CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prabowo arah semua menteri guna kereta buatan Indonesia

29-10-2024 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32552| Komen: 13

 


JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan semua menteri Kabinet menggunakan kenderaan buatan tempatan dan bukan model mewah dari luar negara, lapor portal berita detikOto semalam. 

Prabowo sendiri menggunakan kenderaan buatan tempatan, Maung Pindad MV3 Garuda Limusin selepas dilantik menjadi Presiden pada 20 Oktober lalu.

Beliau juga meminta timbalan menteri dan ketua jabatan menggunakan kenderaan tersebut.

“Minggu depan saya akan mula memakai kenderaan Maung ini kerana Pak Prabowo sudah menyatakan bahawa tidak ada lagi kenderaan import untuk kegunaan ketua jabatan hinggalah kepada menteri,” kata Timbalan Menteri Kewangan, Anggito Abimanyu.

Menurutnya, PT Pindad merancang untuk menggunakan komponen tempatan sehingga 70 peratus.

Kenderaan Maung Pindad dihasilkan oleh syarikat PT Pindad dengan menggunakan enjin turbo diesel 2,200 cc dan mampu bergerak selaju 100 kilometer sejam. – AGENSI



SUMBER : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 29-10-2024 09:57 PM
Cantik keretanya itu
Quote Buritan 29-10-2024 10:21 PM
Supersirap replied at 29-10-2024 09:57 PM
Cantik keretanya itu

Sampai ke mesia terus jd ratus ribu
Quote ultra78 29-10-2024 10:43 PM
Ini asalnya trak tentera kan
Quote Skuau 29-10-2024 10:58 PM
negara tertangga pasti iri...
Quote Matyam 29-10-2024 11:03 PM
Baru tahu indo ada kereta buatan nasional mereka.

Dekat jalanraya sana banyak Toyota je.

Its a good sign lah untuk indo majukan sektor pembuatan kereta.

Quote BoongaKertas 30-10-2024 08:21 AM
lawa nampak depan dia. dlm pun also cantik.
Quote Dwdrum 30-10-2024 08:24 AM
Seperti humvee di jadi kan japanese version
Quote kemaruk 30-10-2024 08:34 AM
sejenis yang sembang kencang jugak ke
Quote venom1 30-10-2024 09:15 AM
macam pelik jugak design kereta ni
Quote dekmieDandy 30-10-2024 09:18 AM
memang buat sendiri ke? or based kereta mana-mana.?
Quote nazzse 30-10-2024 10:17 AM
habislah raffi ahmad tak boleh guna RR lagi

kabinet paling kartun under probowo, penuh dgn retis & under shadow jokowi
Quote fanaz82 30-10-2024 10:56 AM
cantik keretanya. harap2 xde la problem enjin ke apa
Quote jebatmaspunyer 30-10-2024 12:20 PM
Ada ke kereta biasa yang x mampu bergerak pada kadar 100km/j? Kalau tempoh beberapa saat utk capai 0-60km/j adalah makna jugak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.124078 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top