CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1668|Reply: 5

Alasan wanita kahwin lambat: Tiada calon sesuai!

[Copy link]
Post time 24-2-2016 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Tiada pasangan yang sesuai, kekangan kewangan dan faktor pengembangan kerjaya menjadi sebab utama yang mendominasi dapatan kajian LPPKN.

Purata pertumbuhan penduduk pada 2030 nanti dijangka menjunam hingga 0.7 peratus berbanding 2 .6 peratus sekitar tahun 90-an.

Kahwin lewat dikenal pasti sebagai punca utama penurunan tersebut.

Persoalannya, apakah faktor yang mendorong pasangan lewat berkahwin?

Berdasarkan statistik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sejak tahun 80-an hingga 2000, purata kadar kelahiran di negara ini adalah sekitar 2.6 peratus.

Namun, ia menurun tahun demi tahun di mana purata kadar kelahiran di negara ini dijangka menjunam kepada 0.7 peratus menjelang 2030.

Sebab Utama Lewat Kahwin

Tiada pasangan yang sesuai, kekangan kewangan dan faktor pengembangan kerjaya menjadi sebab utama yang mendominasi dapatan kajian LPPKN menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5).

Memetik dapatan kajian tersebut, 56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin.

Berbeza bagi golongan wanita, tiada pasangan yang sesuai dilihat sebagai punca utama kepada 35.7 peratus golongan tersebut yang memilih untuk berkahwin lewat.

Kajian tersebut juga menunjukkan 86.8 peratus responden mempunyai keinginan untuk berkahwin di mana 31 tahun merupakan min umur untuk berkahwin.

Menerusi kajian tersebut, penakrifan umur perkahwinan lewat adalah sekitar 37 tahun kepada lelaki dan 33 tahun kepada wanita.

Bagi setiap responden, mereka mengimpikan pasangan yang mempunyai ciri-ciri seperti beragama, bertanggungjawab dan sopan.

Memetik dapatan kajian tersebut, 56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin.

Tempoh Kesuburan Semakin Pendek

Menurut Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail, jika pada sekitar tahun 80-an, rata-rata golongan hawa mendirikan rumah tangga di awal usia remaja berbanding pada usia 28 tahun pada masa kini.

"Apabila mereka (wanita) lama dalam meningkatkan taraf pendidikan mereka, ia akan memendekkan masa mereka untuk melahirkan anak.

"Jadi apabila wanita masuk ke alam perkahwinan pada usia 28 tahun, kadar kesuburan mereka semakin pendek di mana sekitar usia 49 atau 50 tahun akan menopos," katanya.

Perancangan Keluarga Terkesan

Selain itu, kekangan kewangan juga antara faktor bukan sahaja lewat berkahwin, tetapi memberi kesan kepada perancangan keluarga untuk memiliki anak.

Purata sekarang dianggarkan satu keluarga mempunyai dua orang anak.

Selain itu, kekangan kewangan juga antara faktor bukan sahaja lewat berkahwin, tetapi memberi kesan kepada perancangan keluarga untuk memiliki anak.

"Ini bermakna, sistem sokongan itu diperlukan oleh suami dan isteri. Seperti saya katakan, jika wanita itu mendesak dan membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak, bermakna si suami juga terpaksa menerima keputusan tersebut.

"Jadi sokongan keluarga itu perlu ada termasuk sokongan dari segi sokongan taska atau penjagaan anak. Kewangan juga perlu stabil. Ini kerana faktor-faktor sebegini akan menentukan wanita itu mempunyai anak ataupun tidak," jelas Dr Siti Norlasiah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla jawap tiada calon sesuai dr jawap nk tumpu career...cliche sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawab je calon yg ada tak leh nak pakai
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik tunggu lelaki ala DUKE atau DUKE sendiri masuk minang makcik horkeh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 11:42 AM | Show all posts
Dgr berita radio td ade jgk kajian psl kadar peningkatan penceraian dlm tempoh 5 tahun perkahwinan

antara high faktor nya dah tak serasi & pasangan curang
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy dl target nk kawen umur 30, ms target umur 22 .. last2 kawen umur 24..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.224794 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list