalence
_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 24-9-2012 09:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2012 01:24 AM | Show all posts

Saya perlu pertolongan daripada sesiapa yang boleh membantu

Nak tolong apa?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 01:30 AM | Show all posts
try gi kt  thread senarai perawat islam dan testimoni...ade byk contact no.mereka yg sudi membantu anda...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 01:38 AM | Show all posts
Salaam
· kehadiran makhluk halus dalam tubuh emak mertua yang mereka sanjung sebagai ‘tuk’ kerana beranggapan ia adalah roh moyang atau makhluk ulamak


Ni macam mana tahu?

· pengakuan isteri bahawa moyang emaknya adalah seorang pawang
· kakak emak mertua memperolehi kebolehan merawat setelah bermimpi ada sesuatu membawanya berterbangan ke satu tempat yang jauh dan asing.


Ada bukti....cuba cerita lebih lanjut...mmmmm

· terdapat tanda-tanda lebam di peha dan lengan isteri apabila bangun pada waktu pagi
· isteri bermimpi bersalam dengan makhluk tua yang berpakaian serba putih
· isteri mengaku merasa puas bersama sesuatu apabila bangun dari tidur
· isteri mendapat mimpi-mimpi pelik seperti suami sudah berkahwin dengan wanita lain
· isteri kerap mendapat sakit kepala


Yang ini simptom dier...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 01:39 AM | Show all posts
Reply 2# letter2


    Perwat yg boleh tolong jauhkan dri gangguan benda emk mertua
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 01:40 AM | Show all posts
Daripada nama avatar aakah anda seorang Muslim atau penganut agama lain...
Sebab perjalanan perawatan adalah berlainan ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2012 01:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by siva_nes1 at 17-6-2012 02:17

Reply 4# rdzaccess


    Isteri sendiri terlepas cakap semasa berbual dlm kete. Makhluk halus hadir dlm emk mertua sy lihat sendiri masa keluarga berkumpul kat rumah adik ipar. Masa tu menantu2 dan anak2 perempuan emak mertua ada sama. Bila emak mertua kelakuan pelik cam tak sedar diri diorang tak panggil mak tapi panggil tuk. Maknanya tu bukan pertama kali benda camni berlaku tetapi pernah berlaku sebelum ni. Cite kakak emak mertua dibawa terbang ke satu tempat dia sendiri cite kat adik pompuan isteri dan anak-anak sedare masa kami ke umah dia pada hari raya. Diorang tanya die dan die cite camne die dapat ilmu. Sy masa tu duk dekat gan diorang. Kakak emak mertua ni bidan kampung dan org mmg jumpa die untuk rawatan. Sy sendiri tgk die guna keris kecil bersalut kain kuning bila rawat org. Isteri sy mmg berubah sgt tak langsung peduli sy dan dosa tinggal rumah. Emak mertua duk teman dia skg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 01:59 AM | Show all posts
Reply 6# rdzaccess


    Sy melayu muslim. nama avatar tu nick je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2012 02:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by siva_nes1 at 17-6-2012 02:02

Reply 3# DumBell


    Trima ksh. Sy kan gi tgk thread senarai perawat dan testimoni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 11:43 AM | Show all posts
rdzacess pon salah seorg dr mereka yg sudi membantu mereka2 yg dlm kesusahan....
try kontek dia dan ceritakan lebih detail dan lebih lanjut lg....
yg glamour kt sini hantu killer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 12:09 PM | Show all posts
Salam perkenalan semua. Saya amat memerlukan pertolongan daripada sesiapa yang boleh membantu. Saya  ...
siva_nes1 Post at 17-6-2012 00:52


Jikalau kamu percaya tuhan  apa kata mohonsahaja pertolongan daripada tuhan untuk kerohanian, jikalau secara fizikal pegi lah cari isteri kamu dan nasihati isteri kamu yg khurafat itu. But then buat apa kasih kepaga org yg khurafat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 02:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by siva_nes1 at 17-6-2012 14:54

Reply 10# DumBell


    Moga drzaccess dan hantukiller dapat membantu selain sy juga selalu memohon pada Allah SWT. Sdh ramai juga perawat cuba memulih isteri tetapi kesannya tidak lama. Emak mertua sentiasa mengawal isteri kerana dia tinggal serumah dengannya. Tak tau lah tapi ada beberapa perawat kata benda emak mertua tu hantu raya yang amat cemburu sy bersama dgn isteri sebab itu benda ni pisahkan kami. Ada juga kata isteri sy dipengaruhi jin 3 bersaudara yang juga amat cemburu dan tidak suka kami bersama. Emak mertua mmg rapat dengan isteri jika dibandingkan dgn anak-anak perempuannya lain. Suami emak mertua pun dulu mati masa umur 30-an dan emak mertua tidak kahwin balik selepas kematian suami. Bila pikir balik mungkin makhluk halus yang dekati emak mertua tak suka dia ada pasangan.

Bila suami mati emak mertua balik buat rumah atas tanah pesaka moyang. Kat sini ramai adik beradik emak mertua tinggal buat rumah sendiri termasuk kakak emak mertua yang mimpi dibawa terbang ke tempat jauh oleh sesuatu. Sy selalu dengar isteri dan adik beradik cerita macam-macam kejadian dan pengalaman seram seperti melihat lembaga berterbangan, mendengar suara orang baru mati memanggil penghuni rumah, mendengar cakaran kuku di dinding rumah, hentakan kaki-kaki berkawat atas jalan di sisi rumah, melihat belakang tubuh makhluk berupa seorang wanita berambut panjang duduk di kerusi meja pada larut malam dan lain-lain lagi di tanah pusaka tempat mereka tinggal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 02:35 PM | Show all posts
Reply 11# Changa


    Saya selalu memohon pada Allah SWT dan sudah beberapa kali mendapat mimpi isteri balik pada saya. Isteri sendri juga pernah bermimpi setiap kali dia lari saya tetap ada mengikuti dia di mana-mana juga. Kekuatan untuk terus berusaha sesuatu supaya isteri balik pulih seperti dulu tidak pernah hilang dan saya percaya ini juga datangnya daripada Allah. Say tidak pernah abai tanggungjawab dan mengambil berat hal keluarga saya. Apa yang saya tidak mahu ialah anak-anak hidup dalam keluarga berpecah. Anak-anak adalah anugerah dan diamanahkan oleh Allah untuk dibesarkan sebaik-baiknya. tetapi isteri tidak dapat lihat ini kerana hatinya dipengaruhi oleh makhluk-makhluk yang mendekati emak mertua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 02:50 PM | Show all posts
Hanya setakat menolong begitu ajer memang kurang berkesan.
Apa yang perlu adalah pengisian dalaman TT.

Beberapa maklumat perlu untuk TT kemukakan di sini.
Saya tidak mahu nanti , perawat perawat alternatif di salahkan akibat kurangnya keampuhan perawatan yang banyak di sesarkan oleh orang ramai sehinggakan mereka lebih percaya kepada perawat yang berlandaskan makhluk halus yang lainnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 02:52 PM | Show all posts
Pada hemat saya TT adalah seorang India Muslim ( jika benarlah )
dan selalu mereka yang rapat akan berkumpul di satu rumah hingga lewat hari dan kemudiannya pulang ke rumah memasing yang berdekatan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 02:57 PM | Show all posts
Baik...cadangan saya adalah buat satu 'barrier' di rumah untuk menghalang kedatangan makhluk asing yang tak berkenaan yang mengambil peluang akan suasana kemelut yang berlaku.
Kemudian di buat pemantauan dari dalam rumah membawa ke luar.
Kemudian dihapuskan makhluk makhluk pembawa sihir bermula dari isteri dan kemudian di bawa kepada isi keluarga yang lain.
Setelah itu barulah di buat pengisian jiwa yakni mendekatkan diri kepada Allah swt.

Sememangnya memakan masa dan tahap kesabaran yang tiada akhirnya namun Allah menguji kita setakat yang kita mampu untuk bertahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2012 03:06 PM | Show all posts
Reply 15# rdzaccess


    Saya bukan India Muslim tetapi Melayu jati. Maaf kalau nama avatar saya mengelirukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 03:17 PM | Show all posts
Reply 16# rdzaccess


    Memang sudah buat kat rumah. Masa perawat tu datang ke rumah dia nampak satu makhluk besar tinggi bermata merah mengangkang atas bumbung rumah dari sempadan jiran kiri dan kanan. Dia juga nampak ada 2 lagi makhluk kecil menemani makhluk besar ni. Dia kata emak mertua punya dan dia dah buang. Dia juga bagi saya mandi air limau perut yang telah didoakan. Limau perut yg telah sy gunakan untuk mandi dia bawa balik untuk buang ke sungai. Dia kata ada bunyi seram selepas dia buang limau perut ke sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 04:15 PM | Show all posts
Limau purut ....
Semasa buang ke sungai sepatutnya di buang melalui bahu ke belakang dan jangan di lihat kemana perginya...Apabila di buang secara biasa makhluk ini akan menyambutnya kembali dan  seperti macam ni (...eh ,.,.eh ..awak tercicir benda ni...) dan akan mengikut semula sebab nak bagi limau purut tu balik...sebab masa buang tu tak der orang lain kan...

Kalau buang dari hadapan melalui bahu terus ke belakang...dia macam tertanya bahawa tak mungkin orang tu punya sebab dia membelakangkan limau purut ni.. maknanya bukan dia lah sebab mana ada orang baling barang ikut belakang, pasti bukan orang ni punyer sebab dia tak perasan pun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 04:16 PM | Show all posts
Bicara perawat...PM saya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.100528 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list