CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5400|Reply: 24

Family ku yang stress...kisah ayah ku yang STRESS..

[Copy link]
Post time 8-4-2013 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Salam korang.. AKu ada benda nak mintak pendapat korang ni. PAsal family aku.

Macam ni, my parents dulu government servant(govt A) tapi bukan dengan governtment Msia..  Gaji dorang boleh dikatakan agak tinggi kalau digabung kan. Kiranya..my siblings and Iols membesar bukan di Malaysia la.   Kisah bermula time tahun 2009. Nenek aku sakit. .Atuk aku plak dah lama meninggal. Time nenek aku ni sakit, dia suruh ayah aku balik Msia sbb nenek aku dah tua. So, ayah aku rasa dia ada tanggungjawab dekat nenek aku, dia pun decide nak letak jawatan dan balik ke Msia. Padahal, time tu ayah aku baru je sambung kontrak, which means gaji dia akan naik lagi.

So, disebabkan ayah aku ni dah pernah letak jawatan dengan govt msia sbb nak kerja dengan govt A ni, ayah aku tak dapat duit pencen la. My mom pulak dapat separuh je duit pencen sbb kiranya mak aku berhenti kerja dekat Msia sebab nak ikut ayah aku pindah.  So, tahun 2009,  pulanglah kami anak beranak ke selatan tanah air ni. (sori, aku tak boleh bagi detail sangat, takut ada family members aku baca, sebabnya dorang pun kuat berporem)

Ayah aku pun plan la nak buat biz ni jual cili. So, start la biz jual cili.  Tapi tak sampai setahun, biz ayah aku tak menjadi, banyak cili kena makan dgn ulat.  Pastu ayah aku plan tanam kacang panjang plak. Mak aku ni memang orang kuat ayah aku la. Memang kuat tolong ayah aku ni. Sambil tu, ayah aku decide nak tanam timun plak. Ok, masalahnya bermula pertengahan 2010.

Aku perasan ayah aku ni tak mahir buat biz. Dari apa yang aku observe, lebih banyak expenses dari profit.   Ayah aku plak jenis yang tak pernah nak consider my mom punya suggestion. For example, mak aku ada better solution camne nak tambah side income sementara tunggu sayur2 tu membesar, tapi bapak aku akan tolak bulat2.  Kadang2 aku nampak mak aku sangat stress bila balik berkebun. Effectnya, kitorang adik beradik akan rasa negative vibe kat rumah.So, aku tau, benda ni mesti relate dengan ayah aku. Ayah aku plak sejak jadi pekebun ni dia jadi short tempered. Ada je benda nak marah. Tapi lately,aku perasan ayah aku dah jadi semakin emo.  ..........bersambung


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2013 09:15 PM | Show all posts
Ok...sambung..keke..cepat tol

Ok, aku ada adik lelaki. Dia ambik pertanian dekat kolej komuniti. Adik aku ni masa sekolah dia agak susah skit nak belajar. So, lepas dapat result O level dia, my family decides suruh dia ambik course yang tak perlu nak hafal2 segala theory/ maths bagai. So, end up, adik aku pilih pertanian. Alhamdulillah, boleh kena dengan jiwa dia.  

Nak dijadikan cerita, adik aku ni rajin balik ujung minggu jenguk my parents. At the same time, dia pun rajin turun kebun tolong. Mak aku memang suka la sbb anak dia ni balik, lagi2 ada orang tolong kat kebun.  Adik aku ni masa kat kolej, pernah tanam jagung sbb lecturer dia suruh. Lepas jagung tu dah besar, diorang jual. Adik aku cakap dia boleh dapat $700 per week.  So, aku kagum la dgn kebolehan adik aku dalam pertanian ni.  Adik aku plak kalau dia tolong kat kebun, dia suka bagi suggestion and apply apa yang dia belajar kat kolej. Tapi, ayah aku seperti biasa, tak nak dengar apa yang family aku advise. Bagi dia, orang yang boleh dia consider suggestion macam kawan2 dia tak pun orang2 yang expert dalam agriculture ni.

Adik aku plak jenis perangai lebih kurang macam ayah aku. Ego and short tempered. So, mak aku selalu rasa serba salah. Suatu hari tu, memang adik aku dah bengang la, sebab hari tu, adik aku balik rumah sebab nak tolong parents ku.  AKu tak tahu apa yang sebenarnya terjadi kat kebun tu, adik aku balik rumah nangis2. Pastu my sis cerita la yang adik laki aku gaduh dengan ayah aku. Ni antara dialog nye eh

Adi laki : Abah tau tak abah ni ego! Orang datang nak tolong, tapi kena abah asyik marah2 dekat orang. Dekat pekerja lain, abah   boleh cakap elok2, tapi dekat orang, abah marah2!! Jangan nak asyik marah boleh tak? Tak kesian dekat mak, asyik kena marah dengan abah

Ayah : Dah, kalau ko rasa susah, tak payah balik rumah. Tak payah nak sibuk nak tolong2.. Aku tak perlukan kau nak tolong. Baliklah!!  (giler ko, ayah aku tak pernah cakap aku kau dengan anak2 dia)

Adik laki : Orang kalau balik tolong pun, sebab nak tolong mak, bukan nak tolong abah!
Ayah :    Baliklahhhhhh!!

Mak aku nangis bila tengok anak beranak ni gaduh kat kebun. Esoknya,adik aku balik kolej tak salam pun ayah aku. Sampai mak aku nangis lagi cakap ' Salam la abah, mana tau ni kali terakhir jumpa abah.' Aku bukan nya rapat dengan adik laki aku sebab kitorang tak satu kepala tapi aku kesian giler sebab aku rasa adik aku tu tau dia belajar tak pandai, so , cara dia nak balas jasa parents aku tu, dengan tolong mak ayah aku jer.

Kadang2 aku geram dengan ayah aku. Dia dengan orang luar,sangat la baik.  Very friendly, tapi bila balik rumah, dia selalu marah2. Aku perasan ayah aku jadi camni sejak dia balik Msia. Aku rasa ayah aku stress sbb tiba2 tak de income. Ye la, dulu masa kerja dengan   govt A, sebulan boleh dapat $8000, sekarang, sehari pun nak dapat $100 pun susah. Ayah aku pernah marah my sis sebab goreng ayam tak potong kecik2. Benda camtu pun boleh buat kitorang adik beradik terasa hati dengan ayah aku... bersambung lagik.. Nak pergi buat air jap.. cuaca panas weyyyhhhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:32 PM | Show all posts
brader...lu cakap kat adik lu..apa dia rasa patut buat untuk kebun tu...BUAT aje...

kalo abah kensel mende tu..kendian suh adik ko buat balik....lawan cam tu sampai hasil tu abah ko nampak..ykni berbuah or tak berulat

toksah lawan mulut..ko ingat ni debat kew..alahaaai mende mudah aje brader

suh adik ko buat apa patut..balik kg buat apa patut peh tu blah kolej..kendian balik tgk hasil, kalo abah pi kensel buang seme..buat balik apa patut dan balik kolej..takyah cakap apa2 kat abah..JUST DO IT

tenguk je hasil camna

kalo NIAT BAIK dan ikhlas.. tuhan akan tolong, toksah wisau apa pun

ada jenis manusia dia bukan nya egoooo..dia jenia puas hati cuma kalo dia SENDIRI rasa puas dan bukan oang lain cakap oang tu puas

ada manusia jenis kalo oang cakap bagus so dia terima diri dia bagus, aku jenis manusia yang seme2 datang dari DALAMAN, kalo it is good for me..it must be good for others, kalo oang lain kata bagus..aku still ada reservation dan aku kene kaji dan fikir ikut ilmu aku

oang kata hati kering kaa hati batu kaa hati kental laaa..lantak pih ler..yang penting what is the objective?

kurangkan bab mengadu dan bab meluah sentimen seme tu..tu keje2 oghe tino  oghe jate cakap kureng tapi keje kuat dan hasil bleh nampak..ingat nih !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2013 10:07 PM | Show all posts
Ok. last part..


Nak dijadikan cerita, ayah aku hired sorang pekerja bangla ni. Aku tak tau la standard rate orang asing kerja bangla ni berapa. Yang aku tau, ayah aku bayar dia $1000/mth. Bagi aku mahal. Nak dijadikan isu, pekerja tu sangat la tak reti buat kerja. Nak cakap melayu pun tak reti. Terpaksa cakap macam ayam dgn itik. Pernah mak aku tanya, mana dia letak cangkul. Pastu boleh plak bangla tu cakap 'Boleh! Boleh!'.  Ada skali tu ayah aku suruh dia petik timun, pastu mat bangla tu cakap "Tara! Tara". Bengong tol..hahahha Mat Bangla ni pulak dah berumur, slalu sakit2..

Pastu permit kerja tak dapat2. Ayah aku slalu ulang alik pergi putrajaya sbb nak uruskan permit dia ni sebab my mom cakap agent bangla ni tipu duit dia. So, dari situ, ayah aku dah banyak keluarkan duit sbb nak bagi pinjam Bangla ni, nak kirim duit kat family dia. Satu hari tu, ayah aku cakap,Mat Bangla ni kena angin pasang. AKu tak tau apa benda tu, so, aku tanya la abang aku.. Oooooooo..dah tau dah. Kiranya bangla ni slalu tak datang kerja la sebab sakit. Tinggal lah parents aku je yang buat kerja..SAtu hari, ayah aku cakap nak hantar pekerja ni balik Bangla, sbb tengok dia sakit sangat. Ayah aku cakap takut dia meninggal kat sini sorang2. Ayah aku pun belikan la flight tiket untuk dia. Tak lama tu, selamat la Mat Bangla tu sampai kat negara dia. Kiranya, campur dengan hutang dia dengan ayah aku  yang sebelum2  termasuk flight ticket, lebih kurang $5000. Mak aku suspect, dia sebenarnya rindu dengan family dia. Tak sampai sebulan, Mat Bangla tu call ayah aku cakap dia dah sihat, so, dia n nak datang balik Msia kerja dengan ayah aku. So, my parents said 'No thanks la'


Ok, pastu ayah aku ambik lagi 3 pekerja, orang Indon, my mom cakap dorang kerja ok. Yang buat aku adik beradik terasa hati ni, ayah aku suruh masakkan lauk tengahari untuk dorang. Reason, sbb dorang tak de dapur. Aku jarang balik rumah sebab aku study kt kl, so, bila aku balik weekends tu, tak kisah sangat la kan. Tapi yang bengang my sis la. Dia tengah cuti sem. Kiranya my sis ni, tiap2 tengahari kena masak tu pekerja2.. Adik aku memula tak kisah..lama2 dia bengang la..Ni dah masuk bulan 3 eh, kitorang kena masak. Padahal dapur dah pekerja tu dah siap eh.PAstu ayah aku tu plak boleh marah2 kitorang kalau masak lambat.  LAmbat skit je, mesti call rumah tanya lauk pekerja dah siap belum. What the heck weyh? Adik aku kengkadang bengang sampai malas nak angkat phone. Yang jadi mangsa kt sini, my mom la. Ayah aku akan call marah,and tanya mak aku lauk dah siap blom.. My mom pun akan jawab dengan sabar cakap'kejap lagi orang hantar'..  AKu bengang tau tak! ayah aku tu tau nak berkira dgn family, tapi dgn orang luar sangat la baik! Aku pernah cakap dengan mak aku, sepatutnya kita dah boleh tengok hasil duit tanaman ni. Tapi disebabkan cara ayah aku yang tak berapa capable nak manage kebun tu. banyak cashoutflow dari inflow.

LAgi satu, semalam, ada satu isu buatkan adik laki aku meledak lagi. KIsahnya, my mom misplace kunci excavator ayah aku. Ayah aku bising la. Satu rumah dia bising. Kebetulan aku balik weekends. Bila ayah aku bising2, mak aku pun cari la kunci tu skali. Adik laki aku baru balik dr kebun. Ayah aku time tu moody la sbb dia nak pakai excavator tu. So, adik aku dgn baru balik kebun, still atas motor lagi, tiba2 kena terjah dari ayah aku. Ayah aku tanya `nampak kunci tak?' Adik aku cakap 'tak'..pastu ayah aku blah..mak aku laa terkulai2 cari kunci. Aku dengan adik bongsu aku time tu sibuk makan pizza kt dapo. Pastu mak aku tanya la adik laki aku nampak kunci tak. Ntah nape ntah adik aku tu tiba2 naik darah cakap kt mak aku 'Nape? nak salahkan orang lagi ke sbb kunci hilang?' Mak aku blur la, padahal ayah aku marah kt mak aku, yang adik aku nak emos ni ape. Mak aku ckp la "Nape ni? abah bukannya marah kt kamu. Tapi kt mak" PAstu adik aku cakap "Asyik orang je nak kena salahkan. Sikit2 orang, Semua benda orang buat tak betul " Lagi la mak aku blur, apahal ntah adik aku ni. Adik aku ni memang perangai sebijik cam ayah aku. PAstu bila orang cakap macam tu, marah, cakap, jangan nak samakan dia dengan ayah aku.

Yang paling aku kesian sekarang ialah mak aku. Mak aku selalu terasa dengan dua orang  ni. Ayah aku and my bro. Kadang2 dia pendam je,  tapi bila mak aku dah tak tahan, dia akan nangis dalam solat. Kesian mak akuMak aku dulu kulit dia cantik. Bila dia dah tolong kat kebun ni kulit dia selalu ada ruam. SEkarang ni kena slalu kena buat appointment dengan dermatologist. Doctor cakap kulit terlampau kering.  Sampai sel kulit dia doktor bawa pergi lab nak buat research. Pastu, family sebelah my mom selalu salahkan ayah disebabkan condition kulit mak aku. Aku admit la, kulit mak aku skrg teruk, dah kedut compared before dia retired. Tapi, common sense la, my mom is reaching 60, so, logic la kulit my mom macam tu.


I need ur advice, macam mana aku nak comfort my mom at the same time, aku nak cakap dengan ayah aku dengan cara tak question capability ayah aku. Camne aku nak handle adik aku. AKu pernah je terpikir, kalo adik laki aku tak tahan sangat, samada dia further studies takpun cari kerja dengan orang lain. Camne weyh? AKu kesian dkt mak aku sbb mak aku takkan cerita pasal kebun ni kt kitorg. Kalau aku call dia, slalunya time malam, samada dia jawab mamai sbb penat tak pun dia akan jawab dengan nada ceria.. Maybe bg korang benda ni small matters, tapi aku nak tolong improve kan r/ship adik aku dgn my dad. Pleasseee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2013 10:08 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 8-4-2013 09:32 PM
brader...lu cakap kat adik lu..apa dia rasa patut buat untuk kebun tu...BUAT aje...

kalo abah ken ...

ko ingat aku brader ke? muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:39 PM | Show all posts
tak penting ..

yang penting cakap adik ko buat je apa perlu buat..

bukan masalah apa pun

dalam penting dalam idup ni ialah hasil keje.. penilaian tuh..tambah nilai or kurang nilai..tu kene ingat !

so make sure tambah nilai..tambah dan tambah dan tambah..nanti akan sampai 1 point dah tokleh tambah..dah tepu so kene pk option lain plak..

so otak tu lagi bagus di utamakan fokus dengan soalan apa hasil? apa hasi? apa kene buat?  trial and error, ulang lagi sampai ada nilai tambahan

berdegil untuk kebaikan akan selalu menang mengatasi berdegil abukkkkkkkk pun tarak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2013 10:54 PM | Show all posts
sedihnye kisah hidup keluarga tt.. adam pun ada kisah sedih. tp adam tak mahu cerita kat sini... nnti adam komen ek tt.. adam nak baca banyak kali dulu.. tt.. bg adam ayah tt stress.. rasa terbeban. ego.. dan mcm2 lg.. harap tt dan lain2 dpt bersabar. kalau adam pun akan melawan ayah adam.. rasa bengang dan mcm2 lg.. tt dalam hal ni terbaik jaga mak tt.. bg dia semangat.. sebab dia yang paling tertekan sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:17 AM | Show all posts
melepaskan rasa stress pada ahli keluarga dan bersikap baik dengan orang luar adalah konsep yang salah. ayah u tu perlu de-stress. perlu rehatkan/tenangkan diri. i rasa diri beliau sendiri adalah dalam keadaan tak tenteram. u boleh la kot suggest untuk ur mak n ayah pergi bercuti. hilangkan rasa stress. pergi teraphy. bukan terapi jumpa doktor. tapi terapi diri sendiri dengan buat benda yang diri sendiri suka.

ayah u bersikap baik dengan orang luar sebab dia tade kesalahan pada orang2 luar tersebut. dia tak perlu berusaha keras untuk menggembirakan orang lain. beliau boleh jadi diri sendiri.

berbeza dengan keluarga, mungkin deep inside, ayah u rasa bersalah dengan keluarga sendiri dengan apa yang sedang/telah berlaku. Untuk membuang rasa bersalah, beliau pun mengekalkan sifat ego, dengan harapan semua yang beliau buat akan berjaya dan akan merubah keadaan family. kita selalu dengan orang cakap "we tend to hurt the ones we love the most" . macamtu la apa yang berlaku pada your father. Bukan beliau tak sayang pada ur family. tapi beliau stress dengan keadaan yang sedang berlaku.

benda benda sensitif macamni, nak cakap pun susah. especially bila kita yang lebih muda nak menasihati orang yang lebih tua. terutama ibubapa. kadang kadang, bila kita nasihatkan kawan kawan pun diorang boleh sentap, inikan pula ibubapa. dan based pada cerita u, ayah u bukan jenis yang nak dengar cakap orang.

bila tak boleh nak bercakap depan depan, mebbe u boleh tulis surat? tapi make sure surat tu boleh menusuk ke hati, bukan tulis surat yang membuatkan orang jauh hati.

biasanya juga, ibubapa ni akan ada favorite kid. minta la anak kesayangan tu cuba untuk pujuk ayah. kadang kadang, diorang akan makan juga nasihat dari anak kesayangan.

dan jangan percaya dengan orang yang cakap money can't buy you happiness. dengan duit, kita boleh beli kegembiraan. baik menangis dan lap air mata dengan not not rm50 daripada menangis dan lap air mata dengan tisu dan still tade duit.

my 2 cent

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 11:33 AM | Show all posts
haah.. ko cakap kat adik ko mcm pak aji tuh cakap.. selebihnya dok diam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:46 AM | Show all posts
Hi TT ...

Ayah awak stress sgt2 ... sbb dia fikir mcm mana u all nak survive bila dia xde nanti ...

If possible, cari la kawan2 ayah awak yg dia segan sikit, atau org2 tua yg dia segan ntok jadi org tengah ... raise ur concern n mintak org tu advise ayah you...

jangan lawan ayah you ... dia stress n tambah stress nanti ... perhaps dia da biasa bg instruction duli n kerja corporate, bila kene mcm ni .. keje hardcore kat kebun ...mmg stress n lot of problems kene face ... mak you yg faham ayah you, that's Y your mom banyak kendur dgn your father ...

Sabar byk2 n tell the same pd siblings you yg lain... dgn prg tua ni kita x blh nak ikut rentak kita je ... kita hati muda, fikiran lain ... dorg conventional n a bit ego sometime .. kene cari jalan ntok tekel dorg ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:50 AM | Show all posts
panjang wehh cter ni ..... stress aku nk kena baca
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:54 AM | Show all posts
biskutsusu posted on 9-4-2013 11:17 AM
melepaskan rasa stress pada ahli keluarga dan bersikap baik dengan orang luar adalah konsep yang sal ...
dan jangan percaya dengan orang yang cakap money can't buy you happiness. dengan duit, kita boleh beli kegembiraan. baik menangis dan lap air mata dengan not not rm50 daripada menangis dan lap air mata dengan tisu dan still tade duit.


hahahaha..
kalau ada duit, sedih2, pastu boleh makan sedap2. ikan kerapu ke. ketam ke. udang kara ke.



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:54 AM | Show all posts
kiyudi posted on 9-4-2013 11:50 AM
panjang wehh cter ni ..... stress aku nk kena baca

kesimpulan cerita, takde duit,semua stress.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:56 AM | Show all posts
probable causes masalah kulit mak ko ...
1) prolonged exposure to sun ray ...
2) chemicals, pestiside, fertilizers from the farm ...
3) stress ...
4) imbalance diet ...

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:59 AM | Show all posts
Hana posted on 9-4-2013 11:54 AM
kesimpulan cerita, takde duit,semua stress.

TIMAKasey sbb wat summary....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 12:23 PM | Show all posts
nanti baru baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 02:11 PM | Show all posts
orang tua.. cakap cam mana pun, cepat je terasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 08:56 PM | Show all posts
Sorry ek tt, kasar sket soalan. Ayah tt x de saving lgsung ke? I agak2 umur father u skarang dah 60( coz u said ur mum is reaching 60). I tau father u xde pencen, maybe becoz masa dia resign dari govt msia, dia belum capai umur minimum pencen. 2009 balik msia kan? So time tu maybe umur father u 57 camtu. Klau ikutkan tu umur pencen dah. Supposedly ur father dah prepare utk bersara. Means ada saving utk tampung life after retirement. I bukan apa, pada usia father u ni, tak perlu nk cari income dgn biz yg berisiko jika financial x stabil. Bila u cerita ni, i pun agak risau dgn father i. Dia pun dh nak bersara. Klau ikut duit pencen yg akan dia dapat, dia boleh hidup lavish, takde hutang, tmbahan anak2 dah besar, dh ada income sendiri. Tapi problemnya, dah nak dekat bersara ni, macam2 la biz plan kluar dari kepala dia. I bukan x nak support, tapi pada i, duit pencen dan harta yg dia kumpul berdikit2 dari muda tu insya Allah cukup dah. I want him to live life to the fullest, keliling dunia with my mum, lawat anak cucu, beribadah,  dan bahagia. I x nak dia ambil risiko berniaga. Membaca kisah u ni, i rasa i kna slow talk blk dgn father i. Sorry terpanjang pulak cerira, mungkin x relevan pada u tpi jadi peringatan pd i.

Tentang hubungan father u n ur bro, berbincangla dgn adik u supaya dia mengalah. Rationalkn dia knapa dia yg kna mengalah. I tau x mudah coz dua2 ego. Mmg dari cerita u, father u yg salah, tapi percayalah ego father u mesti akan runtuh punya jika adik u minta maaf. Klau adik u tu kepala batu jugak i x tau la. Kna ingat, pada usia ni kita sebenarnya telah berubah peranan. Ur parents dh jadi anak, dan kita ni dah jadi parent. Mereka perlukan more attention, just like us masa kecik2 dulu, mereka hendak didengari, disokong etc. Tapi kna tau kaedah terbaik utk approach father u. 1 more thing, kurangkan bebani mother u utk jadi problem solver dlm mslh ur father n adik u.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 09:53 PM | Show all posts
biskutsusu posted on 9-4-2013 11:17 AM
melepaskan rasa stress pada ahli keluarga dan bersikap baik dengan orang luar adalah konsep yang sal ...

hai biskutsusu..tetiba rasa klakor plak nama uols. jgn marah eh..kekeke

Tu la, kitorang memang slalu plan nak buat vacation..tapi problem is my dad tak boleh langsung tinggalkan kebun. Dia akan rasa slalu susah hati kalau dia tak de kat kebun even dah ada pekerja pun, kalau boleh, dia kena ada kt kebun tu.  Korang bayangkan la, kalau hari raya, lepas solat raya, ayah iols pergi kebun jap, pastu baru gi berziarah family members. Petang first day raya, dia pergi kebun... My dad pernah cakap dia tak kisah kalau kitorg anak beranak  pergi holiday, asalkan dia tak pergi sebab ada banyak kerja kt kebun tu.  So, mana nak seronok pergi vacation kalau ayah tak de.  Ayah iols kalau benda tak melibatkan kebun ni, sangat2 la baik orangnye, tapi bila melibatkan hal kebun & duit ni, tu yang tak seronok tu..

Pasal favorite kid ni tak de, sebab ayah iols jenis yang tak tunjuk dia sayang. Cuma, dengan anak2 perempuan ni dia lebih lenient skit. Tapi setakat tu la..tak de nak manja2 pun.   tapi ayah iols sangat laaa loving kat cucu2 dia. Tapi anak buahku yang sulung ni pun baru 4 tahun. Hahahaha..

Thanks bagi pendapat.  Sangat2 dihargai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 10:17 PM | Show all posts
anitara posted on 9-4-2013 08:56 PM
Sorry ek tt, kasar sket soalan. Ayah tt x de saving lgsung ke? I agak2 umur father u skarang dah 60( ...

Its ok, tanya jer.. Ok camni la eh, sebenarnya sebelum nenek iols sakit, ayah aku mmg dah ada plan nak balik Msia for good. Tapi dia tak expect secepat ni la.  So, ayah iols dah buat preparation sikit2..  Ayah iols buat rumah dekat2 dengan rumah nenek aku.  Ayah aku jenis yang tak suka berhutang, so, apa pun, semua dia bayar cash. My mom bagitau, rumah ni pun dia bayar cash. Kiranya bila rumah kitorang dah siap, memang tak de hutang papepun.  Yang iols tau, ayah aku bayar lebih kurang $300K nak buat rumah ni. Kiranya separuh pakai duit my mom, separuh my dad.  Tu belum beli furnitures. Bagi my dad, bila masanya nak balik Msia, semua dah complete. TAk yah nak beli itu ini.

So, from there, aku rasa saving ayah aku dah tinggal sikit sebab dia ingat lambat lagi nak balik Msia.  Tu yang dia tak kisah belanja lebih untuk buat rumah.  Tup tup, nenek sakit. Tu yang kitorang balik mengejut. Aku memang dah balik 2 tahun awal sbb abis je form 5, aku sambung blajar kt KL.  Tapi, masa ayah aku letak jawatan ni, ada la dia claim gratuity kt Govt A ni. As I said earlier, aku rasa ayah aku tak berapa mahir manage duit. Maksudnya, bila dia dengar je ada machine ni ok untuk berkebun, terus beli, tak pikir, benda tu necessity ke tak.  Result dia, duit banyak invest pada benda yang tak berfaedah. Tu laa..I think my dad tak expect pulak banyak cost nak kena tanggung. Dia ingat jual cili ni boleh dapat income cepat.   

As for my bro, dia pernah mintak maaf kan ayah iols for being rude. Ayah aku pun time tu dah tak marah, so, kira dah berbaik la. Tapi tu la, lama2 tu, benda yang sama ulang. Cepat terasa. Yelah, dua2 penat kat kebun, panas lagik, tu yang dua2 meletop.  Tapi iols geram ialah adik aku slalu salurkan anger dia kt mak aku.  Macam apa.. Nasib la mak aku ni jenis bukan yang asyik bersabar.. Ada la jugak mak aku 'fire' balik kt adik aku.  My mom cuma akan banyak bersabar dgn ayah iols je..  

Macam yang uols cite, betul tu, sebelum my dad nak buat biz cili ni, dia dah pasang cita2 nak buat biz jual kambing. Nasib baik tak jadik.. Tapi tu la, iols paling kesian my mom. Slalu kena perli dengan mak cik2 iols. Diorang siap boleh cakap 'Dah kerja dgn Govt A elok2, pergi berenti sapa suruh. Kan skrg dah susah. Ni semua salah abah kau.'  Ayat yang sama setiap kali aku melawat sedara mara sebelah mak aku.  Aku rasa macam nak penampar je sorang2. Cakap macam dorang ni tak tahu hukum isteri wajib patuh cakap suami.  Memang la skrg ni kitorg ni susah skit, tapi tak de la sampai kitorg kena tadah tangan mintak ehsan kt dorang... pfffttt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.169492 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list