|
Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua
[Copy link]
|
|
Reply 39# SriAdila
Terima kasih sekali lagi SriAdila atas kata-kata semangat dan nasihat. Memang tidak mungkin berlaku kalau sesiapa menasihati emak mertua dan isteri untuk pergi mendapat rawatan. Air yasin dan air doa sudah banyak juga isteri minum tanpa pengetahuannya tapi tidak berhasil. Saya kasihan bila dapat tahu isteri ada masa-masanya kelihatan sedih dan berlinangan air mata setelah dirawat. Tapi kesannya sekejap sahaja tak sampai 10 minit pun. Lepas tu dia sedar dan balik bersikap marah kepada saya. Bila balik kepada keadaan ini memang sakit hati juga kalau dia mengata-gata saya. Tak ada satu cerita baik pun tentang diri saya. Bila hal anak dia mengaku saya seorang bapa yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang mereka. Pada hal saya begini bukan pada anak-anak sahaja tetapi pada isteri juga. Dia langsung tak nampak kebaikan saya seolah ada sesuatu yang menutup hatinya untuk dia melihat dan mengenang kembali kebaikan saya.
Adik beradik isteri mungkin sudah menerima kehadiran makhluk halus dalam emak mereka kerana sudah biasa dengan keadaan ini sejak kecil lagi. Lagi pun mereka tidak menganggap makhluk ini sebagi sesuatu yang tidak baik pada mereka. Saya selalu juga dengar mereka bercerita sesama mereka tentang kejadian seram di tanah pusaka tempat emak mereka mendirikan rumah setelah kematian suaminya. Saya percaya semua kejadian ini ada kaitan dengan kewujudan jin yang asalnya mungkin dari nenek moyang mereka. Saya sendiri tidak tahu moyang emak mertua adalah seorang jika isteri sendiri tidak terlepas cakap. Jadi tak hairanlah kalau makhluk ini memang sudah ada bersama keluarga ini sejak dahulu lagi. Mereka marah kalau ada sesiapa menuduh mereka ini ada jin-jin yang mempengaruhi dan melindungi keluarga ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 800wg
W'kum salam. Saya sebenarnya bukanlah begitu arif sangat berkenaan jin ni. Apa yan ...
siva_nes1 Post at 18-6-2012 16:54
salam tuan,
saya sebenarnya dah banyak kali cerita bab ini. Jin yang menggangu isteri tu adalah dalam bentuk saka. Saka itu warisan. Nenek pawang, mak bomo...semua dapat kat anak. let say pendamping nenek ada 10 ekor, Datuk ada 10 ekor. Ayah ada 20 ekor saka. Ayah mengambil dan menuntut silat pulak dapat 5 ekor. Emak punya macam ayah jugak (example) ada 20 dalam bentuk saka. 5 ekor diambil sendiri dalam bentuk ilmu. total kat anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 800wg
W'kum salam. Saya sebenarnya bukanlah begitu arif sangat berkenaan jin ni. Apa yan ...
siva_nes1 Post at 18-6-2012 16:54
salam tuan,
saya sebenarnya dah banyak kali cerita bab ini. Jin yang menggangu isteri tu adalah dalam bentuk saka. Saka itu warisan. Nenek pawang, mak bomo...semua dapat kat anak. let say pendamping nenek ada 10 ekor, Datuk ada 10 ekor. Ayah ada 20 ekor saka. Ayah mengambil dan menuntut silat pulak dapat 5 ekor. Emak punya macam ayah jugak (example) ada 20 dalam bentuk saka. 5 ekor diambil sendiri dalam bentuk ilmu. total kat anak...(ini amat sedikut dah nie...belum campur generasi atas-atas lagi) 50 ekor.
cara bunuh saka adalah mudah. Saya dah cerita dalam thread sebelum ini, tetapi tak ramai percaya. Orang lagi suka jumpa ustaz san dan sini mandi limau , mandi rukya, minum air jampi dan mandi air yassin padahal semua tu menambahkan lagi jumlah jin dalam diri. Tak settle lepastu berjumpa dgn ustaz lain pulak. Cycles nie berulang dan berulang. Baik pun sekejap sebelum kena balik sebab itu saya namakan perubatan top up saka.
Baiknya tidak sebab saka iti adalah kepunyaan empunya badan. taraf dia macam hamba abdi or isteri. hanya tuan aje yang boleh bagi balik saka tu kat empunya original. dalam kes ini emak dan ayah isteri. Tuan sendiri pun bersaka juga, alang-alang tu settlekan sekali saka tuan sendiri jugak.
nak bunuh cara lain boleh, tapi kena jumpa orang macam hantukiller.Dia boleh zast kan saka-saka nie.. Nak bunuh sendiri tanpa jumpa orang mudah. Buat akad pemutus or pulangkan. itu cara paling mudah dan semua orang boleh buat.
Saya mudahkan faham. Saka itu hak empunya badan. macam isteri hanya suami aje ada kuasa menceraikan isterinya. Cerai jin or putuskan hubungan jin nie kena buat kepada empunya original. tak boleh buat kpd jin aje, sebab dia nie bertuan. Transfer aje title itu balik kepada empunya asal.
satu aje syaratnya. Empunya badan or isteri tuan mesti setuju nak lepaskan sakanya. Kalau dia nak simpan, tak banyak tuan boleh buat. Sebab hanya isteri aje ada kuasa nak settlekan sakanya.
kalau isteri nak simpan sakanya buat peneman malamnya, kena carik hantukiller lah suruh settlekan. kasik zast aje lah semua kasik settle.
wallahu aklam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak setuju jika ianya di rentap begitu saja...bukan tak boleh tetapi risikonya amat tinggi...
Pesakit akan jadi bingong....atau mamai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah kita para perawat di sini kerana inginkan penyelesaian yang cepat sehingga mengabaikan kesihatan pesakit..
Katakanlah tetiba setelah dirawat , pesakit bingung ( walaupun sekejap ) kemudian saudara mara akan mula menunding jari kepada pasanganya pulak , berbisa bisa kata nista...aaaahhh...lagi sedih jadinya dan menjadi bertambah jauh pulak silaturrahim. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya elok lah perlahan lahan ( tetapi tak lah sampai siput bergerak jadinya ).
Pesakit akan sedar sedikit demi sedikit dan kemudian boleh mengambil tindakan rasional dan realization. Kemudian akan membantah atau melawan sikap berlawanan yang dia alami dulu.
Nah,...secara normal akan kembali menyedari dan mempunyai jati diri . Segala keputusan kembali ke jalan yang mula adalah kerana keputusannya sendiri dan tanpa dorongan sesiapa.
Ini adalah kerana TT telah pun menerangkan dan menceritakan siapa yang dalangnya dan jika ini tidak berlaku maka dalangnya akan menyalahkan TT dengan lebih hebat lagi...
Na'uzubillah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pon ada masalah jugak,tp pasal kakak la.setiap kali abg ipar buat solat istikharah pasti
akan bermimpi seorang nenek tua renung dan mcm marah.setiap kali dpt petunjuk
yang serupa.saya mintak kakak dengar ayat ruqyah.kakak kata dia mcm
xsuka nk dengar.baru saja nk berubat kakak dah muntah teruk lemah satu badan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 46# rdzaccess
Betul tu rdzaccess. Saya setuju dengan pendapat saudara. Memang saya menjadi sasaran pertama jika isteri terasa kelainan pada dirinya. Lagi pulak ada makhluk halus yang taruh jarum dalam hati isteri buat dia menuduh saya. Dulu pernah ada bau busuk diluar apartment sewa pun emak mertua dan isteri kata saya dah buat sesuatu pada isteri sedangkan saya tak buat apa-apa pun. Tak ada kena mengena langsung pun bau busuk itu dengan saya. Dah longkang di luar apartment tu busuk memang lah keluar bau. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 44# rdzaccess
Nak tanya post saudara sebelum ini tentang 'Dewa Hindu' dan 'Sami Hindu' ada kaitan dengan sesiapa ke? Saya tak faham sebab post terlalu ringkas tak ada penjelasan lanjut daripada saudara. Sudi kiranya saudara terangkan dengan lebih jelas. Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 46# rdzaccess
Emak mertua dan isteri memang sasarkan saya bila berlaku sesuatu. Emak mertua pula sentiasa memerhati dan mengawasi pergerakan isteri di apartment sewanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by siva_nes1 at 18-6-2012 22:04
Reply 47# BabeBlanket
Dulu bila berlaku 2 kejadian makhluk hadir dalam diri emak mertua pada masa dan tempat yang berlainan memang isteri yang orang dicarinya. Anak-anak perempuan yang lain tidak dihiraukan pun. Salah satu daripada kejadian ini berlaku di rumah kakak isteri selepas mereka meraikan perkahwinan anak kakak ini. Saya tidak bersama ke rumah kakak ni. Masa tu isteri masih tinggal serumah dengan saya tetapi sudah tidak tidur sebilik dan tidak mau bertemu muka dengan saya. Masa kehadiran makhluk tu dalam emak mertua semua anak-anak dan cucu-cucunya yang menghampirinya setelah dia memberi tanda nak jumpa seseorang telah di balas dengan gelengan kepala untuk menunjukkan bukan mereka yang dia nak jumpa.
Apabila isteri menghampiri emak mertua baru dia diam dan peluk isteri macam nak bagi tau sesuatu. Masa tu saya tengah berusaha untuk mengobat isteri setelah dia tidur berasingan dan berkurung dalam bilik lain setiap kali saya balik dari kerja. Beberapa hari kemudian makhluk ini hadir semula dalam emak mertua semasa dia di rumah adik isteri dan isteri terima panggilan dari pembantu rumah adik dia yang emak mertua sudah tak sedar diri. Masa tu isteri di tempat kerja tapi balik jumpa emak dia di rumah adiknya. Beberapa hari selepas kejadian ini isteri terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 44# rdzaccess
Pernah juga ada perawat cakap boleh jadi binggung dll. Saya lihat isteri tetap macam biasa setelah dirawati sejak 3 tahun yang lalu. Kalau ada pun kesannya tak sampai 10 minit. Lepas tu di balik semula seperti biasa. Sebenarnya isteri terlepas cakap moyang emak mertua bukan sekadar pawang biasa tapi pawang di sebuah istana. Mana letaknya istana ini biarlah saya rahsiakan. Ia masih wujud tapi tidak digunakan lagi sebagai istana rasmi. Sebelum kami berkahwin dulu saya selalu juga lalu di tepi istana ini untuk menghantar isteri saya balik ke rumah emaknya di tanah pusaka mereka yang terletak lebih kurang 1 batu dari istana ini. Kalau lalu istana ini mesti juga lalu depan sebuah masjid lama. Isteri pernah cerita ada orang pernah teerempak dengan satu lembaga besar berdiri dekat masjid bila lalu depan bangunan ini. Lembaga ini setinggi menara terbesar yang terdapat pada masjid ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 50# rdzaccess
Tak ada pun sebut atau cerita pasal 'Dewa Hindu' dan 'Sami Hindu' kat forum-forum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak baca abis tu....mungkin 2~ 3 hari tapi kalau speed reading 1 jam boleh abis baca ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah saya merawat seorang perempuan beragama Hindu di mana dia mengaku bahawa dirinya adalah tuhan dan melupakan anak anak dan suami di Senawang Jaya , Negeri Sembilan. Sekarang dah okay ... alhamdulillah... terpaksa ulang alik rumah dia...dan pergi melawat Kuil di Kg. Jawa , Kelang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 56# rdzaccess
Oooh..... ye ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 55# rdzaccess
Ye kut...... saya buka page pasal hantu raya. Nanti saya baca balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Istana tu kat negeri mane? Kalau pawang2 istana dulu, ade lain sikit caranya... Insya-allahhantukiller tau macam mana nak buat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 59# Luckman
Kaum kerabat istana mana keturunan Bugis? Keluarga emak mertua takla kerabat istana....orang biasa je. Moyang dia pawang istana pun mungkin dah berzaman-zaman lamanya tapi kesan peninggalan dia sampai sekarang pun ada. Tempat piut-miut tinggal sekarang pun tanah pusaka dan tak berapa jauh dari istana. Isteri masa tinggal kat sini masa zaman kanak-kanak dan remaja pun mengalami kejadian-kejadian ngeri seperti melihat lembaga berterbangan, mendengar suara orang baru mati memanggil penghuni rumah, mendengar cakaran kuku di dinding rumah, hentakan kaki-kaki berkawat atas jalan di sisi rumah, melihat belakang tubuh makhluk berupa seorang wanita berambut panjang duduk di kerusi meja pada larut malam dan lain-lain lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|