Hari Ini Dalam Sejarah (20 September)
Viewed 786 times20-9-2013 10:52 AM
PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN BARU PERPUSTAKAAN NEGERI PERLIS
Tarikh peristiwa: 20 September 1988
Ilmu pengetahuan memainkan peranan
yang penting dalam menyediakan masyarakat maju. Salah satu daripada
sumber ilmu pengetahuan yang paling berkesan melalui pembacaan dan
tempat yang paling sesuai sekali mencari sumber bacaan adalah
perpustakaan. Pada hari ini 20.9.1988, bangunan baru Perpustakaan Negeri
Perlis telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Perlis DYMM Tuanku Syed
Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Usaha-usaha penubuhan
Perpustakaan Negeri Perlis mula dirancang sejak tahun 1966 lagi. Y.B.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Azizul Rahman telah membentuk
Jawatankuasa Khutub Khanah dan telah mengadakan mesyuarat buat pertama
kali pada 28 September 1968. Perkembangan di bidang perpustakaan di
Negeri Perlis mengalami perubahan apabila pada 20 Nov. 1973, Enakmen
Perbadanan Perpustakaan Umum Perlis telah diwartakan. Ekoran daripada
perkembangan semasa, Kerajaan Negeri telah mencadangkan dibangunkan
perpustakaan baru ekoran lokasi dan kesesakan di kawasan asal. Melalui
rancangan Malaysia Ketiga sebanyak 1 juta telah diperuntukan untuk
bangunan baru perpustakaan yang terletak di Jalan Penjara dengan
keluasan lantai 25,000 kaki persegi. Sesungguhnya dengan adanya bangunan
baru ini, akan dapat memberi keselesaan kepada penduduk untuk mencari
ilmu pengetahuan melalui perpustakaan baru ini.
sumber: http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=1181