CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 90817|Reply: 38

[kompilasi] NASI

 Close [Copy link]
Post time 10-3-2004 06:40 AM | Show all posts |Read mode
Nasi Beriani Ayam[rodriguez]

Bahan tumis:
2 biji bawang besar,dipotong dadu
4 ulas bawang putih,dipotong dadu
8 biji cili hijau,dikisar halus
2cm halia
3 camca besar serbuk ketumbar
2 camca besar serbuk jintan kasar
2 camca besar serbuk jintan halus

Bahan lain:

sedikit minyak sapi utk menumis
Sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang,
utk menumis sedikit garam

1/2 cawan minyak sapi
8 keping ayam,diambil daripada pelbagai bahagian,dicuci bersih
6 biji tomato, dikisar
segenggam daun pudina
1/4 cawan serbuk badam
6 cawan beras basmathi,dicuci bersih
1 tin susu isian penuh krim
1 camca the koma2
1/2 cawan air mawar

Cara2nya:

1.Panaskan minyak sapi dan layukan bawang bersama semua bahan tumis.
2.Masukkan ayam,tomato kisar,daun pudina,serbuk badam dan air
secukupnya.Masak sampai empuk, dan keluarkan ayam
3.Sementara itu sukat kuah ayam sama sukatan beras di
dalam bekas.Campur bersama susu isian,koma2 dan air mawar.
4.Panaskan minyak sapi lagi dan tumis bahan menumis.Kemudian masukkan
beras dan sedikit garam.Kacau lima minit dan masukkan baki kuah ayam
tadi.
5.Tanak nasi sehingga masak.Bubuh semula ayam ke dalam nasi.Gaul rata dan
angkat.

BERYANI MAMAK[cranko21]

4 cwn beras basmati (di rendam selama 3 jam dan di bersihkan)
? cwn rempah beryani
4 sdm minyak sapi
3 sdm minyak masak
1 ekor ayam  (appx 1.5 kg) - di belah 6
1 tin susu cair
saffron (pewarna kuning)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2004 08:43 PM | Show all posts
Nasi Beriani Jagung [hanieliza]

6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw jagung parut/jagung frozen
1 caw susu cair
8 caw air
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih  ] mayang halus
2 cm halia                ]
2 s/b rempah beriani
2 biji buah tomato.....potong dadu
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis       ]
2 kuntum bungka lawang ]
5 biji bunga cengkih         ]  bahan tumis
3 biji buah pelaga            ]
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Cara...
1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang  & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato   dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Kari Daging dan Acar Timun.

[ Last edited by NoorMasri at 23-8-2005 11:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 08:45 PM | Show all posts
NASI BERYANI GAM JOHOR [cutie-Riez]

BAHAN2
1.500 gm Beras Basmathi
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 08:47 PM | Show all posts
Nasi Beriani Goreng Bergedil Daging Aroma Buruh [Acong]

Bahan:
6 cawan nasi
5 ulas bawang putih, dicincang halus
100 g udang kering, ditumbuk
2 camca sedang rempah beriani
100 g kismis
1 camca sedang pati ikan bilis
100 g gajus
1 biji bawang besar, dipotong bulat
1 camca sedang sos tiram
5 camca sedang Minyak Cap Buruh
2 camca sedang marjerin Daisy

Bahan bergedil:
150 g daging cincang
2 biji ubi kentang, direbus
1 biji bawang besar, dipotong kecil
2 camca sedang mentega kacang Daisy
1 biji telur ayam
Sedikit lada & serbuk perasa
Garam
1 camca sedang sos tiram
1 mangkuk Minyak Cap Buruh

Cara membuat bergedil:
1. Lecekkan ubi kentang sehingga halus dan rata. Gaulkan bersama daging.
2. Masukkan mentega kacang Daisy, lada, garam, sos tiram dan serbuk perasa. Kemudian bulatkan.
3. Sediakan kuali. Masukkan Minyak Cap Buruh.
4. Apabila minyak sudah panas, masukkan bebola daging tadi. Masak sehingga garing dan naik bau aroma Minyak Cap Buruh.
5. Angkat dan letak di atas pinggan.

Cara membuat nasi:
1. Panaskan Minyak Cap Buruh dan marjerin Daisy ke dalam kuali dan apabila sudah panas, masukkan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan bawang besar, rempah beriani, sos tiram dan udang kering.
3. Masak sehingga naik bau aroma Minyak Cap Buruh.
4. Kemudian masukkan nasi, gaul hingga sebati dan masukkan gajus, kismis dan separuh daripada bergedil daging tadi.
5. Sediakan acuan berbentuk daun.
6. Angkat nasi dari kuali dan masukkan ke dalam acuan berbentuk daun. Tekan sehingga padat.
7. Sediakan pinggan dan keluarkan nasi daripada acuan tadi. Hias mengikut cita rasa sendiri dan letak bergedil yang separuh tadi.




Nasi Beriani Kismis [dak_angelz]

Bahan2:
1 mangkuk kismis kuning
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 08:53 PM | Show all posts
Nasi Daging Cincang [PiNk_RiBbON]

Nasi putih
Daging - cincang
cili padi 8 tangkai - hiris kecik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 08:55 PM | Show all posts
NASI DAGING [hanieliza]

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 2 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
garam & gula secukup rasa

2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ]mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

2 inci kulit kayu manis ]
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan tumis
3 kuntum buag pelaga ]

3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan

Cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.


NASI DALCA [pissang]

Dalca
------

BAHAN

1/2 ekor ayam
1 bungkus serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sm halia
Sedikit rempah menumis ( cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga pekat)
2 tangkai daun kari
2 sudu air asam jawa
Secawan kacang dal
1 batang karot (lobak merah)
2 biji terung
5 batang kacang bendi
Beberapa batang kacang panjang
2 @ 3 biji tomato
2 @ 3 biji ubi kentang
2 labu bawang besar
4 cawan santan
Minyak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA

1. Ayam dipotong kecil-kecil dan dibersihkan.  
2. Sayur sayuran juga dipotong dan dibersihkan
3. Kacang dal direbus hingga empuk dan ditoskan.  
4. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat.  
5. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rempah menumis bersama bawang yang telah ditumbuk tadi.  6. Apabila sudah kelihatan kekuningan masukkan serbuk rempah kari daging yang dicampur dengan sedikit air, kacau sehingga sebati dan biarkan ia garing.   
7. Masukkan air asam jawa, daun kari dan dikacau rata kemudian masukkan ayam serta ubi kentang.  
8. Masukkan santan, garam, serbuk perasa secukupnya dan kacau sekali sekala
9. Apabila sudah mendidih, masukkan terung, kacang panjang dan karot.   
10.Bila sudah hampir masak, masukkan kacang bendi, tomato, bawang besar dan kacang dal yang telah direbus tadi.
11.Kecilkan api dan biarkan ia mendidih seketika supaya kelihatan "pecah minyak
12.Kemudian diangkat dan dihidangkan bersama nasi

....opsss jgn lupa masak nasi terlebih dahulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2004 09:23 PM | Show all posts
Nasi Pilaf [hanieliza]

Bahan:
1 kg beras bathmati..basuh dan toskan
1 liter air
1/2 tin susu cair
1 labu bawang besarr..potong dadu
3 ulas bawang putih..]
1 inci halia.               ]  tumbuk
6 sudu beasr minyak sapi
1 tin kacang peas
3 biji cili hijau....belah 2
1 sudu kecil kunyit
6 kumtum bunga cengkih  ]
1 inci kayu kulit kayu manis ] bahan tumis
2 kuntum bunga lawang    ]
1 cawan tairu
1 pokok daun sup..racik kasar
1 cawan kacang gajus
sedikit kismis
garam

Cara:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker dan tumskan bawang besar, bawang putih, halia dan bahan tumis sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang gajus dan masakkan nasi dalam rice cooker saperti biasa.
3..Bila nasi dah kering/masak...kacau/gemburkan.
4. Bila hidang..taburkan kacang gajus dan bawang goreng.
5. sedap dimakan dgn ayam masak merah atau rendang ayam/daging..



Spiced Rice [khtan]

500g (1lb) long grain rice
1 tablespoon vegetable oil
1 large onion, sliced finely
1 clove garlic, crushed
1 teaspoon coriander
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 09:27 PM | Show all posts
Wild Rice Stem in Rice Wine [Remy_3D]

Materials:
400g wild rice stem
rice wine
sugar

Preparations
1. Slice the wild rice stem into pieces and crush with the blade of a cleaver, scald, soak in cold water.
2. Bring the chicken soup with seasonings to the boil, drop in the wild rice stem pieces, simmer till well done, pour in rice wine, bring to the boil and thicken with cornstarch.

ps: untuk mengantikan rice wine, aku guna air tapai



Perencah Nasi Goreng Korang [rodriguez]

Korang pakai tak perencah nasi goreng atau buat sendiri.

cam aku dulu...tak pernah pun pakai perencah nasi goreng ni.tumis skek belacan,,serbuk Ikan@udang ke tak pun ikan bilis...bleh jadi perencah yang baik...tapi tak dijamin sedap.hehe

tapi kalo time malas ke..beli perencah nasi goreng adabi..

[ Last edited by NoorMasri at 24-8-2005 12:05 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2005 06:01 AM | Show all posts
NASI ULAM ALA KODIANG KEDAH [bebeh]

Bahan-bahanya:-

-  Nasi mengikut keperluan keluarga
-  seekor atau dua ikan gelama kering
-  pucuk gajus
-  pucuk putat
-  daun sekentut
-  pucuk ulam raja
-  pucuk pegaga
-  daun kunyit muda
-  halia
-  lengkuas
-  serai
-  bawang merah
-  lada hitam ditumbuk
-  kerisik
-  garam secukup rasa


Cara Menyediakannya:-

1.  Masak nasi spt biasa dan sejukannya

2.  Potong halus (pucuk gajus+pucuk putat+daun sekentut + pucuk ulam
     raja + pucuk pegaga + daun kunyit muda + halia + lengkuas serai +
     bawang merah)

3.  Ikan gelama diasingkan isi dan tulang

4.  Gaul Nasi bersama isi ikan + lada hitam + kerisek + garam dan bahan yang
     dirancik halus tadi.

5.  Nasi Ulam ni biasa dimakan dengan Sayur Keladi atau Asam Pedas Keladi

Nasi Ulam [kedah mari][ninoz]

600g cold cooked rice
20g dried prawn
20g dried fish
40g shallots
10 kaduk leaves
10 pegaga leaves
10 ulam raja leaves
10 selom leaves
5 cashewnut leaves
[or any kind ulam of your choice..lagi byk variety lagi bagus]
2 lemon grass - sliced thinly
2 tbsp roasted coconut finely pounded[kerisk]
1/2 tsp black pepper
salt n sugar to taste

Method

1. clean all leaves and slice veri veri finely..
2. roast dried fish n pound finely with dried prawns..
3. slice shallots thinly
4. put rice in a large plate or bowl. add kerisik, dried fish n prawns, ulam2an,lemon grass n shallots.
5. mix throughly  n add pepper n salt

NOTA:
sediakan sambal belacan n asam pedas keladi bersama sama dgn nasik ulam nih..
nak sedap..bolehlebihkan bumbunya n ulam ulamannya

Nasik Ulam [liMobA|y]

bahan-bahan:

nasi putih (siap dimasak)
ulam-ulam (ikut korang laa berapa jenis nak taruh.. racik halus2)
ikan tenggiri masin (digoreng)
kerisik
garam sikit

Cara2:

1. gaulkan ulam yg dah diracik halus tu kat nasi..
2. bubuh kerisik skit.. then garam skit..
3. pastu last skali tabur ikan tenggiri masin..
4. dah siap! senang kan..


Nasi Ulam [Baiduri Othman]

600g cooked rice
75g shredded and grilled salted fish (meat only)
75g dried prawns
1 cup toasted and pounded grated coconut

Finely sliced:
1 stalk lemon grass
2 turmeric (kunyit) leaves
10 young kaduk leaves
6 kaffir lime leaves (daun limau purut)
2 stalks polygonum (daun kesom)
3 cekur leaves
2 stalks basil (selasih)
5 mint leaves (daun pudina)
1 wild ginger flower (bunga kantan)
5 shallots

Seasoning:
1/2 tsp salt or to taste
1 tsp pepper
1/2 tsp ground black pepper powder
1 tbsp sugar or to taste
1 cube ikan bilis stock granules
2-3 tbsp water

Method
1. Steam overnight cooked rice until soft.
2. Put rice in a large basin.
3. Heat 2 tbsp oil in a wok; saute dried prawns until fragrant.
4. Add in all the seasoning ingredients and mix well.
5. Dish out and mix with the rice.
6. Combine the rest of the sliced vegetables or ulam-ulam.
7. Toss well and serve.

[ Last edited by NoorMasri at 23-8-2005 10:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 06:07 AM | Show all posts


NASI PUTIH DAN LAUK PAPRIK [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 5 pinggan nasi putih panas2  

Bahan-bahan untuk paprik:-

- 1/2 kg isi ayam/daging - di potong kecil kecil
- sedikit udang hidup
- sedikit sotong hidup
- kobis bunga - di potong kecil kecil
- 10 biji cili padi/api (di ketuk)  
- 3 ulas bawang merah (hiris halus2)  
- 2 ulas bawang putih (juga hiris)  
- 2 batang serai yg di ketuk
- 5 sudu cili sos Aminah Hasan  
- 2 sudu tomato sos Aminah Hasan  
- 1 sudu sos tiram ADABI  
- 2 sudu kicap pekat
- 3 batang kacang panjang (potong pendek2)  
- 2 sudu bawang goreng (beli lagi senang)  
- Garam dan ajinomoto secukup rasa  

Cara membuatnya:-  

1.  Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih bila kuning, masukkan cili
     api dan segala sos tadi, serai & isi ayam atau daging gaul sebati dan
     masukkan sedikit air (agak2 la).  

2.  Bila melegak masukkan kacang panjang. Rasakan garamnya dan ajinomoto
     sampai naik bau.  Bolehlah di padamkan api.


NASI PLANTA [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 4 sudu besar marjerin PLANTA
- 400 gm beras
- 100 gm kismis
- 100 gm badam hiris - [digoreng]
- 750 ml air
- 1 sudu besar bawang besar - dicincang
- 1 sudu kecil bawang putih - dikisar
- 1 sudu kecil halia - dikisar
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang

Cara Membuatnya:

1.  Panaskan marjerin PLANTA. Tumis bawang besar, bawang putih dan
     halia.  Setelah naik baunya, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan
     bunga lawang.

2.  Tumis hingga naik baunya. Masukkan beras dan air. Tutup periuk dan
     biarkan sehingga nasi masak. Hias nasi dengan kismis, bawang goreng dan
     badam goreng.

[ Last edited by NoorMasri at 24-8-2005 12:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 08:32 PM | Show all posts


Hidangan utk 4-5 orang

NASI MINYAK WARNA WARNI aka NASI MINYAK HUJAN PANAS

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air } jika beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau bergantung kpd jenis beras yg digunakan
1/2  cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi    }
2 sudu besar majerin } untuk menumis
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan   } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah

Bahan tumis:

3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia              }
3 ulas bawang merah  } dimayang
1 ulas bawang putih   }

Bahan hiasan:

Sedikit bawang goreng
Sedikit gajus goreng

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Kemudian masukkan air,susu,tomato puree serta garam.
Bila nasi hampir kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng serta gajus goreng


Gulai Daging Nasi Minyak Trg [NoorMasri


Sukatan ni akak agak2 je boleh ubahsuai ikut citarasa tapi secara amnya cam tu lah resepinya...

1 kg daging lembu
2 sudu besar sos tomato } kalau kurang masam boleh tambah sesudu lagi
1/2 cawan susu cair -kalau buh byk sgt nanti muak kuah tu tak cedap
1 mangkuk kecil bawang goreng } lebih pun tak pe - diramas hingga hancur lebih sedap guna bawang goreng sendiri drp ready made
2 biji kentang } potong 2 atau 4 mengikut saiz kentang
kerisik dah lupa lah kena bubuh ke idak
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah gulai nasi minyak } campurkan dgn sedikit air panas jadikan pes
minyak utk menumis

Bahan kisar:

6-8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan tumis:

2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuat:

Campurkan bahan kisar bersama sos tomato, cili kisar, bawang goreng yg telah diramas dan pes rempah gulai.
Panaskan minyak, masukkan bahan tumis..apabila naik bau masukkan bahan2 rempah yg telah dicampur tadi
Kacau sehingga pecah minyak, masukkan daging dan air secukupya.
Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang.
Bila kentang hampir empuk masukkan susu cair dan garam secukup rasa
Reneh seketika boleh lah diangkat



NASI MINYAK WARNA WARNI [hanieliza]


Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
5 cawan air
1/2  cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi   
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia                  ]
3 ulas bawang merah   ] tumbuk
1 ulas bawang putih    ]  

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]


Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam,  buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi  hingga masak dan kering.  Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.



NASI MINYAK [bebeh]


Bahan-bahannya:-

- 1kg beras basmathi
- 100 gm minyak sapi
- 100 gm bawang merah dihiris
- 2 cm halia, ditumbuk
- 2 ulas bawang putih ditumbuk
- kulit kayu manis
- bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga
- 1 batang serai dititik
- 3 liter air
- garam
- 2 helai daun pandan
- 1 tin susu cair
- Bahan hiasan Kismis Hirisan Badam Gajus Bawang goreng  

Cara Menyediakannya:-

1.  Basuh beras dan toskan

2.  Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia, bunga cengkih, bunga
     lawang dan buah pelaga. Masukkan air, susu cair, garam dan daun
     pandan.

3.  Masukkan beras dan biarkan ia mendidih. Kemudian kecilkan api dan     
     biarkan sehingga masak.

NASI MINYAK [hanieliza] 3 in 1

Bahan:
1 kg beras bathmati
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ]-dihiris
3 cm halia ]
2 helai daun pandan..koyak & simpulkan
3 tangkai daun kari
5 gm kulit kayu manis
3 gm bunga lawang
3 gm cengkih
3 gm pelaga
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato..cincang kecil
1 liter air
2 s/b minyak sapi
bawang goreng
kismis
bawang-dihiris halus

Cara Membuat
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan susu, daun kari, daun pandan dan air secukupnya.
4. Masukkan beras & tomato dan biarkan sehingga kering dan masak.
5. Untuk menghidang, hiaskan dengan bawang goreng, kismis dan daun bawang.

DALCA

Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa

Cara:
1. Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan bersihkan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan

AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.


BERIANI SAYUR [hanieliza]

Bahan-Bahannya:
4 cawan beras basmati [basuh dan toskan]
1/2 cawan susu cair
1 tongkol jagung [ambil isi saja]
4 cawan air
1 batang lobak merah [diparut]
1/2 cawan kacang peas
1 cawan lada benggala merah dan kuning [dipotong dadu]
1/2 cawan kismis

Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar [mayang halus]
3 ulas bawang putih[cincangkan]
2 cm halia [mayang halus]
1 s/b rempah kurma [bacuhkan sikit ngan air]
1 helai daun pandan
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi

untuk hiasan
Hirisan telur dadar
bawang goreng
daun bawang [mayangkan]
  
Cara membuatnya
1. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk rice cooker.
2. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air, garam dan susu cair.
4. Bila mendidih, masukkan beras dan semua bahan sayuran.
5. Alihkan peiruk kedalam periuk nasi dan masak saperti biasa.
6. Bila dah nampak kering gemburkan sekali dan tekan suiz semula. Biarkan kering lagi.
7. Hidangankan dalam pinggan hidang besar yg leper dan taburkan bahan hiasan.
8. Makan dengan ayam masak merah atau gulai kerutub daging dan juga daun salad.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 18-12-2006 01:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 08:17 PM | Show all posts
PULUT [bebop]

My recipe,

1 kg beras pulut + 2" kunyit hidup di tumbuk (gaul rata dan rendam selama 4 jam)
1 kotak kecil santan ready made
1/2 sk Garam

Sementara menunggu kukusan panas, toskan air beras pulut yg direndam bersama-sama kunyit hidup tadi.  Masukkan dlm loyang dan kukus dalam 20 minit.  Selepas itu buka penutup kukusan, masukkan santan yg dah dicampur garam dan gaul rata pada keseluruhan pulut tadi.  Kemudian kukus lagi sehingga pulut masak.  Sesekali buka penutup dan gaul pulut itu. cara saya kalau nak tahu dah masak, setiap kali gaul pulut tu saya akan rasa pulut tu mentah lagi ke tak. Rasanya dlm masa 30 minit dah masak dah pulut tu.  Sekian, terima kasih.


PULUT KUNING [hanieliza]

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut..

daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]


1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan.
5. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 09:21 PM | Show all posts
NASI BUKHARI [hanieliza]

1 kg beras bathmati
1 liter air
1/2 kg daging..potong dan rebus dgn halia
1 tin kecil tomato puree
1 tin susu cair
6 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk badam halus
3 biji tomato..belah 4
2 labu bawang besar ..potong dadu
6 ulas bawang merah         ]
3 ulas bawang putih          ]
1 inci halia                        ]
1 s/teh jintan manis          ]  tumbuk halus
1 s/teh jintan putih           ]
1 s/teh kas-kas                ]
3 kuntum bunga cengkih  ]
daun pandan..disimpul
daun kari
kismis
garam

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker dan tumiskan bawang besar sampai wangi. Masukkan bahan yg ditumbuk danbiarkan garing sikit.
2. Masukkan daging yg direbus, tomato puree, susu cair, serbuk badam daun pandan, daun kari, tomato, kismins, garam dan beras.
3. Masukkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan biarkan masak saperti biasa.
4. Bila dah kering..kacau nasi cuma satu hala saja...jangan kacau banyak arah...nanti nasi hancur..
5. Bila hidang...taburkan bawang goreng..sedap dimakan ngan dalca campur...



Nasi Bukhari [lobak_oren]

Bahan:
2 camca besar jintan manis
2 camca besar jintan putih
4 camca besar ketumbar
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
4 cm halia
1 biji bawang besar
500 g daging kambing bertulang
5 biji ubi kentang
1 tin kecil minyak sapi
8 kuntum bunga cengkih
6 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji buah tomato
4 tin susu beras
1 tin kecil susu cair
4 tin susu air
Sedikit daun pudina
7 biji badam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling lumat. Setengah daripada bawang merah dihiris halus dan bakinya digiling dengan bawang putih dan halia sehingga lumat.

2. Bawang besar dan tomato dipotong bulat. Bawang merah yang dihiris tadi digoreng sehingga kuning. Daging kambing dibersihkan dan direbus sehingga empuk. Demikian juga dengan kentang.

3. Panaskan minyak sapi dalam periuk kemudian tumiskan bahan rempah yang digiling bersama cengkih, kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato.

4. Setelah itu masukkan ketulan daging kambing dan kentang sambil dikacau sehingga rata.

5. Kemudian masukkan susu cair, air, daun pudina, badam dan garam secukup rasa.

6. Apabila mendidih masukkan beras dan masak nasi sehingga kering.


NASI BUKHARI AYAM [hanieliza]


Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma  + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih     ] tumbuk
3 cm halia                     ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah

[ Last edited by NoorMasri at 2-1-2006 07:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 09:22 PM | Show all posts
NASI KERABU/ULAM [Versi Utara}[hanieliza]

Bahan-Bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
1 keping ikan talang

1 s/b udang kering [gorengkan tanpa minyak]

40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
1 tangkai daun selom
1 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 batang serai
1 sudu besar kerisik [ditumbuk halus]
1 sudu teh serbuk lada


Cara:
1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
2. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering.
3. Mayang bawang merah halus-halus.
4. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan.
5. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang.
6. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.

Tambahan:
Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.
Boleh juga sebagai tambaha  sediakan asam rebus keladi.

[ Last edited by NoorMasri at 25-8-2005 01:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 09:24 PM | Show all posts
NASI KERABU TERENGGANU[Noormasri]



Nasi:

3 cawan beras biasa
4 cawan air
1 batang serai } diketuk
10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru

Cara memasak:

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.

Cara menghidang:

Sendukkan nasi ke dalam pinggan.  
Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.  
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.

Sambal kelapa/ikan:

1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:

Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Sambal Cili Padi  

Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.  
Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 10:21 PM | Show all posts
NASI TOMATO[hanieliza]



Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2s/b majerin /minyak sapi
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan merjerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..

2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.

4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..


NASI TOMATO [bebeh]


Bahan-bahannya:-

- 1 kg beras
- 1 tin susu cair
- 10 ulas bawang merah
- Sepotong halia
- 1 helai daun pandan
- 1/2 senduk minyak kelapa
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan tomato puri
- 3 liter air
- Garam dan ajinomoto secukup rasa


BAHAN-BAHAN(a)

(Ditumis)
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 cm kulit kayu manis
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah


Cara menyediakanya:-

1.   Beras dibasuh dan ditoskan.

2.   Panaskan minyak sapi dan minyak kelapa di dlm periuk,kemudian tumis
      bahan bahan(a) serta halia hingga wangi.

3.   Masukkan air, susu cair, tomato puri, bawang tumbuk, garam
      secukupnya.

4.   Masukkan beras dan biarkan nasi masak. Hiaskan dgn bawang goreng
      semasa menghidang.





NASI TOMATO BERLAUK[NoorMasri]


Bahan-bahan:


3 cawan beras basmathi
3 cawan air - kandungan air bergtg kpd jenis beras samada perlu tambah atau kurang
3/4 cawan susu cair
1 kg ayam
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji buah tomato } dicincang
2 sudu besar tomato puri
1/2 cawan kacang pea (frozen peas)
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun pudina      } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar }  dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan

Bahan tumis:


3 sudu besar minyak sapi atau majerin
6 biji bawang merah   }  dimayang
3 ulas bawang putih    }  dimayang
2 cm halia                  }   dimayang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara membuat:


Ayam dipotong kecil, dibersihkan lumur sedikit garam dan sesudu kicap cair kemudian dipanggang di dalam oven hingga masak.
Panaskan minyak sapi/majerin ke dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan yg telah dimayang, goreng sehingga wangi dan garing kemudian masukkan bahan tumis yg lain
Kacau sebentar kemudian masukkan rempah kari , serbuk lada sulah dan rempah kurma.
Kacau sekejap kemudian masukkan air, susu cair, garam, buah tomato dan tomato puri.
Bila menggelegak, masukkan beras.
Bila nasi hampir masak masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis , kacang peas dan ayam
Tutup periuk rapat-rapat.
Bila nasi masak kacau/gemburkan perlahan-lahan sehingga rata.
Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.
Sedap dimakan bersama dalca, acar buah dll.

[ Last edited by  NoorMasri at 23-4-2006 05:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2005 04:12 PM | Show all posts
Nyonya Fried Rice Recipe [cranko21]

bahan2
4 mangkok nasi
1sm belacan yg telah di sangar
2 biji lada merah
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 04:17 PM | Show all posts
NASI GORENG KAMPUNG [hanieliza]

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi  sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci]
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kacang panjang dan kacau sehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.

Nasi Goreng Kampung [finnie]

penyediaanya...

minyak masak
2-5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih

ramuan A
sedikit belacan
sos tomato
1 camca kecik sos kicap pekat
segenggam ikan bilis ditumbuk halus

ramuan B
ayam dihiris halus2
udang kecik dibuang kulit
kubis
4-5 cili padi dihiris halus

hiasan:
bawang goreng
daun bawang

nasi semalam atau nasik sejuk
telur sebijik dipukul.

caranya:
1. panaskan minyak, goreng bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.  
2. masukkan ramuan A dan goreng sampai wangi.
3. masukkan ramuan B goreng 5 min.
4. masuk nasi dan kacau.
5. buat lubang kat tengah dan pecahkan telur kat situ.
6. bila telur dah nak masak kacau sampai sebati pastuh masuk cili padi.



Nasi Goreng Kampung [ninoZ]

nasi sejuk
belacan - dibakar sampai berderai terlebih dahulu [bior byk sket]


bwg merah/bwg beso - hiris
bwg putih sket - cincang halus
cili merah/cili padi - hiris
kangkung - potong/siang [ganti dgn kubis pun sedap gak]
ikan bilis - goreng garing
lada hitam sket
minyak
garam gula secukup rasa
kicap jika perlu

Cara

1. nasi digaul dgn belacan biar rata..ketepikan
2. panaskan minyak..tumis bwg, garlic n cili merah/padi biar naik bau..
3. masukkan lada hitam pastu masukkan kangkung..kacau seketika
4. masukkan nasi, masukkan kicap sket jika suka
5. last sekali masukkan ikan bilis goreng, perisakan garam gula secukup rasa..

siappp!!...hidangkan bersama telo mata kerbau..dgn sambal belacan n sedikit ulam ulaman

NASI GORENG UDANG [hanieliza]



bahan
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah besar (buang kulitnya dan tinggal bahagian ekor sahaja]
1 cawan sayur campur [mix vege]
1 biji telur (dipukul)
2 ulas bawang putih [ketuk]
1 s/k lada hitam
1 biji laga merah [cincang]
1 pokok daun bawang [ mayang]
Garam secukup rasa
minyak

hiasan
bawang goreng
keropok
telur mata kerbau

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan mix-vege dan kacau ratau.
3. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau.
4. Masukkan nasi serta sedikit garam dan gaulkan rata.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan bersama bahan hiasan.


Nasi goreng ala thai [grugal]

bahan2nya..

bahanA

semangkuk nasi
serai dalam 5batang dihiris nipis2,kena gak nipis
belacan,kalau takmo belacan leh gak bubuh udang kering
bawang putih3 ulas
cili padi5 tangkai atau ikut suka
minyak
garam dan gula..kalau suka nak letak penambah rasa pun boleh

bahanB..utk hiasan sampingan nasi gorengserta penambah rasa

lobak dipotong halus2 memanjang
jeruk mempelam(lobak dan mempelam digaulkan sekali)
lobak masin yg telah digoreng dan dihiris halus
kacang panjang dihiris halus
bawang merah yg dihiris nipis2
goreng telur dadar di gulung dan dihiris nipis2
cili padi dihiris halus2


cara2nya

panas kan minyak dan tumis bahanA tadi yg telah ditumbuk,bawang putih,cili padi,belacan atau udang kering,pastu masukan serai yg telah dihiris tadi bila dah garing sedikit masukkan lah nasi..dan goreng dalam 10minit
pastu kalau suka masukan lah telur...

dah siap..pastu bila nak makan hidang kan dia dengan bahan2B tadi..nanti bila korang makan nasi ni korang akan rasa pedas,masam,manis masinni pun resepi rekaan sindri gak

Nasi goreng Thai (just for one person)[Baiduri Othman]

2 ulas bawang putih
Cili merah
Sedikit fresh shrimp yg dah dibersihkan
Sedikit isi ayam
Setgh chicken cube
Sedikit sos tiram
Garam
Sebiji telur ayam
Semangkuk nasi cukup utk satu org
Sedikit buah nenas dipotong2 cube tapi kecik2
Serunding ayam/daging tabur ikut suka hati

Cara membuatnya:-

1. Tumbuk cili merah & bawang putih & tumis sampai naik bau. Lepas tu masukkan isi ayam bersama chicken stock & sos tiram. Masaklah hingga isi ayam masak.

2. Lepas tu baru masuk nenas, nasi, shrimp & telur ayam & gaul hingga rata. Masuk garam secukup rasa. Bila dah masak simpan atas pinggan. Then tabur serunding ikut berapa bnyk kita suka. Memang sedap dia buat.

Nasi Goreng Thai[Baiduri Othman]

Sumber: Majalah Wanita Mac 2000

Bahan-Bahan:
1 mangkuk nasi
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 04:20 PM | Show all posts
Nasi goreng meoww [CatLady]

bahan-bahan

3 mangkuk nasi putih
4-5 biji cili padi
secolek belacan
1 biji bawang beso ( belah dua dan hiris melintang, biar dia panjang panjang)
1 mangkuk isi ikan goreng yang telah diracik  ( kot ada lebihan ikan malam tadi)
secekak sayur kangkung ( dihiris halus - sayur daun lain pon boleh)
2 tomato (belah 4)
sedikit minyak untuk mengoreng
garam
bahan perasa ( kalau suka)

sampingan:

telur padi ( century egg)


cara-cara:
Tumbuk belacan dan cili padi. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. masukkan isi ikan, gaul rata. Masukkan hirisan bawang besar. gaul hingga wangi dan masukkan garam serta bahan perisa.
selepas tu baru masukkan nasi dan gaul rata. Bila nasi dah serata, masukkan kangkung dah tomato. Biarkan layu sebentar dan angkat.

Hidangkan dengan hirisan telur padi( century egg)


NASI GORENG TOMYAM [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
4 ulas bawang putih     ]
3 ulas bawang merah   ]  tumbuk
100 gm udang kecil
100 gm isi ayam [ hiris nipis]
2 s/b pes tomyam [2 kiub tomyam ]
4 batang kacang panjang [potong kecil]
1 batang carrot [ potong dadu kecil]
2 keping daun kobis [ potong kecil]
1 pokok daun ketumbar [daun yg digunakan untuk tomyam]
3 biji cili merah [potong kecil]
1 s/k sos nampla
2 s/b minyak
Garam

Cara:
1. Panaskan minyak  dan tumiskan bawang merah dan  putih hingga naik bau.
2. Masukkan kib tomyam, isi udang, ayam, cili merah. carrot, kobis dan kacang. Masakkan sehingga agak layu.
3. Masukkan nasi, sos nampla dan garam. Gaulkan rata.
4. Angkat nasi dan masukkan dlam pinggan hidangan.
5. Taburkan hirisan daun ketumbar


NASI GORENG HAWAII [hanieliza]

Bahan-Bahan:
3 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah ]  hiriskan
3 ulas bawang putih   ]
1 biji cili capsicum ] potong dadu
2 biji cili merah     ]
1 cawan mix-vege
2 batang frankfurter [potong dadu]
5 biji chicken ball [potong kecil]
1 s/b lada hitam
2 biji telur
2 s/b majerin

1 pokok daun bawang [potong kecil]...hiasan

Cara:
1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan  mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.
4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.
5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
7. Sedia untuk dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 04:28 PM | Show all posts
NASI GORENG IKAN SARDIN [bebop

BAHAN TUMBUK  :  CILI PADI, BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH

SARDIN 1 TIN KECIK (DIHANCURKAN)
SAYUR KOBIS HIRIS
TELUR 2 BIJI
GARAM
NASI PUTIH


TUMIS BAHAN TUMBUK SAMPAI MASAK LEPAS TU MASUKKAN SAYUR KOBIS, DAH MASAK SAYUR MASUKKAN SARDIN, GAUL RATA.  THEN MASUKKAN NASI PUTIH GAUL SEBATI, LEPAS TU MASUKKAN TELUR DAN GAUL LAGI.  LAST SEKALI MASUKKAN GARAM DAN GAUL RATA.  LEPAS TU NGAAAPPP....


NASI GORENG INDONESIA [RasaCinta]

2 mangkuk nasi
1 sudu makan minyak
1 biji bawang, cincang
1 btg celery, cincang
2 cloves garlic, cincang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.265467 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list