View: 32799|Reply: 200
|
NOVEL : MISTERI MIMPI SYAKILLA (TAMAT)
[Copy link]
|
|
Edited by Ipo at 14-2-2016 07:55 PM
Disclaimer: Novel ini adalah novel mistik dan seram. Jika ada yang tersama tanpa sengaja jalan ceritanya, maafkan saya. Saya hanya bercerita dari pengalaman sendiri. Selebihnya adalah rempah ratus 'fantastic four' untuk penambah perisa. Harap cerita ini tak ada kecelaruan
Aku datang dalam mimpimu
Munculku saat kamu teringat aku
Jelmakan diriku tika namaku diseru
Aku hanya ingin kau tahu
Siapa aku.....
Aku tercungap-cungap. Tubuh aku terasa diheret laju. Leher aku terasa seperti dicekik. Nafas aku tenggelam timbul. Macam lepas berlari pecut 100km. Ah! kalau alam realitinya, mahu aku semput macam si tua gatal depan rumah sewa aku. Dalam keadaan mengah dan hampir putus nafas, aku cuba menjerit. Namun semuanya sia-sia. Cengkaman yang kuat di batang leher menyukarkan aku untuk bertindak begitu.
Semakin laju aku lari, semakin dekat bayangan itu mengejar. Lenguh segala sendi aku kerah semata-mata ingin menyelamatkan diri. Dari sebuah rumah usang, aku dikejar! Aku pun tidak tahu macam mana aku boleh tersadai dalam rumah usang yang penuh sawang. Pokok menjalar memenuhi setiap ruang bilik. Ah! Gila!
Sekali lagi terasa aku diheret dan batang leher dicengkam kuat. Aku bingung. Langsung aku tidak nampak apa-apa tapi semakin kuat cengakamn jemari tajam menempek di batang leher. Makhluk apakah yang sedang bertarung dengan aku? Separuh nyawa aku cuba menyelamatkan diri.
"Jangan kacau aku!!"
Entah dari mana kekuatan yang aku perolehi, terhambur lontaran suara yang kuat dari esofagus aku memarahi pemilik tangan yang masih melekat di batang leher. Saat itu juga, mata aku yang terpejam rapat tadi mula terbuka luas. Pucat muka! Aku agak muka aku sepucat muka makhluk yang sedang galak merenung tajam pada aku. Kelu lidah sama seperti kelunya lidah aku sewaktu pertama kali aku bertentang mata dengan perempuan yang aku suka dalam diam. Ah! Kalut!
"Kau..kau siapa??"
Terasa cengkaman jemari tajam tadi perlahan dilepaskan. Ah...lega seketika. Aku terus saja berundur. Wajah yang masih merenung tajam tadi seperti meminta simpati. Titis darah meleleh pekat dari tubir mata dan bibir yang merekah merah bak gurun ketandusan. Aku cuba mengawal perasaan. Entah kenapa aku nak tenung makhluk pucat itu dan entah kenapa juga, sempat pula aku membedahsiasat wajah pucat bak Ju On seperti dalam cerita hantu Jepun yang aku baru tonton dua hari lepas tetapi wajah makhluk yang menyerupai seorang perempuan ini berkeping-keping seperti kekeringan dan pecau-pecah bak tanah kekeringan di Etheopia! Apakah aku sekarang ini berada dalam dunia nyata atau aku yang ditarik ke dunia Ju On??
"Aku hanya nak kau tahu siapa aku...."
Aku menelan liur. Rintihan sayu suara itu cukup menyedihkan. Mendayu-dayu. Perlahan-lahan wajah berkeping-keping dan pecah-pecah tadi bertukar menjadi seorang wanita yang sangat cantik dengan air mata darah masih galak mengalir ke pipi. Aku genyeh mata berkali-kali. Sekitar yang masih gelap menyukarkan aku melihat apa yang sebenarnya ada di sekeliling. Apa yang aku masih ingat dan pasti, sebelum mata diulit malam tadi, aku berbaring malas di atas katil sambil melayan novel seram dan menulis nota peribadi peneman setia aku.
Sekarang??? Aku melingas. Sebuah rumah usang yang misteri dan menakutkan. Apakah aku sudah tersesat? Tidak mungkin. Banyak kali hati aku bermonolog sendiri. Sekali lagi aku menoleh ke arah 'wanita cantik' tadi. Air mata darah menitis laju ke pipinya yang tidak lagi pecah-pecah dan bekeping-keping. Hampir terpesona jantung berdegup laju. Adrenalin memuncak.Ah! kegilaan apakah kali ini? Tidak mungkin aku jatuh cinta dengan 'wanita' ini atau mungkin ianya jembalang?? Perghh! tak pernah dibuat orang!!
Pantas kaki aku melangkah keluar dari rumah usang itu dan berlari tanpa arah. Sesekali menoleh ke belakang, tersadung setiap kali menyambung langkah. Ya Allah! Makhluk cantik itu mengejar aku rupanya! Langkah seribu aku atur. Bagai hilang arah, aku hanya mengikut rentak kaki.
Mata masih melingas. Hanya ada pokok-pokok hutan yang mempunyai akar terjuntai-juntai. Aku amati, ada satu lorong kecil menuju ke hilir hutan. Mata aku yang dah cukup sepet ini dikalih ke arah mahkluk tadi. Samar tapi aku boleh nampak dengan jelas wajah pucat makhluk tadi bila disimbahi cahaya bulan mengambang. Adoih! Kenapa harus aku yang lalui semua ni? Mana Lan? Mana Sopi? Mana Ajoi?? Argghhhh!!!Bulu roma aku mula tercacak. Meremang! Apakah aku hanya bermimpi? Atau aku berada di dunia realiti?
"Kau siapa??!!" Aku terus melompat dari perdu pokok. Terus mata meliar melihat sekitar. Arghhh!!! Mana pula tempat ni????
Suara esakan demi esakan bergema semakin kuat. Wajah pucat makhluk tadi menunduk sugul. Suara tangisan pilu merintih sayu masih jelas di cuping telinga aku. Terduduk kaku aku semula di perdu pokok. Ingin saja aku pejamkan mata tetapi seperti kelopak mata aku ditarik-tarik untuk terus terbuka dan memandang tepat ke wajah pemilik suara'Ju On'. Air mata darah yang meleleh dari tubir mata makhluk itu semakin deras mengalir. Pulak!! Makhluk seolah merintih sayu pada aku. Entah apa yang dirintih, tidak jelas pada butir bicaranya. Hanya sendu dan tangis kedengaran di cuping telinga aku. Aku menelan liur berkali-kali. Baru kini aku terasa badan aku menggigil dan menggeletar. Banyak kali aku menampar pipi dan mencubit sekuat hati. Apakah aku hanya bermimpi???
Tidak! Pipi aku terasa sakit bila dicubit. Pedih bila ditampar. Jadi, kenapa aku boleh tersadai dalam hutan gelap macam ni???
"Ke..kenapa kau nak aku tahu siapa kau?" Entah kenapa pula aku berani bertanya pada makhluk yang sudah berubah wajah dan masih berdiri tegak depan aku. Lelehan darah dari matanya semakin lebat. Aku cuba pejam mata tapi semakin aku pejam, semakin aku nampak wajah pucat tetapi ayu itu semakin menempek kuat pada bebola mata aku.
"Aku akan datang lagi dalam mimpimu..."
Aku masih pejam. Terasa angin menerpa lembut ke tubuh aku dan lenyap. Perlahan aku buka amata. Terpinga-pinga. Tercengang. Wanita itu sudah lesap bagai ditelan angin malam sebaik saja selesai berkata-kata. Aku pula yang masih bingung dengan semua itu, mula menggaru kepala yang tidak gatal. Perlahan jantung aku kembali berdegup ke paras normal. Fuh! Lega. Aku mengurut dada berkali-kali.
Hutan yang agak gelap itu aku redah melalui lorong kecil yang aku nampak tadi. Kenapa aku nak terus berada di situ? Kalau wanita itu muncul semula macam mana? Rupa cantik oklah sikit, kalau datang dengan gigi taring menyeringai??Oh..sungguh tak sanggup! Semakin laju aku meredah hutan seorang diri.
"Kampung??" Aku tercengang. Lima belas minit aku meredah belukar kecil dalam hutan gelap itu, rupanya ada sebuah kampung di hujung lorong kecil tadi.
Belum sempat aku menyambung langkah, terasa bahuku disentuh sesuatu. Aku sudah mula cuak. Setahu aku, hanya aku seorang saja yang sesat barat dalam hutan yang entah dari dimensi mana! Jumpa makhluk pucat dengan air mata darah bagai! Ah! Apa pula yang nak kacau aku kali ini??
Aku masih berdiri kaku. Rasanya sudah banyak kali aku membaca ayat-ayat Allah. Memang aku sedar, lintang pukang apa yang aku baca tapi aku teruskan juga. Sekali lagi aku rasa bahuku disentuh. Kali ini terasa seperti ditekan-tekan kuat. Aku masih buat tak tahu. Pada fikiran aku, mana ada orang lain dalam hutan ini selain aku?? Perlahan aku mengangkat kaki untuk menyambung kembali langkah yang terhenti tadi tetapi kali ini aku tersentak.
Bukk!!!
Tiba-tiba terasa satu benda padu singgah di bahu aku. Bahu aku ditumbuk kuat!!
"Kau jangan nak kacau aku!!!"
SHAM!! SHAM!! SHAM!!!
Sayup aku dengar nama aku dipanggil...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tengok cover pun dah serammm!
|
|
|
|
|
|
|
|
bru teringtipo..x watnovelke.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow! @Ipo ada novel baru... permulaan yg menarik... seram sejuk rasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng pinang patah ada tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
cover jer seram..cerita belum tentu..
|
|
|
|
|
|
|
|
hai labuni
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehhee....dengan imuniti yang aku dapat dari Dato Vida...
dengan kuasa pamoga, aku menyeru SYAKILLA dari bumi AMARIYA...FANTA..!!!
Muahhh!!!...
hahahhahah!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ala Es...ipo ada je ni..duk round BOD lain..
saja nak tepek citer seram yang entah ...seram ke idok??
|
|
|
|
|
|
|
|
ha'a Zam..saja nak try citer seram...
tak tahu la seram ke idok...
sementara tak sibuk ni..
projek sibuk belum mula lagi...
so, boleh lepak CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
tak dak....diorang dah sibuk dgn bini masing2
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok ler tu @Ipo ... Dh rindu nak baca hasil karya @Ipo... Teruskan berkarya...
|
|
|
|
|
|
|
|
lady ni jenih lemoh semangat lol. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 15-12-2015 03:58 PM
BAB 1
GELAS kopi panas aku capai dari atas meja. Kopi panas yang masih berasap itu aku sisip perlahan sambil mata dilabuhkan pada sekumpulan kanak-kanak yang begitu asyik bermain air hujan. Dari arah tingkap kaca itu, aku memerhati kanak-kanak riang bermain bersama. Kopi panas aku hirup lagi. Melihat budak-budak it bermain, aku sengih sendiri. Teringat perangai aku sendiri ketika sebaya mereka. Lagi nakal dari itu. Aku berguling dalam lumpur dalam keadaan bogel. Sekali pandang, macam toyol pun ada. Cuma yang ini toyol versi gedempul.
Aku gelak lagi. Tersengih-sengih sendiri macam orang sewel. Kopi panas sudah separuh aku teguk. Dalam keadaan hujan macam ini, lagi terangkat kalau ada ubi kayu rebus cicah dengan kelapa. Fuh! Aku tak boleh bayangkan saat itu. Meleleh air liur wei!
Aku ketatkan baju sejuk di tubuh aku. Sudah seminggu aku di kampung menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki 10 hari. Hari-hari hujan menyimbah bumi. Sudah penghujung tahun, begitulah lumrah alam di bumi Tropika ini. Aku melayan lagi perasaan sambil menikmati alunan muzik sentimental dari corong radio bergema seluruh genap bilik kecil aku. Kali ini perasaan aku bagai terbuai-buai. Itulah irama lagu yang pernah aku dengar dalam mimpi aku..aku sendiri pelik. Entah kenapa lagu itu boleh masuk dalam mimpi aku??
"Ya Allah..." Aku meraup muka.
Sudah tiga malam berturut-turut aku bermimpi gadis cantik dari muka hodoh berkeping danpecah-pecah perlahan bertukar menjadi cantik. Siapakah dia? Kenapa dia nak aku tahu siapa dia? Kenapa dia selalu muncul dalam mimpi aku??
"Sham..."
Aku menoleh. Wajah mak yang tersenyum manis itu aku tatap seketika. Senyuman mak aku balas.
"Macam mana? Dah okay?"
Aku mengangguk. Aku tahu, malam tadi aku bermimpi lagi dan maklah yang selalu mengejutkan aku. Bukan sekadar kejut dengan goncang tubuh saja, bahu aku ditumbuk kuat. Itu yang aku suruh mak lakukan setiap kali kalau mak sedar aku sedang meracau dalam tidur. Aku sendiri tidak sedar dan tahu, kalau mak yang tidak beritahu aku semua itu.
"Mak selalu dengar Sham sebut 'jangan kacau aku' dalam tidur. Lepas tu, tanya pula 'siapa kau'. Sham mimpi apa?"
"Entahlah mak. Dah tiga malam Sham mimpi benda sama. Pelik.." Aku sendiri tak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
"Hmm..tulah. Kan mak dah pesan, sebelum tidur, baca doa, kalau boleh solat taubat. Ni tidak, terus membongkang atas katil, dengan tak mandi. Sebab tulah mimpi bukan-bukan. Ha, masa nilah jin setan suka kacau."
Aku hanya sengih. Aku tahu, bebelan mak bukan saja-saja. Mesti ada sesi ceramah bak ustazah. Mungkin ada benarnya apa yang mak kata tadi. Aku yang culas dalam hal-hal macam itu. Tambah lagi, aku bukanlah alim bagai. Kadang-kadang terbabas juga soal ibadah. Tambah sekarang ini, aku selalu bermimpi aneh.
"Tu, tengok budak-budak main hujan tu! Senja-senja macam nilah setan banyak. Sham dulu pun, macam tu jugak! Alih-alih kena sorok dengan hantu. Jenuh mak cari. Sampai kerah orang kampung cari kamu!"
Aku ketawa geli hati. Baru tadi aku teringat yang aku berjimba mandi lumpur dalam hujan macam ini. Bila dengar mak sebut pasal kena sorok hantu, aku tak pernah cerita pada mak yang aku sebenarnya sudah tersesat jauh dalam belukar. Aku nampak atuk aku sedang menuju ke satu tempat, lalu aku ikut. Sampailah aku tersedar yang aku sebenarnya sudah jauh ke dalam belukar tebal itu dan aku tersedar lagi yang atuk aku sudah lama meninggal. Kenapa aku begitu senang percaya itu adalah atuk aku?
"Yalah mak..Sham tahu. Sham nakal..dulu kini dan belum tentu akan datang.."
"Nakal macam tu mak tak kisah, jangan nakal nak rosakkan diri sendiri dengan dadah atau rosakkan anak dara orang sudah! Kejap lagi nak masuk maghrib. Nanti jadi imam."
Senyuman aku mati tiba-tiba. Gulp! Aku tahu maksud kata mak tadi. Sekali sekala balik kampung, terpaksalah aku merajinkan diri jadi pak lebai. Aku hanya melihat mak keluar dari bilik aku dan menuju ke bilik air sebelah dapur. Mungkin ingin mengambil wudhuk, bersedia untuk solat jemaah maghrib nanti. Dengan malas, aku bingkas dari kerusi yang sudah sejam punggung aku melekat di situ. Tuala dari palang besi di tepi meja aku capai laju. Bilik air aku tuju.
Usai mandi dan solat, macam biasa aku akan keluar melepak bersama kawan sekampung. Bukan senang nak jumpa Lan, Sopi dan Ajoi. Kebetulan mereka pun bercuti. Mungkin aku boleh berkongsi mimpi aneh aku dengan mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ngeeekkkk!! |
|
|
|
|
|
|
|
DARI jauh aku sudah nampak tiga sekawan sedang rancak bersembang di kedai kopi Mek Nab. Makin laju langkah aku ke tempat mereka. Memang tidak susah mana pun nak cari 'port' mereka. Sejak dari usia belasan tahun lagi, kami semua suka melepak di kedai kopi Mek Nab. Lepak kami bersebab. Mek Nab mempunyai seorang anak dara yang cantik.
"Guys!" Aku melambai tangan sebaik menghampiri kedai kopi.
"Wei! Sham! Kau cuti jugak ke?" Ajoi pula bertanya.
Aku sengih. Punggung aku dilabuhkan sebelah Lan. Berkepul-kepul asap rokok dihembus, rakus betul Lan menyedut dan menghembus. Aku tahu, dalam ramai-ramai kawan yang aku ada, Lan yang paling nakal ketika di sekolah dulu. Aku rasa akulah yang paling nakal dulu tapi mamat ini lebih lagi. Disiplin apa yang Lan tidak langgar masa di sekolah. Merokok? Sudah berpuluh kali ditangkap cikgu kerana merokok dalam tandas. Ponteng sekolah? Sebulan tidak hadir kelas, pecah rekod! Tapi aku bangga kerana sekarang ini Lan berjaya menjadi seorang usahawan yang sedang meningkat naik dalam bidang insuran. Sudah pun memiliki dua kereta mewah dan sebuah rumah teres. Tabik spring!
"Apasal sengih-sengih ni? Duduk je,dah sengih. Apa kau mimpi Saleha ke malam tadi?" Lan senyum penuh makna.
"Saleha? Aku memang ada mimpi..tapi bukan Saleha..." Jawab aku, bagai tak perlu mulakan mukadimah panjang-panjang lagi. Pertanyaan Lan sudah membuka cerita yang bakal aku kongsi nanti.
"Kau ni Sham..sudahlah. Saleha dah bertunang tahu tak?" Ajoi pula menyampuk.
"Ha'ah..betul tu. Weh, kalau bukan Saleha, siapa? Lagi cantik dari Saleha ke?" Sopi yang sudah dua gelas menogok Neslo ais mula mencelah.
Aku gelakkan saja. Sebelum apa-apa cerita keluar dari mulut aku, aku pesan dulu minuman dan mee hailam dari Mek Nab. Nampaknya malam ini tak ada pula Melah membantu maknya di kedai kopi.
"Kau berapa lama cuti?" Aku tanya pada Sopi. Aku tahu Sopi kerja di sebuah makmal swasta dan sudah tentu tidak banyak cuti dalam setahun. Tidak macam Ajoi yang menjadi guru sekolah. Hujung tahun memang melekat di kampung. Lan pula bekerja sendiri, bila-bila masa boleh balik kampung.
"Lusa aku dah kena kerja.." Sopi berkata malas.
"Ala..relaks la bro. Kau tu dikira bertuah tau sebab dapat kerja dari berjuta graduan yang menganggur kat luar sana." Aku beri dorongan pada Sopi. Aku tahu, Sopi sejak dulu memohon kerja di jabatan kerajaan tetapi tidak pernah berhasil. Alih-alih, aku pula yang dapat.
"Ni, lama tak jumpa ni..kau masih macam dulu ke?" Lan yang sudah tenyeh puntung rokok di bekas habuk mula menukar topik.
"Maksud kau?" Aku teguk kopi panas yang baru sampai di meja.
"Pasal mata tembus kau tu la." Sopi pula menyambung kata.
Aku diam seketika. Kopi panas yang masih berasap itu aku sisip perlahan. Pernah lidah aku melepuh sebab tidak sabar. Agak-agak kopi panas sudah masuk perut, aku betulkan posisi tubuh aku di kerusi. Aku pandang sekitar kedai kopi. Ada beberapa orang tua yang sedang rancak bermain dam. Pemandangan biasa sejak berzaman. Aku senyum sinis.
"Cakap pasal tu..aku nak kongsi mimpi aku pada korang." Aku mulakan bicara.
Lan, Ajoi dan Sopi seperti biasa, akan memasang telinga setiap kali aku buka cerita mistik aku. Sejak di bangku sekolah lagi, merekalah yang menjadi pendengar setia dan percaya pada semua kisah mistik yang aku alami. Hatta, mak ayah aku pun , aku tak pernah cerita semua itu. Walaupun aku perasan, mak seperti dapat membaca sikap aku. Aku buat-buat tak tahu saja dengan kata-kata bergurau bila mak bertanyakan hal itu.
"Aku dah tiga malam bermimpi benda yang sama..menakutkan.." Aku mulakan isi cerita yang aku memang ingin kongsi dengan mereka. Muka sorang-sorang masing-masing berkerut mendengar cerita pelik dari aku.
"Weh...orang kata kalau kita mimpi benda yang sama, maknanya ada alamat tu.." Laju saja Ajoi mencelah.
"Alamat? Alamat apa? No 5 persiaran satu ke?" Sopi mengekek ketawa.
"Ni bukan lawak lah!!" Lan luku kepala Sopi.
Aku menggeleng sambil tersenyum. Aku tahu, antara kami berempat, Sopi paling penakut dan cara dia nak 'cover' rasa takut adalah dengan berlawak. Aku dah banyak kali menegur Sopi. Lawak bukan sebarang lawak bila melibatkan syaitan yang suka mengacau. Silap haribulan, boleh dirasuk!
"Dalam mimpi tu, perempuan tu selalu ulang ayat yang sama. 'Aku hanya ingin kau tahu siapa aku..'" Aku meneruskan cerita mimpi aku.
"Pelik...habis, kau tak tanya siapa dia?"
Aku pandang Lan yang mengambil sebatang lagi rokok dari kotak rokok. Diketuk-ketuk di meja sebelum dinyalakan dan dihisap. Berkepul sekali lagi asap. Aku rasa hendak saja menyuruh Lan berhenti merokok. Entah sudah berubah warna paru-paru Lan sekarang ini. Apa lagi sekarang ini, selera sudah bertukar kepada vape. Lagi berkepul asap, masing-masing ingin menunjuk siapa lagi pandai.
"Aku ada tanya..tapi dia tak jawab. Emm..korang rasa..apa yang sebenarnya perempuan tu nak aku tahu pasal dia?" Aku sudah buntu sebenarnya. Aku tahu soalan aku itu nampak bodoh.
"Aku rasa mesti ada klu...mungkin sekitaran ke, tadi kau cakap ada rumah usang warna putih dan kau berlari keluar, lepas tu masuk hutan. Aku rasa mungkin ada sesuatu.." Ajoi mula membuat tafsiran.
"Korang ni..percaya sangat mimpi! Orang kata mimpi ni mainan tidur je la. Kau tu Sham, kau mimpi buruk macam tu sebab kau tu bukannya alim sangat. Hal solat pun lompang. Lebih kurang je dengan aku..." Sengih Sopi menempelak Sham.
Aku senyum kelat sajalah. Telan semua kata-kata Sopi tadi. Memang betul pun. Aku bukan 'imam muda'. Aku teguk lagi kopi panas yang sudah mula suam. Mee hailam yang aku pesan baru sampai ke meja. Aku terus saja makan. Isi perut dulu. Tadi mak aku suruh makan di rumah, aku menolak. Kononnya nak merasa mee hailam anak dara Mek Nab. Hampeh.........
"Macam nilah...kalau aku mimpi lagi, aku cuba tanya perempuan tu." Aku mula bersuara semula setelah habis mee hailam aku bedal.
Aku kemudian meneguk kopi suam sampai habis. Sempat aku melihat jarum jam. Sudah lewat malam. Aku perlu pulang cepat sebelum jam 12 malam. Kalau tak, aku terpaksa menadah telinga mendengar bebelan mak macam keretapi.
"Aku kena balik dah ni. Mak aku bising nanti." Aku lambai pada Mek Nab untuk membayar makanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
hai ipo....
sambunglah lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
wah best!...sambung lagi ipo
terima kasih tempek cerita seram ni naa....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|