CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Mengutik Iktibar Tragedi Di Mesir

1-4-2014 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5160| Komen: 9




Kabur berapa ramai lagi rakyat Mesir yang tidak berdosa akan ditembak, dibakar atau dibunuh hidup-hidup kerana berjihad untuk menurunkan seorang lagi anak Firaun di Mesir, Abdul Fatah As Sisi yang kini sedang kemabukan darah agar turun dari kerusi kekuasaanya yang dicuri secara buruk dari Presiden Mohamad Morsi yang dilantik secara sah oleh rakyat menerusi pilihan raya.

Pembunuhan dan angka kematian di negara benua Afrika itu kian bertambah bukan dari dari hari ke hari tetapi dari jam ke jam malahan minit ke minit. Asap dan api terus mengepul dan menyala di sana. Langit Kaherah sudag gelap pekat dengan asap kezaliman. Lubang kubur tentunya bertambah lebar, darah dan air mata juga kian membanjiri kota Kaherah itu.

Dari sini kita tidak dapat menggambarkan apa yang berlaku sebenarnya. Hanya dengan melihat kiriman gambar yang dimuatkan dalam media sosial ataupun laporan rasmi agensi-agensi berita ia sudah menakutkan kita. Menggerikan. Menyaksikan mayat bergelampangan ada yang hangus dibakar penaka ikan kering, ditembak, kepala pecah bersembur otak atau tali perut terburai menyebabkan kita jadi tidak terkutik dan air mata mengalir tanpa disedari.

Dari angka yang tidak rasmi angkara kemabukan anak Firaun baru si Abdul Fattah As Sisi itu khasnya dan pasukan tentera Mesir amnya sudah menghimpun lebih 2,500 mayat, manakala lebih 15,000 yang cedera. Mereka adalah merupakan rakyat yang bangkit mempertahankan Presiden kesayagan mereka Morsi yang ditahan kini masih dalam tahanan tentera entah di mana.

Pastinya angka itu akan bertambah dan kesadisan demi kesadian terus berlaku. Tentera Mesir pimpinan anak Firaun baru itu bermaharajalela dan bermandikan darah. As Sisi kandati Islam tetapi jiwa dan roh Islamnya sudah hilang dirasuk syaitan atau pun jembalanag Abu Jahal, Abu Lahab atau manusia sesat dan pembunuh berketurunan.

Apabila As Sisi menjadikan perkarangan masjid Raba'ah Adawiyah sebagai pusat pembantaian. apa lagi hendak dikonotasikan perbuatan itu kalau ia lebih kemaruk dan gila dari syaitan? Rasanya syaitan jauh lebih berhati perut sebab itulah ada orang mengatakan lebih baik berkawan dengan syiatan dikenali? Haha..

Abdul Fattah nampaknya tidak melalui jalan sukar bagi mempertahankan kedudukannya yang diperolehi secara haram dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa. Beliau tidak dicabar oleh sesiapa, melainkan rakyat Mesir yang turun dengan suara, seruan Allahuakbar dengan mengangkat sepanduk pelbagai kata-kata kecaan dan kesalan tanpa senjata. Sedang dunia luar yang ada kuasa penegur seperti Amerika Syarikat atau Eropah diam membisu dan ketawa di hujung jendela menyaksikan pembunuhan sesama Islam. Apakah Amerika bersekongkol di sebalik tragedi yang berlaku di Kaherah kini? Tentu sekali.


Mangsa kekejaman tentera Mesir.



Saya tidak mahu menulis dan menebak lebih jauh dari itu. Sebelum ini pun saya mendiamkan tangan saya dari menulis tentang pergolakan dan pembunuhan di Mesir walaupun hati meronta-ronta kehibaan. Apa yang berlaku di Mesir daripada gambaran diterima ianya cukup memilukan. Mesir sudah mencatat satu sejarah huduh paling menggerikan di abad ini, yang melibatkan pembunuhan beramai-ramai. Mungkin apa yang berlaku di Mesir boleh dianggap sama kejam dengan apa yang berlaku di Bosnia kira-kira 15 tahun lalu. Ataupun pembakaran penyokong Mesir oleh tentera Dajal itu lebih sadis dengan tindakan pelampau agama Buddha di Myanmar yang membakar perkampungan orang Islam di sana.

Kita tidak ada kudrat untuk mencegah apa yang sedang berlaku di Mesir. Kita hanya ada semangat dan peri simpati yang tinggi. Kalaupun kita menangis keluar air mata darah sebagai simpati, ia tidak akan menghentikan atau meredahkan otak manusia yang kini dalam kemabukan dan dihasut di Mesir itu. Apa yang kita di sini dapat lakukan hanya berdoa dan merintih sesama sendiri. Itu sahaja. Rintihan kita laksana punggung merindui bulan.

Tetapi apa yang berlaku di Mesir itu ia tidak boleh dianggap sebagai satu takdir semata-mata sebaliknya harus dimanfaatkan lebih dari apa yang kita lakukan hari ini. Kira perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku itu untuk kebaikan masa depan kita uamat Islam di sini atau di mana-mana jua. Kita perlu senantiasa berwaspada dan ingat bahawa kedudukan kita sebagai Islam senantiasa dicemburu dan dibenci adakalanya sengaja direka punca untuk membantai kita.

Sesiapa jua bangsa di dunia ini berada dalam persimpangan atau celah perebutan kuasa baik agama maupun ekonomi dan politik. Selagi manusia ada nafsu ada cita-cita dan tidak dapat menanggalkan pemanduan syaitan maka dunia senantiasa siap untuk bergolak dan manusia yang lemah akan menjadi mangsa.

Suasana itu tidak akan terhindar ia tetap akan berlaku. Ia seperti roda pedati naik turun dan kita hanya menunggu giliran. Apa yang dapat diperlakukan ialah mempebesarkan lekaran roda petati kehidupan dan takdir itu agar ia lambat tiba kepada kita.


Khemah penyokong Morsi dibakar.


Kita juga jangan mudah mengira lantaran negara kita hari ini aman damai, memiliki khazanah dapat membantu rakyat, kita tidak menimbulkan kekhuatiran seperti apa yang berlaku di Mesir itu. Jangan. Kita tidak boleh bersangka di air tenang tiada buaya. Justeru kita perlu waspada memperkuatkan keimanan dan solidariti kita bagi menghindar apa yang berlaku di Mesir itu. Keadaan yang ada wajib dipertahankan.

Tragedi yang berlaku di Mesir itu boleh dirumuskan kepada beberapa simpulan untuk dijadikan iktibar atau pun renungan dalam kita melayar kehidupan dalam sebuah masyarat maupun negara.

a) Rakyat akan bangkit apabila mereka merasakan mereka diperlakukan dengan tidak adil dan dilayan dengan zalim. Mereka akan bangkit tanpa mengria risiko yang menimpa mereka, yang penting merasa merasa puas dengan tindakan dan jikalau matipun mereka akan menutup mata rapat, tanda puas.

b) Pihak berkuasa juga perlu melihat kebangkitan rakyat itu sesuatu penentangan yang akan datang dengan sendirinya. Juteru pihak berkuasa (kerajaan) harus senantiasa melayani rakyat seadil-adilnya mngikut peraturan yang benar dan haq. Juga menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat menerusi saluran yang sah.

c) Dalam konteks negara kita ia mungkin sukar untuk berlaku, tetapi takdir dan kemalangan begitu bukan sesuatu yang mustahil ia boleh berlaku bila-bila masa saja hanya dengan asbab yang kecil saja.

d) Semua dari kita perlu menyemak atau pun mengawal diri agar tidak terpengaruh dengan mana-mana hasutan atau adu domba dari anasir luar sehingga tercetus peristiwa seperti di Mesir itu; yang saling bermusuhan atas kepercayaan (hasutan) akulah yang benar dan berhak.

Seperkara lagi yang perlu dikenang ialah Tuhan tidak menjadikan sesuatu perkara itu kalau bukan untuk dijadikan peringatan. Mungkin apa yang menimpa Mesir itu peringatan untuk negara-negara Teluk, tetapi harus disedari ia juga boleh berlaku kepada negara kita.

Titik asmaranya, janganlah kita hanya melihat serta merasa sedih atas apa yang berlaku di Mesir itu, rakan-rakan seagama kita ditembak, dibakar, dibunuh tetapi ia kita juga perlu menghayati lebih dalam dari itu. Ngeraman kesakitan mereka atas apa yang berlaku perlulah kita hayati degan rasa aduhan di jiwa kita di sini. Sama-sama kita berdoa dunia ini selamat.



Rakyat Mesir terus bangkit tanpa rasa takut.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pestol 31-3-2014 04:27 PM


Abdul Fatah As Sisi
Quote pestol 31-3-2014 04:27 PM

Quote pestol 31-3-2014 04:33 PM
[youtube]9fUIRqt3WAU[/youtube]

(18) sg
Quote pakwetizzaqyah 31-3-2014 05:19 PM
ensemnye sisi

Quote anees~nuhara 31-3-2014 05:30 PM
nape kejam sgt die ni
Quote daitechgroup 31-3-2014 06:24 PM
rakyat mesir tak layak menghukum as sisi.

yang layak hanya balasan di akhirat kelak.
Quote taji2906 1-4-2014 09:23 AM
daitechgroup posted on 31-3-2014 06:24 PM
rakyat mesir tak layak menghukum as sisi.

yang layak hanya balasan di akhirat kelak.

tak kena kat ang boleh la kata gitu.... cuba bayangkan ang dok kat mesir dan ditindas seperti mangsa2 as sisi ni?
dok diam saja ke? pemerintah kejam harus disanggah...
Quote DeMax 1-4-2014 10:52 AM
pestol posted on 31-3-2014 04:27 PM
Abdul Fatah As Sisi

Pemimpin Agung Islam, berjaya menumbangkan pemimpin pengganas Brotherhood, MORSI
Quote daitechgroup 1-4-2014 01:05 PM
taji2906 posted on 1-4-2014 09:23 AM
tak kena kat ang boleh la kata gitu.... cuba bayangkan ang dok kat mesir dan ditindas seperti mang ...

balasan dunia sangat ringan buat as sisi.

akhirat neraka lagi dahsyat.

jadi biarlah neraka balas perbuatan zalim as sisi sebagaimana firaun di balas.

mereka yang dizalimi tu kan mati syahid?

ALLAH xzalim.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.263174 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top