Register Login
CariDotMy Return home

punkerzoe's Space https://mforum3.cari.com.my/?1834233 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Hari Ini Dalam Sejarah (9 September)

Viewed 1032 times9-9-2013 02:16 PM

PENUBUHAN MAJLIS BELIA MALAYA
Tarikh peristiwa: 9 September 1950


Pada hari ini dalam tahun 1950, tercatat di dalam sejarah pergerakan belia di negara kita apabila Majlis Belia Malaya ditubuhkan dengan rasminya.  Penubuhan Majlis Belia Malaya adalah berikutan dari mesyuarat agungnya yang pertama. Perkembangan pergerakan Belia di Tanah Melayu bermula dari tahun 1946 di mana tertubuhnya beberapa pergerakan pelajar hasil dari kesedaran nasionalisme. Ini terbukti dengan tertubuhnya di Selangor sebuah kesatuan Penuntut Melayu, Kuala Lumpur atas daya usaha pelajar-pelajar Victoria Institution; di Perak, Aminuddin Baki penuntut sekolah Anderson menubuhkan Persatuan Pelajar Melayu Insaf (PERMI); di Pahang, atas daya usaha Abdul Razak Datuk Hussein bekas pelajar Raffles College, Singapura telah menubuhkan Kesatuan Pelajar Melayu Pahang.  Namun begitu terdapat juga beberapa pertubuhan belia bukan pelajar ditubuhkan ketika itu. Pada bulan Julai 1948, satu persidangan dihadiri oleh wakil-wakil dari pertubuhan-pertubuhan seluruh Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan yang bertujuan untuk menubuhkan Majlis Belia Malaya.  Di dalam persidangan itu Abdul Razak bin Datuk Hussein dan YTM Tengku Jaafar telah dipilih mewakili Tanah Melayu menghadiri Perhimpunan dan menandatangani Piagam Perhimpunan Belia Sedunia. Sementara itu perwakilan belia yang bersidang pada bulan Julai 1948, telah berusaha dan menubuhkan Majlis Belia Negeri. Usaha-usaha terus dijalankan dan akhirnya pada hari ini dalam tahun 1950 perwakilan belia yang mewakili 11 badan gabungan telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertama Majlis Belia Malaya. Melalui mesyuarat ini Majlis Belia Malaya diisytiharkan penubuhannya yang berlandaskan kepada satu perlembagaan. Di antara badan-badan gabungan yang hadir dalam mesyuarat yang pertama ini ialah Majlis Belia Negeri Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Persekutuan Budak Pengakap dan Pandu Puteri. Pada tahun 1951, Majlis Belia Malaya diiktiraf oleh kerajaan sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Pertubuhan Belia di negara ini.  Majlis Belia Malaya kemudiannya dinamakan Majlis Belia Malaysia yang ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan kemajuan belia di semua bidang iaitu ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat dan negara, di mana akan dapat melengkapkan diri para belia sebagai warganegara yang matang, kreatif dan bertanggungjawab.

sumber: http://hids.arkib.gov.my/hids/photogallery.php?album_id=64

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2026 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.022964 second(s), 8 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top