CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2472|Reply: 0

[TTV] Love @ Seventeen

[Copy link]
Post time 16-5-2016 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 16-5-2016 02:52 PM



  • Title: 我和我的十七歲 / Wo He Wo De Shi Qi Sui
  • English title: Love @ Seventeen
  • Genre: Romance
  • Episodes: TBA
  • Broadcast network: TTV
  • Broadcast period: 2016-Apr-09
  • Air time: Saturday 22:00
  • Opening theme song: My Only Love by Alan Kuo and Lin Min-Chen 林明禎
  • Ending theme song: Yi Hou Yi Hou (以後以後) by Peggy Lin 林芯儀

Sinopsis
Kalau anda diberikan satu lagi peluang untuk memperbetulkan kesilapan terbesar hidup anda, adakah anda akan mengambil peluang tersebut? Alice/Ai Li Si (Nikki Hsieh) seorang wanita dingin berusia 30 tahun yang melayari hidupnya bak robot diprogram, dimana setiap hari pada waktu yang sama dia akan melakukan yang serupa silih berganti. Tetapi kehidupannya yang membosankan itu telah berubah 180 darjah apabila satu hari setelah dia bangun dari pembedahan, Alice mendapati dirinya hanya mempunyai memori ketika dirinya masih berusia 17 tahun!

13 tahun yang lalu, Alice bertemu He Hao Yi (Lego Li), (pelajar yang baru berpindah dari Tainan) secara tidak sengaja semasa dia dalam perjalanan ke sekolah. Disebabkan salah faham, Hao Yi menyangkakan yang Alice adalah kakak kembarnya yang terpisah. Dek kerana masih lagi berdendam dengan ibunya yang dia anggap langsung tidak pedulikannya selama ini, Hao Yi mengambil keputusan untuk membuli Alice disekolah. Pada masa yang sama, Han Ming (Edison Wang) merupakan seorang lelaki nerd yang telah lama menyimpan perasaan pada Shu Lei (Amanda Chou) yang merupakan ratu renang sekolah mereka.

Apabila salah faham antara Hao Yi dan Alice diselesaikan, Hao Yi kembali bersatu dengan keluarganya. Sejak daripada itu, Hao Yi mula berkawan baik dengan Alice berserta Shu Lei dan Xiao Fen (kakak Hao Yi). Lama-lama kelamaan bibit percintaan mula terbit diantara Alice dan Hao Yi, namun disebabkan suatu peristiwa salah faham yang telah berlaku  hubungan Alice dengan tiga orang temannya itu menjadi renggang dan mereka langsung tidak berhubungan selepas Alice berpindah sekolah.

13 tahun kemudian, atas kebetulan yang tidak terduga Alice bertemu semula dengan Shu Lei, Huo Yi dan Xiao Fen. Dan dari situ, kisah lama yang Alice sudah hampir lupakan kembali menghantui dirinya.

Adakah Alice akan mengambil peluang ini untuk memperbetulkan kesilapannya yang lampau dan merubah masa hadapannya?


cr. dramawiki

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.362856 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list