Register Login
CariDotMy Return home

punkerzoe's Space https://mforum3.cari.com.my/?1834233 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Hari Ini Dalam Sejarah (10 September)

Hot 1Viewed 859 times10-9-2013 02:05 PM

MESYUARAT PERTAMA JEMAAH MENTERI
Tarikh peristiwa: 10 September 1957

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1957,  Jemaah  Menteri  Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  mengadakan  mesyuarat  yang  pertama  di  Majlis  Undangan  Persekutuan,   Kuala  Lumpur.  Dalam  mesyuarat  ini,  buat  pertama kalinya   pemimpin-pemimpin  tempatan  telah  mengambil  alih  tempat  pegawai-pegawai   Inggeris.  Mesyuarat  ini  telah  dipengerusikan   oleh  Perdana  Menteri,  Tunku  Abdul  Rahman.  Mesyuarat  yang  berlangsung  selama  dua  jam  ini  telah  membincangkan   peraturan  baru  yang  perlu  dipatuhi  oleh  para  menteri.  Dalam kabinet ini, semua  ahli  terdiri  daripada  menteri  yang  menjadi  pemimpin  Perikatan  UMNO-MCA-MIC   yang  memenangi  Pilihanraya  Umum  1955  kecuali  Col. H. S. Lee.   Beliau  merupakan  Menteri  yang  tidak  terpilih  melalui  pilihanraya  tetapi  diserahkan  portfolio  sebagai  Menteri  Kewangan.  Sistem  perlantikan  ini  hanya  digunakan  bagi  pilihanraya  umum  1959  kerana   seluruh   Menteri  Kabinet  1959  pada  masa  itu  terdiri  daripada  anggota-anggota   yang   memenangi  pilihanraya  sahaja.

sumber: http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=26

Leave a comment Comments (1 Comment)

Reply jasibatuko 8-8-2021 06:49 PM
Alpha-galactosidase is an enzyme that helps your body break down foods without producing as much gas. https://tutuappx.com/
https://vidmate.onl/

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2026 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.021845 second(s), 9 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top