Ramai tanya knpa aku menggunakan gambar Firaun sbg avatar..
Firaun ertinya raja/ketua/penguasa bagi rakyat Mesir. Ada 2 jenis firaun yg dapat dikesan dicerita dalam Al Quran.
Pertama, firaun kufur yg hidup sezaman dgn Nabi Musa a.s (Firaun Ramesis II) dan kedua firaun yang beriman & berpegang kepada ajaran tauhid, sepertimana yg pernah dibongkar dlm Jejak Rasul 7.
Firaun Akhenaten (yg aku gunakan) atau juga dikenali sbg Amenophis yg juga memakai gelaran Amenhotep ke IV dari dinasti ke18 dikatakan mengubah sistem agama kuno Mesir kpd sistem Monoteis (menyembah hanya yg satu).
Malangnya byk fakta telah diputar belit oleh barat dgn mengatakan Akhenaten menyembah Aten (Matahari) walhal Aten adalah nama lain yakni Allah bg masyarakat Mesir kuno.
Putera kpd Akhenaten iaitu Firaun Tutankhamun telah kufur kpd agama yg dianuti ayahnya dgn mengasaskan kembali agama bercorak politheisme.
Pd dinasti ke19 barulah bermulanya era Firaun Ramesis II (firaun ke5 selepas Tutankhamun) yg paling dilaknat oleh Allah Azawajalla dan jg yg paling byk diceritakan didlm Al-Quran nur-Karim.
Permaisuri Isitnofret (Siti Aishah) dan juga anak angkatnya (Nabi Musa A.S) telah byk kali membimbing Firaun tersebut supaya beriman pd yg Esa, tetapi tetap enggan mengakui Ar-Rahman sbg tuhannya sebaliknya mendakwa diri sbg tuhan..