Yang Nama nya Perempuan
kata orang Jawa
mereka itu empu laut
lautan luas
didarati
dan melaut lagi....
Yang namanya perempuan
tiada mungkin tergesa-gesa
akan menghapus hati rawan
kekal setia, menerima maut
Yang namanya perempuan
ciptaan nya rahsia Tuhan
kejora subuh
kekal menanti, esok hari
Yang namanya perempuan
sebenarnya permata
perlu digilap
perlu dijaga
hati selembut sutera
tiada mungkin berubah menjadi deraian kaca....
ADVERTISEMENT