CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama Islam (3)

[Copy link]
Post time 12-7-2017 10:04 PM | Show all posts
Edited by Jabri93 at 12-7-2017 11:52 PM

Salam semua, saya ingin bertanya, disini saya ada 3 soalan:  
1. Kalau kaki saya basah dan terpijak najis hukmi, contohnya air kencing kucing yang sudah kering, dan saya menginjak sejadah, adakah najis hukmi itu berpindah ke kaki saya, sepanjang jalan yang saya lalui, dan ke sejadah? Saya sudah tengok video ustaz azhar idrus di youtube, ustaz kata najis tidak berpindah dan cukup sekadar basuh tapak kaki yang terpijak najis hukmi. Ada juga saya terbaca pendapat yang lain, kata perlu alirkan air. Jadi saya tak pasti mana 1 yang betul.

Sebelum ni 1 keluarga pakai selipar dalam rumah tidak kira masuk ruang tamu atau tandas. Guna selipar yang sama. Jadi saya fikir mungkin ada najis yang terbawa di bawah selipar(walaupun tiada bau,warna dan rasa) masuk dalam ruang tamu kecuali dalam bilik tidur. Jadi saya tak tahu dan tidak pasti di mana najis tersebut. Macam mana hukumnya untuk keadaan begini ? Perlukah saya bersihkan di seluruh kawasan ruang tamu ?

2. Saya ada baca untuk bersihkan najis hukmi, cukup dengan mengalirkan air 1 kali. Bila kita alirkan air, mestikah kita tunggu sehingga air di tempat tersebut kering dan barulah kita boleh pegang/lalu tempat itu ataupun boleh pegang/pijak tempat itu sebaik saja kita alirkan air walaupun masih ada air.

Saya berharap ada yang boleh menjawab pertanyaan saya kerana persoalan ini sering kali bermain di fikiran saya sehinggakan mengganggu aktiviti seharian saya. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2017 11:58 AM | Show all posts
Jabri93 replied at 12-7-2017 10:04 PM
Salam semua, saya ingin bertanya, disini saya ada 3 soalan:  
1. Kalau kaki saya basah dan terpijak ...

Wa alaikumsalam warahmatullah.

Dari pandangan saya....

Apa yang Jabri ceritakan adalah method.  Asasnya, najis itu bersifat ada bau, ada warna, ada jisim.  Kalau ada salah satu dari sifat najis itu, maka kena bersihkan dengan air mutlak.

Kalau terpijak najis yang dah kering, dan bila diperiksa kaki tiada bau, warna atau jisim, maknanya najis itu tidak berpindah dari lantai ke kaki.  Sama juga di lantai kalau kita pijak tapi tiada bau, warna atau jisim.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 08:09 AM | Show all posts
apis88 replied at 17-6-2017 06:12 AM
Yuran Rm300
Dapat Account Personal
(No Id dan Password)
ASSALAMUALAIKUM...MOHON PENCERAHAN TENTANG SKIM INI?ADAKAH BERUNSUR JUDI?MENGAPA?

Perniagaan, atau bukan perniagaan....? Tak berapa jelas untuk kata ada unsur judi atau tidak....

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts

Hukum Memberi Salam

Edited by Dukulangsat at 19-10-2017 07:57 AM

Assalamualaikum
apakah salah dalam agama Islam bila kita memberi salam kepada bukan manusia, contohnya selepas Solat Subuh buka je pintu rumah kita sebut "Assalamualaikum semua makhluk Allah" tolong beri pandangan/panduan kepada saya yg kerdil ini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 11:44 AM | Show all posts
Dukulangsat replied at 19-10-2017 07:53 AM
Assalamualaikum
apakah salah dalam agama Islam bila kita memberi salam kepada bukan manusia, contoh ...

Wa alaikumsalam warahmatullah.

Cara memberi salam ketika masuk rumah adalah seperti berikut:

”Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian, dengan salam yang penuh berkah dan baik dari sisi Allah.” (An-Nur: 61)

“Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya, begitu pula saat ia makan, maka setan pun berkata (pada teman-temannya), “Kalian tidak ada tempat untuk bermalam dan tidak ada jatah makan.” Ketika ia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah ketika memasukinya, setan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapatkan tempat untuk bermalam.” Ketika ia lupa menyebut nama Allah saat makan, maka setan pun berkata, “Kalian mendapat tempat bermalam dan juga makan malam.” (HR. Muslim no. 2018).


Ucapan salamnya, setidaknya adalah:

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ
“Semoga keselamatan terlimpah atasmu”

Yang lebih baik lagi adalah

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللَّه
“Semoga keselamatan dan rahmat Allah terlimpah atasmu”

Yang paling baik adalah

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللَّهِ وَ بَرَكَاتُهُ
“Semoga keselamatan, rahmat Allah dan barakahNya terlimpah atasmu”


diriwayatkan Imam Bukhari di dalam adabul Mufrad, bahwa Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu berkata:

إذا دخل البيت غير المسكون، فليقل: السلام علينا، وعلى عباد الله الصالحين
“Jika seseorang masuk rumah yang tidak didiami, maka ucapkanlah “Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibadillahish sholihiin” (Diriwayatkan Al Bukhari dalam Adabul Mufrad; hasan)


Nota:  Hadith Bukhari atas ni bukan dari kitab sahih bukhari.  Ada yang mendhaifkan hadith ni dan ada yang kata ia hassan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 20-10-2017 11:44 AM
Wa alaikumsalam warahmatullah.

Cara memberi salam ketika masuk rumah adalah seperti berikut:

Assalamualaikum
maafkan saya... maksud saya, saya dlm rumah lepas Solat Subuh, buka pintu untuk keluar rumah Dan terus bagi salam "Assalamualaikum semua makhluk Allah", apakah tidak menjadi kesalahan kepada perbuatan saya ITU...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2017 02:44 PM | Show all posts
Dukulangsat replied at 21-10-2017 07:50 AM
Assalamualaikum
maafkan saya... maksud saya, saya dlm rumah lepas Solat Subuh, buka pintu untuk k ...

Wa alaikumsalam warahmatullah,

Doa keluar rumah yang mengikut sunnah dari 2 hadith dibawah:

di-riwayatkan dari Anas bin Malik ra. oleh At-Tirmidzi bahwa Ra-sulullah saw. bersabda:

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ ׃  بِسْمِ اﷲِ٬ تَوَكَّلْتُ عَلَى اﷲِ٬ لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاﷲِ ٬ يُقَالُ لَهُ  ׃حَسْبُكَ هُدِيْتَ ٬  وَكُفِيْتَ ٬ وَتَنَحَّى عَنْهُ الشَّيْطَانُ٠

"Jika seseorang keluar dari rumahnya hendaknya ia membaca: 'Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah semata. Dikatakan kepadanya, 'Cukuplah bagimu, kamu telah mendapat petunjuk dan kecukupan, kamu telah dilindungi dan setan pasti menjauh darinya".

Dari Ummu Salamah ra., bahwa jika Rasulullah saw. keluar dari rumahnya beliau membaca:

بِسْمِ اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنْ أَنْ نَزِلَّ أَوْ نَضِلَّ،  أَوْ نُظْلَمَ ،  أَوْ نَجْهُلَ ،  أَوْ يُجْهَلَ عَلَيْنَا٠

"Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada tersesat atau menyesatkan, atau daripada tergelincir atau menggelincir-kan, atau daripada bodoh atau dibodohi”.



Yang memberi salam bila keluar rumah tu tidak saya ketahui hukumnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 07:38 AM | Show all posts
assalamualaikum,

saya nak tanya, saya anak lelaki tunggal kpd mak saya dan mak ibu tunggal (bercerai), jika saya mati dulu dan kemudia mak mati,  siapakah yang akan berhak ke atas harta mak, adik beradik lelaki mak (pak saudara saya) dah mati, adakah anak saudara lelaki mak ?

siapakah yang bertanggunjawab menjaga mak setelah saya mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2017 11:23 AM | Show all posts
akubaik3 replied at 7-11-2017 07:38 AM
assalamualaikum,

saya nak tanya, saya anak lelaki tunggal kpd mak saya dan mak ibu tunggal (berce ...

wa alaikumsalam warahmatullah,

jawapan soalan pertama ada di sini:
http://faraid.usm.my/msl/default.html

Ia turutan senarai waris yang layak.

Bagi soalan kedua, yang bertanggungjawab ialah wali kepada ibu.  Senarai turutan wali mengikut yang teratas dan masih hidup seperti berikut:
  • Bapa kandung
  • Datuk sebelah bapa ke atas
  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Anak saudara lelaki seibu sebapa
  • Anak saudara lelaki sebapa
  • Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa
  • Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  • Datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya
  • Datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya
  • Moyang saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan moyangnya
  • Moyang saudara sebelah bapa sebapa dengan moyangnya
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu lelaki)
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu lelaki)
  • Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  • Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa
  • Anak datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan
  • Datuknya.
  • Anak saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya
  • Wali Hakim / Wali Raja / Wali Sultan

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum. Saya nak bertanya tentang mandi wajib. Haritu selepas saya memandi wajib, saya baru perasan jari saya bau najis sedikit tetapi tiada kelihatan najis. Adakah mandi wajib itu sah? Atau saya perlu mandi wajib semula?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
aiiman replied at 21-2-2018 02:45 PM
Assalamualaikum. Saya nak bertanya tentang mandi wajib. Haritu selepas saya memandi wajib, saya baru ...

Najis mughollozah ke.bro.?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 10:17 AM | Show all posts
Salam.

Saya nak tanya pasal Zakat Simpanan.

Saya tinggal di Kuala Lumpur, bekerja di Selangor.  Boleh tak saya nak bayar zakat simpanan saya di Kuala Lumpur dan Zakat Pendapatan saya di Selangor?  atau di mana2 saya boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2018 10:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 01:36 PM | Show all posts
ibnur replied at 3-4-2018 10:06 PM
https://www.youtube.com/watch?v=DHarpnHblEA

terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 10:28 AM | Show all posts
Assalammualaikum.

maaf nak tanya. i yang hina ini nak tahu, adakah ketika malaikat maut mencabut nyawa kita, kita nampak kejadian itu... dlm erti kata kita nampak Izrail ketika itu ? atau kita hanya merasa kesakitan nywa itu dicabut oleh Izrail.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 03:06 PM | Show all posts
vwxyz replied at 15-8-2018 10:28 AM
Assalammualaikum.

maaf nak tanya. i yang hina ini nak tahu, adakah ketika malaikat maut mencabut  ...

Wa'alaikumussalam...

Keadaan seseorang mungkin tidak sama dengan seorang lain yang masing-masing menghadapi sakaratul maut...

Bergantung kepada amalan masing-masing.... hal melihat malaikat maut itu, pun berbeza ikut amalan... jika orang kafir menghadapi sakaratul maut, cukup dengan melihat wajah malaikat maut saja pun sudah menjadi azab....

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sya nk minta pendpat...Kawan sya ingin mendirikan rumah tangga...Skrng berstatus janda...Kwan saya ni berbinti kan pakciknya..Semasa dya lahir ayah nya menghilang sekarang baru timbul...
Masalah..
1.Surat nikah mak ayah xda
mohon pencerahan...Trima kasih...
Klo bole tlg whatupp no 01125807958 xpun tgalkn no ustaz sya sendri whtupp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2018 08:59 AM | Show all posts

RE: Soal Jawab Agama Islam (3)

noriam replied at 11-9-2018 12:46 PM
Sya nk minta pendpat...Kawan sya ingin mendirikan rumah tangga...Skrng berstatus janda...Kwan saya n ...

Maaf, lama tak dapat masuk forum.

Urusan nikah dan cerai perlu dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah (Daerah alamat kad pengenalan) dan juga (Penolong Pendaftar Nikah & Cerai (Naib Kadi) Kariah masjid.  Sila rujuk pada alamat kad pengenalan untuk kariah masjid dan juga mengenal pasti naib kadi.
Mengenai masaalah Binti, boleh minta bantuan Pesuruhjaya Sumpah (kerajaan) dan JPN untuk pertukaran nama.

berdasarkan pendapat imam Syafi’i kehadiran wali dalam nikah adalah suatu kewajiban karena wali nikah adalah salah satu rukun nikah yang wajib dipenuhi dan apabila tidak ada wali nikah pernikahan tersebut tidaklah sah termasuk pernikahan seorang janda.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:55 PM | Show all posts
assalamualaikum, nak tanye, baru-baru ni saya baru terbaca pasal malaikat rahmat tak masuk rumah,  antara sebabnya, ada gantung gambar benda hidup, frame keluarga. gambar amik sijil lah, raya, masa kecik, dan lain-lain.

betul ke? kalau betul, macam mana nak nasihat family supaya menurunkan gambar-gambar tersebut? di dinding rumah ni, ada satu dinding penuh dengan gambar-gambar sahaja, macam album family.
tapi family saya ni mudah "terkejut" kalau diberitahu secara tiba-tiba, itu tak boleh, ini tak boleh.
sangat mengambil masa. mohon pencerahan, terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:01 AM | Show all posts
kroit92 replied at 4-12-2018 08:55 PM
assalamualaikum, nak tanye, baru-baru ni saya baru terbaca pasal malaikat rahmat tak masuk rumah,  a ...

Wa alaikum salam....

assalamualaikum, nak tanye, baru-baru ni saya baru terbaca pasal malaikat rahmat tak masuk rumah,  antara sebabnya, ada gantung gambar benda hidup, frame keluarga. gambar amik sijil lah, raya, masa kecik, dan lain-lain.

betul ke? kalau betul, macam mana nak nasihat family supaya menurunkan gambar-gambar tersebut? di dinding rumah ni, ada satu dinding penuh dengan gambar-gambar sahaja, macam album family.


Ya betul, ada hadith. Cumanya tafsiran yang diambil dari hadith tu mungkin berbeda-beda....  dengan alasan tertentu

Sebaiknya jangan ada gambar (benda hidup) yang terpampang/dipertontonkan dalam rumah. Gambar pemandangan macam pokok, gunung, air terjun, yang jenis macam ni harus.

tapi family saya ni mudah "terkejut" kalau diberitahu secara tiba-tiba, itu tak boleh, ini tak boleh.
sangat mengambil masa. mohon pencerahan, terima kasih


Ini pun betul juga, kena berhemah, dan dengan kasih sayang, kalau perlu masa pun bertabah dan bersabar lah... Allah Maha Mengetahui. Kalau mereka tak terima juga (sebab ada alasan tertentu), sekurang-kurangnya dah disampaikan.

Yang menjadi sukar dalam hal ni, ia dah jadi kebiasaan dan sebagai norma dalam masyarakat, sehinggakan ada segelintir ustaz pun berbuat hal yang sama, jadi bila family lihat hal ini, mereka ingat perkara ini (gantung gambar) adalah hal kebiasaan. Saya dapati tak ramai ustaz yang tegur dalam hal ini, mungkin juga ia dianggap termasuk dalam hal remeh.

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.314189 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list