CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20618|Reply: 115

Shila Amzah Punya Rencana Untuk Berhijab

[Copy link]
Post time 6-7-2012 01:16 AM | Show all posts |Read mode
[i=s] Post Last Edit by zaza_lina at 6-7-2012 02:04 [/i]

Semakin ramai nampaknya selebriti wanita tanah air yang memilih untuk berhijab atau bertudung demi perubahan ke arah kebaikan. Salah seorang selebriti yang dikhabarkan mempunyai impian mulia berkenaan adalah penyanyi remaja, Shila Amzah . Ditemui portal murai.com.my ketika majlis Anugerah Stail EH! 2012, di Hotel Grand Dorsett, Subang malam tadi, Shila Amzah berkata dia menyimpan impian untuk berhijab tidak lama lagi dan sedang berusaha ke arah itu. "Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini. Cuma menunggu masanya saja. Insya Allah masanya akan sampai juga. "Lagipun sekarang, saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sudah mula memilih dalam soal berpakaian. Biarlah apa juga yang saya pakai selepas ini kelihatan sentiasa sopan, seperti yang saya pakai hari ini," katanya dengan penuh senyuman.  Sambil melihat wajah kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad yang turut menemaninya pada majlis berkenaan, Shila Amzah berkata antara individu yang selalu menyokong dirinya ke arah itu ialah ibunya dan juga buah hatinya itu. Malah ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan Shila Amzah akan berhijab, ibu kepada penyanyi berkenaan melahirkan rasa gembira dan juga cukup positif sekiranya suatu hari nanti anaknya itu akan menyarungkan tudung. "InsyaAllah. Semua itu kerja Tuhan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah.  Mudah-mudahan khabar angin berkenaan akan menjadi kenyataan. Tetaplah mendoakan demi kebaikan dirinya. "Malah ketika saya muda dahulu, saya mempunyai impian yang sama. Alhamdulillah bila tiba masanya saya bertudung juga. Saya percaya, sesiapa saja pasti akan bertudung suatu hari nanti," kata ibunya yang mendoakan kebaikan untuk anaknya.Walaubagaimanapun dapat dilihat keikhlasan dan ketelusan hati pada wajah kedua-dua anak beranak itu.  Sama-samalah kita mendoakan terbaik buat Shila Amzah.   credit to murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 01:48 AM | Show all posts
bagus dah ada rencana tuh.tapi buat asap lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:11 AM | Show all posts
Iyolahhh... Nenek siti bila lagi???

Matilerrr asyik duk libatkan nenek siti khennn...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:31 AM | Show all posts
fenomena irma hasmie
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 07:29 AM | Show all posts
alhamdulillah nak bertudung ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 07:53 AM | Show all posts
nak bertudung tu bagus tp jaga la batasan skit...ni x, duk berpeluk sakan ko ngan sharnaz ahmad masa naik escalator kt the curve haritumeluat btul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2012 07:59 AM | Show all posts
Dia ni pun tak mau ketinggalan keretapi ke? Zaman ni anak2 dara mula bertudung dan bergaya yg cantik dgn tudung mereka....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 08:44 AM | Show all posts
Bagus2.. Alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 08:50 AM | Show all posts
Nak muntah baca retis mentioned pasal "bila sampai masanya" uweekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:13 AM | Show all posts
Iyolahhh... Nenek siti bila lagi???

Matilerrr asyik duk libatkan nenek siti khennn...
cikgojesss Post at 6-7-2012 04:11



   aku jangka kan tok ti pun bakal btudung penuh......
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:24 AM | Show all posts
Reply 3# cikgojesss


    tah nye...
asal topik retis btudung jek, nama Mek Ti kompom dijamakkan sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:26 AM | Show all posts
Reply 10# iza.moha


    iols pon jangka Tok Ti bakal rasa tercabar..
dah la depa ni taraf adik2 jah dgn beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:32 AM | Show all posts
nk pakai tudung,pakai jela..xpyh nk pong pang sana sini last2 jambul tkeluar gak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:35 AM | Show all posts
Reply 10# iza.moha

remos tokti makin panjang terjuloq aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:36 AM | Show all posts
semua tak menahan....hehehehe..srg dah bertudung yg lain mengikut..elok bona lah kalau niat suci hati...tp kalau sobab lain tak taulah..tambahan dah dekat nok puasa ni kan..
jgn dah bertudung masih ado cerito buruk lagi..sesia je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:43 AM | Show all posts
mudah2an tudung yang artis2 ni pakai akan jaga kelakuan mereka.. janganla dah bertudung litup bagai.. tapi selamba berusap2 pipi pakwe bagai.. apa motip pkai tudung camtu.

but normally.. once kita dah bertudung... tudung itu sendiri akan menjaga tingkah laku kita. klau dah bertudung.. takkan nak jejak ke kelab2 malam lagi kot... dah tu.. klau sesi fotografi bagai... takkanla nak peluk2 pinggang bagai. n secara otomatik lelaki2 yang mendampingi akan respect kita. takdela suka2 hati nak cuit2 siku2.. orang dah bertudung kot...

unlessla klau ko bertudung.. tapi ko sendiri yang mula2 hulur tangan kat lelaki nak bersalam. klau org yg hulur tu lainla.. jaga aib.. sambutla jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 09:50 AM | Show all posts
belum lg bertudung dh gempar gembur kan...
artis lain tu xde lak kecoh bile nk bertudung..
tup2 tau dh bertudung...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:02 AM | Show all posts
tudung skrang da jd alat mainan.....kt luar sana byk da fesyen2 tudung tp masih lg xmenepati syariat....sering manusia bersalah anggap bahawa tudung tu sekadar nk menutup rambut tp tingkah laku camner plak? hormatilah tudung itu kerana ia adalah satu titik permulaan ke arah pembentukan insan solehah dan beriman.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:07 AM | Show all posts
alhamdulillah............
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:27 AM | Show all posts
maksud bila tiba masa ialah...bila sudah tiba masa dia tak de sapa nak panggil buat show/ dah tak laku di pasaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088656 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list