View: 4931|Reply: 0
|
CNBLUE BERTEMU PEMINAT DI MALAYSIA SEMPENA PERASMIAN 'THE CLASS'
[Copy link]
|
|
Edited by isabel at 8-7-2015 03:14 PM
Kuala Lumpur, Julai 4, 2015 - Pada minggu lepas bertempat di Mid Valley Megamall telah berlangsung pelancaran pembukaan butik rangkaian jenama lelaki 'THE CLASS' yang diresmikan oleh kumpulan popular dari Korea iaitu CNBLUE.
Sementara menanti kedatangan CNBLUE. THE CLASS mempersembahkan beberapa koleksi terkini yang terdapat di butik berkenaan. Kedatangan anggota CNBLUE 45 minit kemudianya menceriakan keadaan. Apatah lagi dengan telatah lucu dan 'happy go lucky' oleh YongHwa menyapa peminat dengan memberi salam dengan kuat dan jelas, hilang segala stress yang dirasai oleh peminat. Mereka dengan jelas mempamerkan kegembiraan kerana berkesempatan berkunjung sekali lagi bertemu peminat selepas konsert terakhir mereka tahun lepas di Malaysia. Dan yang pastinya mereka berjanji akan datang lagi dan kali ini adalah untuk konsert mereka pula.
Disempatan ini THE CLASS telah bermurah hati memberi peluang kepada 10 peminat bertuah terpilih untuk 'group photo', manakala 100 orang pula berpeluang naik ke atas pentas untuk sesi 'autograph' dari kesemua ahli CNBLUE.
Namun suasana agak tercemar sedikit dengan insiden kekecohan yang berlaku ketika para media menanti ketibaan anggota CNBLUE untuk acara memotong riben dihadapan pintu masuk butik THE CLASS, dimana bebarapa media telah dikasari oleh para petugas keselamatan. Syukur tiada yang tercedera dalam insiden media dikasari dan ditolak oleh para petugas keselamatan dari THE CLASS tersebut.
Oke...BOICE MALAYSIA cari forum bole la layan bebarapa photo yang kaka bel ambil sepanjang pelancaran tersebut di Asian Celebrities Cari Forum www.facebook.com/asiancelebiritescariforum
CARI Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada THE CLASS diatas jemputan media ini.
Artikel oleh : isabel
Photo oleh : Tna
|
|
|
|
|
|
|
| |
|