|
|
Edited by Leafumi at 19-9-2015 05:26 AM
Korang ada pasangan yang hot, sado, kacak, kaya-raya, retis, cantik, cun, mantop, ayu, baik hati, instafemes, tweetfemes, terlebih mesra, mudah didekati, pandai ilmu agama, makcik pakcik berebut nak buat jadi menantu & apa-apa jelah yang sewaktu dengannya.
Pendek kata pasangan korang ni mudah jadi tumpuan & orang mudah tertarik dek kerana kelebihan2 yang ada padanya seperti di atas. Ditambah pulak si dia dikurniakan rupa paras menarik & bijak bergaya. Ramai je yang datang menempel, nak buat kawan, buat adik beradik angkat, nak buat anak ikan, buat teman tapi mesra & berbaik sehingga ada yang cuba2 sailang pasangan korang. Tak kurang juga yang santau & sihir menyihir cuba buat pasangan gilakan diorang & tinggalkan korang.
Pasangan anda sering digoda dengan bermacam-macam cara supaya anda ditinggalkan. Mesti bengang kan? Dapat pasangan ada kelebihan2 ni susah nak jaga kan?
Apa korang rasa? Apa korang buat?  
|
|