|
Asalamualaikum kakak/abang/acik semua. Topik ini saya terfikir nak buka selepas menonton cerita terbaru slot Akasia TV3. Untuk kita sama2 menambah ilmu rumah dan tangga. Disebabkan acik2 semua dah bertahun pengalaman jadi kaunselor/pendengar untuk masalah keluarga kat sini, tak lokek jika beri masa untuk jawab soalan kat bawah ni. Terima kasih semua.
Soalan 1
Untuk suami isteri yang sedang dilanda tsunami perkahwinan, relevankah untuk SI menceritakan masalah rumah tangga pada pihak ketiga? Berjaya capai solusi? Dapat perbaiki hubungan suami isteri? Atau sekadar cerita untuk menambah minyak ke api? Tambah kebencian pada pasangan? Sekadar mengumpat?
Soalan 2
Apakah adab / kaedah terbaik bercerita masalah rumah tangga kepada pihakketiga? Adab ini mengambil kira faktor, 1. Tanpa memalukan suami 2. Tanpa mengaibkan suami 3. Tanpa menunjukkan suami dayus 4. Tanpa menunjukkan isteri nusyuz 5. Anonymity si pencerita dan yang mendengar cerita
Soalan 3
Siapa orang yang boleh dijadikan pihak ketiga untukdiceritakan masalah rumah tangga? 1. Mak ayah salah seorang 2. Skandal 3. Sahabat baik
4. Adik beradik
5. Bekas kekasih 6. Lelaki (kawan fesbuk, kawan forum, kawan chatting, dll) 7. Wanita stranger (kawan fesbuk, forum, ym, dll)
Nota :
1. Pihak ketiga tidak termasuk hakim, peguam, kaunselor atau mana2 pihak yang dilantik secara bersama untuk menyelesaikan kemelut suami isteri
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo dpt kat si sunyi tu, kompom 3 thread dia bukak hihihi..
1.relevan.. cuma tgk dari sudut positifla.. mungkin bg sesetengah org, ini leh mencabar ke-ari-wibowo- an seorg somi/istri.. dengar dan terima ngan hati terbuka.. takde org sesaje dedahkan pekung dlm rumahtangga sekiranya dgn tujuan utk memperbaiki hubungan yg kian sunyi dan sepi..
2.adab ni subjektif sbnrnya.. guna la skil berkias2an.. contohnya utk aktiviti seksual dengan visualisasi, mungkin boleh gunakan perkataan "nini cokolat celop", "tora datang lagi" dan sebagainya.. pastikan ayat yg digunakan tidak berbentuk provokasi yg hanya mengundang banhammer atau penolakan kredit..
3.option 2,5,6,dan 7 sewajarnya dielakkan.. takut berlaku aktiviti "nini cokolat celop" di kemudian hari.. seeloknya gunalah khidmat seorg kaunselor bertauliah.. kat mesia ni org fobia nak jumpa kaunselor, tpi di negara2 moden ini merupakan amalan yg baik utk improve relationship.. mngkin kita patut melihat bukan dari sudut pprt.. itu je..
|
|
|
|
|
|
|
|
belajar melalui pengalaman ...
Jangan terlalu mudah percaya dan bercerita masalah dengan orang ketiga .... ianya lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan...
Penyelesaian terbaik ... mengadu pada Allah ... cari jalan terbaik ... Insya Allah ada bahagia... saya sudah melalui segala kepahitan dan alhamdulillah sedang melalui kebahagiaan... pengalaman sangat mendewasakan. |
|
|
|
|
|
|
|
nk jawab la, sebab ak tgh bosan
Soalan 1, bercerita ni kadang2 nk lepaskan beban/marah yg bersarang di dada tu.. rasa lega kalo dh citer..
Soalan 2, kalo nk berselindung di sebalik masalah sendiri, guna je nama orang lain, misalnye "ada kawan tu" atau "baca dlm internet"
Soalan 3, kalo mak ayah, akan wujud aktiviti mencucuk jarum n batu api nnt..
skandal, tak seharusnye wujud dlm perkahwinan
sahabat baik, buatnye jadi haliza dlm dahlia tu kang.. tapi kalo sahabat baek dh kawen okay kot..
adik beradik, kalo belum kahwin lagi adalah tak sesuai sebab diorang tak faham
bekas kekasih, tak seharusnye dikontek kontek lagi
lelaki or wanita stranger boleh dgn syarat mereka tidak menyamar menjadi stranger.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
saya senyum aja dulu, terasa macam satu posting hilang kat thread sebelah...why? tell me why? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam soalan soal selidik thesis pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings posted on 16-5-2013 02:20 AM
saya senyum aja dulu, terasa macam satu posting hilang kat thread sebelah...why? tell me why?
Satu? Itu je ko perasan?
5 posts aku hilang semlm......
Aku kena tekan report or PM ke nk suruh mod deduct kredit org PA aku?
Maknanya mmg ada la yg mereport je kejenya bila baca post aku......
Ooooooo...........
Menjawab soalan exam TT.....
Org ketiga......... tak payah jumpa kaunselor berbayar.... lg2 yg dh failed practice lawyer, x blh cari mkn jdk kaunselor..... mmg x blh caya..... merepek jek nnt dia kt ko..... silap2 jdk skandal layan sendu pulak......
Baik bukak thread kt sini..... free..... nasihat dr pelbagai background.......
Kena kutuk pun free, kena perli pun free, kena puji pun free........
satu lg, wajib bg info psl diri secara tepat....
Klu anak 2, tulis 2.....
Klu ada 2 degree, tulis jugak dua2....
Klu suka mkn kek, kena tulis jugak......
Maklum la, info mcm ini pun penting utk selesaikan masalah rumahtangga.....
Klu tidak, takkan ada yg meroyan sana sini psl benda remeh ni......
Skandal....... dh ada skandal apasal nk ngadu bagai?
Proceed je apa yg patut.......
Last edited by bidabidabida on 16-5-2013 09:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
bila buka cerita jer dah mengaibkan, jadi mcm mana nak jawap ni?
kena lar cerita kalau dah terdesak sgt nak bercerita - ada jer orang2 yg suka dengar and baca masalah2 orang ni, hobby free2 gitu.
pihak ketiga yg takda kaitan and tak dapat apa2 kalau dah dengar cerita tu, an impartial person, and kalau nak bercerita tu perlu lar telus, jangan asik nak salahkan pihak lain
mcm kat forum boleh buka cerita dah berlambak pun thread yg ada, tapi kena lar pepandai tapis nak amik nasihat tu, ada yg sinikal, ada yg dah lalui keperitan, ada yg sesuka buang masa kat forum so merapu jer lebih, ada yg rasa diri dia jer best.
dlm Islam dah ajar bab adab2 ni semua, so selak2 lar balik yer
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza posted on 16-5-2013 08:19 AM
Macam soalan soal selidik thesis pula.
Salam sis.
Menghargai bahasa melayu kekdahnye
|
|
|
|
|
|
|
|
bidabidabida posted on 16-5-2013 09:24 AM
Satu? Itu je ko perasan?
5 posts aku hilang semlm......
Aku kena tekan report or PM ke nk suruh ...
Salam kak Bidadarianggun,
Kalau dari segi jumlah dan penjimatan ongkos, cerita problem kat forum lagi bagus. Tapi daripada nasihat yang pernah saya baca, if saya meletakkan diri kat tempat pencerita, makin serabut kepala bila baca. Macam takde sifat empati. Bukan semua tapi banyak. Sebab tu saya tanya, relevan ke cerita problem pada pihak ketiga (dalam ayat ni refer pada forummer)? Boleh bantu settle problem atau makin serabut?
|
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy posted on 16-5-2013 10:41 AM
bila buka cerita jer dah mengaibkan, jadi mcm mana nak jawap ni?
kena lar cerita kalau dah terdes ...
Salam kak,
pihak ketiga yg takda kaitan and tak dapat apa2 kalau dah dengar cerita tu, an impartial person, and kalau nak bercerita tu perlu lar telus, jangan asik nak salahkan pihak lain Saya tak sure sebab most problem yang saya baca kat sini, saya tak lalui (tapi parent saya bercerai). cuma bila saya baca, somehow saya rasa beratnya masalah diorang ni. kalau perasan, bila kita ada problem, emosi kita kan tak stabil dan waktu tu kita akan jadi quite defensive sebab kita dah set otak, bila advice tu tak kene pendapat kita, maksudnya orang tu tak paham/takde empati/tak ikhlas bagi nasihat. biasanya kita tak perasan, orang lain yang perasan.after dah settle/moved on, baru kita sedar, apesallah aku emosional sangat dulu?
apesal cam berbelit ayat saya ni. harap kakak paham ape saya cuba sampaikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Org ke tiga yakni perempuan lain nak tumpang sekali sama-sama nak merasa kenikmatan berumahtangga dalam masyarakat islam tak salah asalkan cepat-cepat nikah sebelum bini sempat jumpa lawyer saman pompuan ke 3 dan kemungkinan laki sekali..yg ni ada dlm akta:-
KUALA LUMPUR: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.
“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.
Ibrahim berkata, satu lagi peruntukan membicarakan kes membabitkan peranan orang ketiga ialah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan serta tanggungjawabnya dengan hukumannya sama seperti Seksyen 36.
"Malaysia mempunyai undang-undang menghukum orang ketiga iaitu pihak yang menghalang pasangan menjalani kehidupan suami isteri (bukan di Wilayah Persekutuan saja, tapi hampir serupa di setiap negeri), tetapi setakat ini tiada kes khusus mengenainya dibawa ke mahkamah.
"Masalah ini tak boleh dipandang ringan kerana peningkatan kes perceraian berlaku setiap tahun, malah sejak 2001 sudah mencecah 277,001 kes dan setiap permohonan cerai walaupun tak dinyatakan mengenai orang ketiga, kita tahu ia wujud.
"Mereka hanya cakap, tapi tak bersandar bukti kukuh. Jadi, selepas ini sekiranya ada suami isteri mendapati wujud unsur orang ketiga dalam hubungan mereka, boleh buat laporan untuk disiasat di bawah akta ini," katanya.
Menurutnya, usaha lebih keras perlu digerakkan hingga ke peringkat bawahan demi mensejahterakan institusi kekeluargaan Islam dan mewujudkan benteng yang boleh menghalang pengaruh luar perosak hubungan.
"Malah, sejak tertubuhnya BSK pada April 2009, sedikit sebanyak membantu dalam soal nafkah (pasangan bercerai) kerana ini satu aspek kekeluargaan Islam dan setakat Disember lalu sebanyak 2,040 aduan diselesaikan berbanding 2,497 aduan diterima," katanya.
Sementara itu, Kamilia berkata, sudah masanya penguatkuasaan dilaksana dengan meluas ke atas individu ketiga atau 'penceroboh' rumah tangga kerana syariah Malaysia membenarkan pesalah yang menceroboh hubungan suami isteri dihukum apatah lagi hingga mengakibatkan huru-hara.
Menurutnya, cabaran membina keluarga pada masa kini terlalu banyak, malah keluarga moden yang tidak mempunyai pegangan kukuh terhadap agama antara paling ramai bercerai tidak hanya kerana masalah kewangan, sebaliknya pengaruh pihak ketiga seperti diperkatakan.
40 peratus cerai angkara pihak ketiga
“BERDASARKAN statistik kes perceraian, 30 hingga 40 peratus daripadanya berpunca daripada pihak ketiga,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan usaha memperkasakan penguatkuasaan undang-undang bagi menghukum orang ketiga yang didapati menjadi punca berlaku kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Tan Sri Ibrahim Lembut ketika menghadiri Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di sini, semalam.
Musa berkata, peruntukan undang-undang terhadap kesalahan itu sudah ada namun terdapat kekangan melaksanakan secara menyeluruh kerana ia dalam bidang kuasa jenayah syariah.
“Pihak ketiga ini termasuk kekasih lama dan pihak keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah serta adik-beradik. Untuk mendakwa golongan ini sebagai punca perceraian pembuktian perlu kuat dan tidak boleh bersandarkan kepada aduan semata-mata.
“Dalam hal ini hukuman denda lebih tinggi juga mungkin boleh diperkenalkan,” katanya.
- Harian Metro
Tapi kalau nikah sembunyi di Siam balik sini nak daftar tetap juga kena naik mahkamah syariah dan bayar denda. Kalau tak nak nikah hanya nak skandel, tak kiralah nak skandel kat forum cari main posting syok sendiri ataupun berchatingan di mana-mana laman sosial takpun jumpa kat mana-mana melepaskan rindu dendam, jaga-jagalah jgn kantoi dek bini. Bini zaman sekarang dia org tak suka gaduh2 dah dgn laki ke org ke 3 tarik2 rambut. Itu standard mak jah kat Kampung Payang. Kira tak urbanlah, cara baru bayar 5 ribu selesai. Esok masuk Metro muka tengah, Mangsa Along dibunuh dgn Kejam dalam ladang kelapa sawit. . . |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam konteks pihak ke 3, apabila sepasang suami isteri bermasalah, masalah yg sebenarnya biasa jah pada pandangan masyarakat. Kira masalah boleh selesai tetapi bila suami/isteri mula bercerita hal r/tangga pd org lain contohnya teman sepejabat berlainan jantinai dan kebetulan teman sepejabat tu jenis yg gatai dan dah lama teringin nak rasa bini/laki org ni maka contoh masalah sekecil suami tak kasi tengok wayang akan jadi masalah suami tak bagi nafkah berbulan.
Dari cerita tak bg nafkah zahir extend pulak nafkah batin tak best, tak feel. Kahwin sama suka, anak dah dua, tut-tut tak feel, sbb yg ke tiga dah masuk jarum, membelai-belai di alam cyber bertapa sempurnanya beliau sebagai lelaki kpd kaum wanita. Setiap kali dating bagi hadiah. Pompuan as usual nafsu banyak, kena belai dengan mata keyboardpun boleh bawak sampai gaduh laki bini. Sedangkan dia tak sedar setiap manusia ada kekurangan termasuklah dia sebagai isteri, suami beliau dan org lain.
Nak menceritakan masalah untuk tujuan kebaikan bagi aku tak salah. Mungkin bila dah hadap muka org yg menyemakpun setiap hari selerapun tarak tapi kalau kita sendiri tak berusaha untuk memperbaiki apapun masalah tak akan berhasil. Nak bercerita dengan siapa dan di mana??? Itu yg jd persoalan.
Ibu bapa? Mungkin jln terakhir
Kawan baik? Lelaki ke perempuan? Aku tak faham bila sesetengah org merasakan tak patut bercerita pd gender yg sama sbb akan berlaku hasutan dan pilih kasih. Aku tak rasa gitu, Perempuan lebih memahami perempuan tambahan pula yg pernah berpengalaman dlm masalah yg sama. Lelakipun boleh menasihatkan pompuan tapi seperti yg korang sedar lelaki consentrate kat masalah kawan pompuan pd 5 minit pertama jah, lepas tu jd lainlah. Mata merawang kat tempat-tempat lain. Ni yg Parin ngaku hari tu.
Laman-laman sosial? Cara kehidupan masyarakat zaman sekarang berbeza dari zaman dulu. Bergaduh dlm ertikata perang dingin. Ko tidur dlm bilik aku depan TV, tanda protes. Cakap bila ada keperluan. Kawan baik langsung tak ada sbb kita rasa kita saja yg betul org lain semua salah, termasuk adik beradik. Untuk menjaga maruah, untuk mengelakkan dari dikenali kita bukalah masalah kita di mana-mana laman sosial yg tersedia. CARI misalnya aku tak nak sebut nick yg mana, tapi banyak sungguh input dan pendapat yg bercanggah serta berbeza-beza, si bermasalah boleh memilih mana-mana satu jalan untuk selesaikan masalah tapi bukan bermakna kita peruntuh r/tangga org. Yg meruntuhkan r/tangga mereka hanya mereka suami dan isteri. Sekurang-kurangnya masalah selesai tanpa melibatkan org ke 3. Ya ke tak terlibat?
|
|
|
|
|
|
|
|
dpt markah berapa nk jawab ni?? ada limit tak berapa patah perkataan??
kalu aku cikgu, aku bg markah sifar jah kt sumer2 yg dh reply kt thread ni.....sbbnya depa tak menjawab pung soklan2 TT.... nk salin soklan pung malas...... camner nk dpt markah kesian??? |
|
|
|
|
|
|
|
BingkaUbi posted on 16-5-2013 11:24 PM
dpt markah berapa nk jawab ni?? ada limit tak berapa patah perkataan??
kalu aku cikgu, aku bg ...
posting mengelak namanya
sehati sejiwa
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan 1
Untuk suami isteri yang sedang dilanda tsunami perkahwinan, relevankah untuk SI menceritakan masalah rumah tangga pada pihak ketiga? Berjaya capai solusi? Dapat perbaiki hubungan suami isteri? Atau sekadar cerita untuk menambah minyak ke api? Tambah kebencian pada pasangan? Sekadar mengumpat?
tuk citer masalah rumahtangga pd pihak ke3 yg bkn hakim, peguam, kaunselor atau mana2 pihak yang dilantik secara bersama untuk menyelesaikan kemelut suami isteri pd aku nk fikir relevan ka tak.......tgk lerr pd apa masalah tuh...... pd aku, biler berhadapan ngan sst masalah, kita jgn pikir APA masalah tuh tapi fikir PUNCA masalah tuh.... biler kita dh identified puncanya, baru lerr kita blh timbang kati camner nk repair kekurangan yg menyumbang pd masalah tuhh.... kendian dr option yg kita dh timbang kati tuh, kita gi ler tanya pendapat pihak ke3 yg tak termasuk dlm list atas tuh... maknanya kita bkn suh org ke3 tuh pikir camner nk selesaikan masalah kita....tp kita mintak pendapat dia hok mana yg dah ditimbang kati tuhh cara terbaik tuk perbaiki punca masalah tuh.... biler punca tuh diatasi, baru lerr masalah tuh bley diperbaiki atau kalu kena caranya masalah tuh terus settle dahh......
samada dpt baiki hubungan somi isteri tuhh plak result bukan ler bergantung pd 'sumbangan' pihak ke3 semata tp sebenarnya dari kita sendrik yg lebih paham masalah tuhh.....hok tambah kebencian, tambah minyak ke api sumer tuh..... klu kita langsung tak bg chance kt diri kita tuk cari punca masalah tuh, kita just buta2 pi jumpa kawan ngadu hu ha hu ha .....responnya depends lerr sapa yg dengar citer kita tuhh.......sbb tuh aku bg tau 'sumbangan' apa........... ada kawan dengar citer dr kita jah, kalu citer kita tuh ketara salah kita cam thread hokaku buntu tuh, mmg lerr respon yg dapat rata2 nyalahkan kita...mmg lerr sesaja tambah minyak ke api suh org bakar kita...... tapi kalu citer kita sumer best2 jah, citer spouse kita jah busuk2 belaka.....dan buatnya kawan tuh plak caya 200%, mmg lerr respon yg kita dapat dr pihak ke3 tuh lain la plak....
so tu jek lerr duluk..... soklan 2, 3 nnt lerr ....... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings posted on 16-5-2013 11:38 PM
posting mengelak namanya
sehati sejiwa
manjang ngelak....ngelak2 takmo jawab tak yah post....nnt aku suh ace potong credit kang....
cepat jawab jah lerr...... soklan no 1....
|
|
|
|
|
|
|
|
BingkaUbi posted on 16-5-2013 11:46 PM
manjang ngelak....ngelak2 takmo jawab tak yah post....nnt aku suh ace potong credit kang.... :huff ...
ku dah jawab, hang ja malas baca
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings posted on 17-5-2013 12:04 AM
ku dah jawab, hang ja malas baca
aku baca dahhh....... mmg paling senang citer jah kt porum ni kannn...... dh citer2 tuh, kendian tak yah lerr dok bubuh gambo sendri kt avatar tuh, dok kabo keje mana, dok mana..... abis lerr serupa gak cam citer kt kwn opis jahh....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|