Edited by irbadh at 31-7-2017 09:47 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم أما بعد
Assalaamu'alaikum. Maaf saya mencelah secara tiba2, jalan2 ternampak persoalan ni, terasa ingin berkongsi. Tumpang lalu ye mod, saya kongsikan jawapan memandangkan persoalan dari penanya macam tak berapa clear lagi jawapan yang diberikan. Walaupun macam dah agak lama juga ni, tapi just saya nak kongsi sebab teringat pernah berlaku pada seorang kenalan saya ketika kami bermusafir suatu ketika dahulu dan persoalan ini pernah dijawab oleh asy-syaikh muhammad bin sholeh al-'utsaimin rohimahulloh.
Berikut saya kongsikan. Mungkin boleh analogy and apply pada situasi saudara. Semoga ada manfaatnya untuk semua dan kita memohon kepada Allah petunjuk, tawfeeq was sadaad.
Soalan: Seorang musafir yang tiba lalu mendapati orang lain sedang sholat 'isya dengan qoshor. Apakah dia ikut bersamanya dengan niat sholat maghrib dan melakukan sebanyak 3 rakaat? Dan apakah begitu pula sholat zhuhur yang bermakmum dengan orang sholat 'asar? Semoga Alloh berbuat baik kepada anda.
Jawapan: Saya ingin menjelaskan kepada anda, pertamanya, tentang pendapat yang raajih (kuat / diutamakan):
Jika anda datang dalam keadaan belum sholat maghrib, lalu anda dapati mereka sedang sholat 'isya, maka ikutlah sholat bersama mereka dengan niat sholat maghrib, kerana setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan. Kemudian jika anda ikut masuk sejak awal rakaat, maka nantinya anda akan menyelesaikan sholat anda sebelum imam berdiri pada rakaat yang keempat. Berpisahlah darinya dan bacalah tasyahud (tahiyyat akhir) dan salam. Kemudian bergabunglah bersamanya pada baki yang tinggal dari sholat anda. Inilah yang saya kuatkan (utamakan) dari pendapat yang ada.
Pendapat yang kedua: Anda ikut sholat bersamanya dengat niat sholat 'isya, lalu jika anda sudah selesai mengerjakannya, maka anda pun sholat maghrib. Hanya saja di sini anda terluput dari tertib kerana mendapati jamaah.
Pendapat yang ketiga: Jangan anda ikut sholat, sama ada dengan niat sholat maghrib mahupun 'isya, akan tetapi sholat lah maghrib bersendirian, kemudian bergabung lah masuk bersama mereka pada apa yang tinggal (baki) dari sholat 'isya.
Namun pendapat pertama adalah pendapat yang saya utamakan. Sesungguhnya saya hanya menyebutkan beberapa pendapat dan saya tidak suka menyebutkan beberapa pendapat ketika di sana ada pendapat yang raajih supaya kamu semua tidak mendengar fatwa yang berbeza dari apa yang kami kuatkan / utamakan (raajih).
Silsilah Liqo-aat al-bab al-maftuh 132/19
السؤال: شخص مسافر قدم ووجد شخصا يصلي العشاء قصرا، هل يدخل معه بنية صلاة المغرب ويأتي بركعة ثالثة؟ وكذلك صلاة الظهر خلف من يصلي العصر؟ أحسن الله إليك
الجواب: أنا أريد أن أبين لك أولا القول الراجح: إذا أتيت وأنت لم تصل المغرب ووجدتهم يصلون العشاء فادخل معهم بنية المغرب، ولكل امرئ ما نوى، ثم إن كنت دخلت من أول ركعة فستتم صلاتك قبلأن يقوم الإمام إلى الرابعة، انفصل عنه واقرأ التشهد وسلم، ثم ادخل معه فيما بقي من صلاتك، هذا أرجح ما يكون من الأقوال. القول الثاني: أن تدخل معه بنية العشاء، وإذا انتهيت تصلي المغرب، وهنا فات عليك الترتيب من أجل إدراك الجماعة. القول الثالث: لا تدخل لا بنية المغرب ولا بنية العشاء، وصل المغرب وحدك ثم ادخل معهم فيما بقي من صلاة العشاء. لكن القول الأول هو أرجح الأقوال، وإنما ذكرت الأقوال -وأنا لا أحب أن أذكر الأقوال إذا كان هناك قول راجح- لئلا تسمعوا فتوى بخلاف ما رجحناه.
الكتاب : سلسلة لقاءات الباب المفتوح
|