CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siva_nes1

Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua

[Copy link]
 Author| Post time 17-6-2012 06:27 PM | Show all posts
Reply 20# rdzaccess


    Ok. Sya PM kat saudara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2012 07:03 PM | Show all posts
Reply 20# rdzaccess

Saya tadi PM saudara tetapi dapat mesej ni 'Sorry, you have no permission to send message'. Kenapa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 08:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 08:23 PM | Show all posts
Reply 23# rdzaccess


    Sy dah dapat PM pada saudara lepas cuba byk kali. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 09:19 PM | Show all posts
Saya doakan semuga Allah menemukan saudara dengan jalan keluar yang mudah dan terbaik atas kemelut rumahtangga dan kesulitan yang dialami. Amin..!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 09:52 PM | Show all posts
Reply 25# jjenabmatpau


    Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih jjenabmatpau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2012 11:09 PM | Show all posts
Reply 19# rdzaccess

Kalau buang dari hadapan melalui bahu terus ke belakang...dia macam tertanya bahawa tak mungkin orang tu punya sebab dia membelakangkan limau purut ni.. maknanya bukan dia lah sebab mana ada orang baling barang ikut belakang, pasti bukan orang ni punyer sebab dia tak perasan pun...



Ha..ha...makhluk tu pun kena tipu....
padan muka dia....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 11:22 PM | Show all posts
Kebanyakkan makhluk akan mengikut kata kata perawat andainya perawat ada belajar penetahuan bagaimana asal usul makhluk ini di wujudkan atau di ambil untuk berkhidmat dengan pengamal ilmu santet ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 12:34 AM | Show all posts
kalau kes macam nie rentap jer.....mengacau orang jer........ada 2-3 orang kat sini boleh tolong rentapkan......he he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 12:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by siva_nes1 at 18-6-2012 12:58

Reply 27# jazaa


    Selalu makhluk ni yang menipu dan memesong manusia. Cam kes saya ini keluarga isteri anggap makhluk yang hadir dalam diri emak mertua sebagai moyang atau orang alim. Bila makhluk tu hadir dalam emak tua anak-anak dia bukan panggil dia 'emak' tapi 'tuk'. Salah seorang daripada anak perempuannya jamu air kosong bagi makhluk tu lagi. Makhluk ni juga pernah menjelma sebagai orang tua berpakaian serba putih dan bersalam dengan isteri dalam mimpi. Makhluk ni nak menipu dan memesong kononnya baik sebab menyamar sebagai orang alim. Dulu saya selalu juga tenguk ada lebam-lebam biru kat peha dan lengan isteri bila dia bangun pagi. Bila ada usaha untuk memisahkan makhluk ini dari mempengaruhi isteri kesannya isteri bertindak ganas macam tahu ada usaha untuk memisahkan makhluk ini. Saya percaya ada lebih daripada satu makhluk ini yang hadir dalam keluarga emak mertua. Emak mertua ni kuat bergaduh tapi rajin pulak baca yasin setiap kali selesai solat. Dia bergaduh dengan jiran, kakak sendiri di sebelah rumah, anak saudara di depan rumah dia, dll.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 02:32 AM | Show all posts
Dewa hindu ....

Sami hindu ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:01 AM | Show all posts
Reply 30# siva_nes1


    Salam.saya dah baca post anda.Kes anda amat berat dan tak boleh dipandang remeh.
Sebenarnya juga jgn salahkan isteri kerana dia tidak tahu apa2 dan dipergunakan.Mimpi didatangi orang tua berpakaian putih dan bersalam itu adalah tanda isteri anda adalah pewaris seterusnya kepada belaan yang ada pada mak mertua anda tu.

Sy juga berpendapat,benda tu mmg dh ikut lama.Ia dari keturunan punya.Memang sukar kerana anda tidak mendapat sokongan dan mereka taksub mempercayai benda tu sebagai makhluk Allah yang baik.Sebenarnya lebam2 dibadan isteri itu tandanya DIMAKAN...boleh diketegorikan sebagai JIn,Saka dan byk lagi makhluk lain dan mungkin juga hantu raya.Tp rasanya lebih kepada hantu raya yang menyerupai .Makhluk mcm ni dia byk perjanjian.Isteri dh lebam2 tu tandanya dia diberi mkn.Pelindung diri amat penting ketika tido.Pendapat sy juga,makhluk ini juga bertindak memuaskan nafsu isteri dr apa yang telah anda tulis dan sy baca.Sebenarnya makluk ni suka mendampingi isteri anda.tu la..sapa suh dia gi salam.Dlm mimpi nih..klu mimpi dukung baby sekalipun,buangkan jer.Mimpi diberi barang,jgn ambil.Roh kita tu masa tido berjalan jd utk roh kita berfikir dengan baik adalah kita sendiri kena kuat solat dan iman.

Anda kena cari seseorang utk berubat...cari yang betul2 power ilmu dia.dan teruskan berubat dengan dia seorang sahaja.Jgn bertukar2 perawat..kekalkan kepada satu orang jer perawat sampai dia sendiri yang serender.Sy nk tolong tgkkan,tp sy tak berani sbb mcm berat sgt kes kamu nih.tp sy bukanlah orang yang boleh mengubati.Isteri sakit2 kepala tuh tanda2 dia didampingi dan disukai makhluk tersebut.

Elok g jumpa Harun Din terus.tak pun cari Nik Aziz...insyaAllah.bawa nama mak mertua dan isteri.Jgn terpedaya dengan bacaan ayat Quran,kerana bila mak mertua mengaji berkemungkinan syaitan tu lari sekejap..tp kembali bila dh habis mengaji.Makhluk ni bukan leh dihalau gitu2 jer..dia dh sebati dan keras.Org yang ubat dia pun klu tak tahan leh deman woooo...

Kay la.sekian pendapat sy.MOga anda teruskan usaha menyelamatkan isteri anda.Dia tak bersalah sebenarnya tp dia dipergunakan.Tp yang menyedihkan,dia terpilih utk jadi pewaris..berat tuh.Tolongla dia..kesian sbb dia tak tahu apa yang terjadi.Itulah tugas yang Allah s.w.t beri pada anda.Usahala...sy percaya isteri seorang yang baik.tp anak mana yang tak percayakan ibu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 09:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by siva_nes1 at 18-6-2012 11:01

Reply 31# rdzaccess


    Haaa.... Dewa Hindu, Sami Hindu. Camne boleh ada benda ni dan kat mane? Ada makhluk halus baru pulak ke yang datang hadir dalam keluarga emak mertua. Tak kan kut makhluk halus ni dah menyamar pulak sebagai Dewa Hindu dan Sami Hindu. Dulu menyamar sebagai orang alim berpakaian serba putih untuk menipu dia ni baik. Kalau nak kata ada dekat keluarga isteri memang mereka ni suka sangat pakai ala India bila ada majlis keluarga yang bertema. Pelik dengan mereka ini yang menagung-agungkan kebudayaan kaum bukan Islam sedangkan mereka ini Melayu jati ..... emak mertua darah Bugis dan bapa mertua orang Mandailing. Bila pakai sari berkelip-kelip siap megah bergambar posing perasan cam filemstar Bollywood lagi ...hehe. Isteri pula menjadi-jadi terikut gaya adik beradik sejak dia keluar rumah kelamin tanpa izin suami dan tak mahu balik dan abai tanggungjawab sampai sekarang. Kebebasan dunia berpesta dan kebendaan yang dimegah-megahkan mereka adik beradik. Emak mertua langsung tak ambil kisah cara anak-anaknya bergaya. Dulu mereka ni hidup susah sebab bapa mati masa diorang kecil lagi dan emak hanya suri rumah. Tapi sekarang dah senang tak sedar diri sampai tak ambil kisah hukum Islam kerana hanyut dengan kemewahan dunia. Isteri terpengaruhi oleh gaya kehidupan adik beradik dia dan hatinya dicemari oleh makhluk halus yang mendekati emak mertua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 12:51 PM | Show all posts
Reply 32# SriAdila

Waalaikum salam. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan nasihat pada masalah saya ini. Saya sangat menghargainya nasihat dan kata-kata semangat kerana saya tidak ada emak bapa dan adik beradik untuk bersama saya menghadapi masalah ini. Saya setuju sangat dan berpendapat sama dengan apa yang ditulis oleh SriAdila. Makhluk ini sudah lama ada tetapi baru sekarang menonjol kehadirannya dengan ketara untuk memisah kami berdua setelah lebih 20 tahun kami mendirikan rumahtangga. Mungkin baru sekarang makhluk ni memisahkan kami kerana sudah sampai masanya isteri mengambil alih tempat emak mertua yang sudah berumur 70 tahun. Saya mengenali isteri selepas dia mengambil SPM dan sayalah orang pertama dan terakhir yang disayanginya  sebelum kami berkahwin. Masalah kami sekarang tidak terlibat dengan orang ketiga (maksud saya manusia la). Keluarga kami bahagia dulu dan anak-anak sentiasa bersama ibubapa mereka bila berjalan-jalan. Pergi ke mana-mana pastinya kami semua bersama sebagai satu keluarga. Saya tidak pernah mengabaikan keluarga baik dari segi kewangan mahupun kasih sayang.

Anak-anak mendapat kasih sayang sepnuhnya dari kedua ibubapa mereka. Tetapi sekarang isteri telah berubah begitu ketara sekali hingga hati dia tutup sama sekali terhadap saya dan menganggap saya sebagai orang luar. Memang berubah sangat hingga tidak langsung mahu bertolak ansur. Ada orang dapat lihat hatinya tidak ada ruang putih pun. Semuanya hitam. Juga isteri di ganggu oleh jin yang amat cemburu dan tidak mahu saya berada disampingnya Ada juga kata jin ni 3 bersaudara yang amat cemburu. Bukan tidak ada kesan bila berobat tapi sekejap sahaja iaitu dalam 5 min. Lepas tu dia kembali keras hati seperti sesuatu menyedari dia balik. Bila ubat masuk memang dia berubah jadi sedih. Tadi pun saya dapat tahu isteri kelihatan sedih dan berlinangan air mata. Memang saya tidak pernah putus asa untuk memulih isteri seperti dulu Terima kasih SriAdila kerana memberi semangat untuk saya terus berusaha. Saya setuju sangat dengan apa yang ditulis oleh Sri Adil tentang Allah SWT telah beri tugas kepada saya untuk menolong isteri. Saya sentiasa memohon pada Allah SWT dan mimpi-mimpi yang selalu saya dapat di mana isteri balik atau ikut saya juga mungkin satu petanda. Isteri juga cerita pada pembantu kami yang dia pernah bermimpi melarikan diri dari saya tetapi ke mana-mana dia pergi atau sembunyi saya tetap ada dibelakangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 12:56 PM | Show all posts
Reply 29# Luckman


    Rasanya ada juga yang telah berjaya rentap makhluk ni pada pulanya tapi makhluk ni datang balik kut atau masih ada ramai lagi yang belum direntap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 03:22 PM | Show all posts
Reply 34# siva_nes1


   salam tuan siva nes1,
bab jin or pendamping isteri tu sebenarnya amat mudah nak disettlekan. Kalau berminat nak cara paling simple yet effective, silalah PM saya. Sentap menyentap jin buang karang aje. Bunuh aje jawapnya. Nak bunuh cara paling mudah pun ada.

InsyaAllah boleh selesai masalah tuan nie. Kesian saya tengok tuan nie. Bantuan Allah itu hampir tiba tuan. Sikit lagi boleh selesai , InsyaAllah.

Wallahu aklam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 03:59 PM | Show all posts
salam tuan 800..
lebih molek rasanya kalau tuan dapat nyatakan kaedahnya di sini..
sebagai panduan untuk yg lain2...tak salahkan..
teringin jugak nak tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:19 PM | Show all posts

Saya perlu pertolongan daripada sesiapa yang boleh membantu

sian pd TT


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by SriAdila at 18-6-2012 16:31

Sedih sy dengar...mmg kalau insan kita sayang tiba2 berubah,menjauhi kita.Hy Allah yang tahu betapa menderitanya hati dan perasaan.Sy berpendapat yang isteri anda pun mcm tu tp dia dlm dua rupa yang berbeza.Krn diri terperangkap.Mungkin juga sudah termakan sesuatu,itula menyebabkan hati dia hitam.Mmg berat...sbb nk ubat isteri kena juga ubat org tua dia...dua2 kena dibawa berubat.Tp masalahnya mcm tu la kan...induknya kena dibuang dulu.Tp cubala cari ikhtiar yang sedaya boleh...kesian isteri sbb dia terperangkap.Sy percaya isteri anda sedang berduka kerana dia terperangkap.cuma zahirnya kita tak nampak.

Kuatkan usaha dan cuba bantu dia sebolehnya.Tp sy agak hairan kerana keluarga juga percaya akan mak dia nih!...mcm semua dh termakan jer sampai tak boleh pk logik.Kalah ajaran sesat.(sorry)...Agaknya mungkin dh mata dh mengaburi mereka semua.Kalau duk serumah,bolehla dibuat air yasin..selalu jer bagi isteri minum..tp maafla sy hy boleh berikan semangat utk anda sbb sy tak pandai nk ubat orang.

Tak per2..sabar byk2...buktikan usaha anda sebagai tanda anda betul2 ikhlas cintakan isteri.InsyaAllah ,dengan izinNYA....isteri anda akan bersama anda kembali.Pasti dia akan terharu,begitu juga anak2,teladan utk mereka mengikuti jejak bapa mereka yang positif.Mungkin selama ni tuhan beri anda byk kebahagian...tp hujungnya tuhan uji dengan satu dugaan ,walaupun berat mata memandang tp berat lg bahu yang memikul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 04:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by siva_nes1 at 18-6-2012 17:04

Reply 36# 800wg

W'kum salam. Saya sebenarnya bukanlah begitu arif sangat berkenaan jin ni. Apa yang saya cerita di sini adalah pengalaman yang saya lalui ketika berusaha untuk mencari penyelesaian pada masalah saya ini. Bukan saya sendiri yang mengobati atau menghalau jin  sebab saya bukan ada ilmu dalam perkara ini. Saya mendapat pertolongan pun daripada mereka yang ada pengalaman dan ilmu dalam hal-hal makhluk halus. Seperti yang ditulis oleh SriAdila, makhluk halus ini sudah lama mengikuti isteri melalui emak mertua. Antara 4 orang anak perempuan emak mertua, isteri sayalah yang paling rapat dengan emaknya. Isteri saya adalah anak ketiga dari 6 orang adik beradik. Atas dia ialah seorang kakak (No. 1) dan abang. Lebam-lebam di peha dan lengan tu dah lama berlaku. Dulu tak ambil kisah sangat hal ini. Bila berlaku isteri keluar rumah tak balik-balik tu yang buat saya renung kembali kejadian-kejadian ganjil seperti makhluk halus hadir dalam emak mertua di depan mata saya, isteri terlepas cakap moyang disebelah emak tua adalah seorang pawang, dll. Isteri sekarang memang tidak hormat saya langsung dan langsung tak peduli hal saya yang tinggal sendirian di rumah sebatang kara.

Anak-anak sayang kedua-duanya kerana dari dulu lagi kami berdua membesarkan mereka dalam suasana keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang. Cuma sekarang isteri sudah berubah tidak kasihan langsung anak-anak hidup dalam keluarga berpecah. Hatinya gelap tercemar dipengaruhi oleh sesuatu. Memang tidak ada pihak ketiga bagi kedua-duanya dalam masalah kami ini dan ini disahkan oleh anak-anak, pembantu rumah dan perawat. Kalau nak kira sudah lebih 3 tahun isteri tak balik rumah dan dalam tempoh ini sudah ramai yang berusaha untuk menyelesai masalah kami. Tapi isteri masih tetap tidak berubah. Ada seorang imam masjid yang berikhtiar untuk mengusir makhluk ini dengan bacaan yasin tetapi bacaannya terganggu dan tidak sempurna apabila dia mula membaca yasin. Dia kata tidak pernah dia mengalami masalah untuk membaca yasin dengan sempurna sebelum ini. Perawat-perawat ada juga hairan kenapa masalah dengan isteri saya masih berlanjutan sedangkan ramai yang berjaya dipulih oleh mereka ini. Mereka lihat tidak ada makhluk halus yang mendekati isteri tapi isteri masih tidak mahu balik rumah sampai sekarang. Saya rasa makhluk halus mungkin masih ramai yang belum disentap dan tidak menunjukkan diri apabila ada sesiapa yang scan isteri. Dulu seorang ustadz tenguk ada 3 jin bersaudara yang amat cemburu dan tidak suka isteri dan saya bersama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056707 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list