Tidak tahan berada dalam rumah tangga yang toksik, pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini. Zahnita, 38, berkata, keputusan untuk bercerai itu dilakukan kerana tidak mampu lagi bertahan apatah lagi selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu. “Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini ialah Allah SWT dan sokongan daripada ibu saya. Doa dia mengiringi perjalanan saya hari ini. “Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi. Dalam masa sama, dia juga bersyukur apabila dimaklumkan pihak berkuasa suaminya sudah ditahan semalam. “Lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa risau apa-apa. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.
“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya. “Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan. “Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” jelasnya.
|
Lampuled replied at 3-12-2024 03:44 PM
Kiranya diaorg tinggal sebumbung atau dh berasingan sejak dia jual pie tu?
dua_chzy replied at 3-12-2024 11:34 PM
Punya lar herloookkkkkkk muka bila cukup persiapan filter sana sini segala.
pocongkiutss replied at 4-12-2024 12:20 AM
Mmg herlok lg pun kan .kalau dh gumuk tu mmg takleh nk tolong .atau terlalu kuwus mcm aida Aris pu ...
cempakaa replied at 3-12-2024 09:52 PM
Semoga tak get back dgn laki itu
noor2 replied at 4-12-2024 07:13 AM
Acik2 porum ada x mcm kes Zahnita ni bertahan lama dgn laki walau laki curang, laki kaki pukul, lak ...
ADVERTISEMENT