CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya tertekan sampai saya benci orang agama – Dr. Kamilin

9-12-2024 01:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37782| Komen: 30

 


PETALING JAYA – Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan, Dr. Kamilin Jamilin mendedahkan beliau pernah mengalami tekanan melampau sewaktu remaja gara-gara dibuli.

Menurut Dr. Kalimin, beliau yang ketika itu berusia 14 tahun mula `memberontak’ hingga menyebabkan dirinya gagal mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Menengah Agama (SMA)

Katanya, sikapnya itu mula berubah apabila beliau diejek dan dipulaukan oleh rakan serta guru-guru.

“Makin lama saya jadi ‘rebel’ dan buat perangai. Jadi ramai orang tak suka kita sampai ke tahap guru pun tak suka. Saya ponteng solat sehingga saya beritahu saya benci orang agama.

“Mungkin tiada istilah ‘depression’ masa itu, tapi saya pernah rasa ya Allah kenapa lah kau tak cabut nyawa aku,” katanya pada sesi podcast yang dimuat naik di YouTube, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr. Kamilin berkata, beliau terdetik untuk mengubah semula nasib dirinya ketika berpindah ke sekolah harian dan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Bagaimanapun, di atas hasrat ibu bapanya, Dr. Kamilin kembali meneruskan pengajian agama di bawah Darul Quran dekat Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Walaupun masih ‘rebel’ dan terpaksa, saya tetap teruskan hafazan al-Quran selama lima bulan dan habis 30 juz,” jelasnya.

Justeru, katanya, titik perubahan yang mengubah pandangan beliau terhadap bidang agama adalah selepas terbaca sebuah hadis mengenai Madinah.

“Bila dapat tawaran belajar di Madinah, saya serba salah nak pergi. Tetapi Rasullullah S.A.W kata, Madinah itu baik bagi kamu kalau kamu mengetahuinya. Tak tahu kenapa hadis itu masuk dalam hati saya,” katanya.

Dr. Kamilin yang merupakan Ahli Majlis Fatwa termuda mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang hadis daripada Universiti Islam Madinah (UIM) pada 2008.

Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang hadis dan tafsir di Universiti King Saud, Riyadh Arab Saudi pada 2013 dengan kepujian kelas pertama.

Selain itu, Dr. Kamilin juga merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang hadis ( Al-Jarh wa Al-Ta’dil) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan keputusan cemerlang kelas pertama. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 9-12-2024 06:15 AM
kalo dah level2 phd still ada cemerlang kelas pertama, kedua, ketiga ke?
Quote joy_ah 9-12-2024 06:17 AM
nama dia weh

kamilin jamilin
anak dia nanti hamilin?
Quote hyie 9-12-2024 06:24 AM
tak silap pointer master heshe 3.98 cemtuh..atau 3.99..atau 3.88...pusing2 gitu lah.
Quote shernazz 9-12-2024 06:33 AM
Nama dia mmg senang igt
Quote delsmomm 9-12-2024 07:41 AM
suka sgt tgk content dia cara didik anak2..
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:14 AM
ko xyah dgr setad kat mesia ni baru tenang
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:15 AM
xkenal la tp mcm best je kisah hidup saudara
Quote prettyuglybabe 9-12-2024 11:52 AM
joy_ah replied at 9-12-2024 06:17 AM
nama dia weh

kamilin jamilin

lepas J, K.. lepas K, L..
so lamilin kamilin jamilin..

Quote toynme 9-12-2024 11:59 AM
betul ke diat tertekan dengan geng dr maza?
mcm2 spekulasi jugak kat TT tu
yang akal pendek mmg tak paham
yang akal normal ni dah mcm konpius
Quote MisXoXo 9-12-2024 12:25 PM
Aliff ahmad bantai dia kt fb.aku kdg dgn AA tu meluat.blh psiko dia hentam org.semoga Allah bg bahagian dia lah
Quote Skuau 9-12-2024 02:19 PM
TERtekan takpe..tak sengaja-kakikudibibirmu
Quote ninja boy 9-12-2024 02:25 PM
Kena buli ke apa
Quote Dwdrum 9-12-2024 02:32 PM
Circles agama ka... Liberal ka... Ada yang toxic... Perlu sentiasa mencari circle yang kita sesuai untuk ikut..
Quote Sanitizer 9-12-2024 02:35 PM
prettyuglybabe replied at 9-12-2024 11:52 AM
lepas J, K.. lepas K, L..
so lamilin kamilin jamilin..

lepas L, M pulak..jadi la Michelin...
Quote gigahertz 9-12-2024 03:31 PM

hilang kat mall senang nak carik.
Quote tungkai 9-12-2024 03:55 PM
Hamilin, Michelin..adoi laaa...
Quote fattymah 9-12-2024 04:34 PM
Yg iols paham dulu dia belajar obersi kut.. baca mana ntah dulu.. cer korang gugel.. pastu dia masuk sekolah agama.. cam dia sengaja failkan spm.. iols ni pelupa.. cer gugel kut ada
Quote Decaffeinated 9-12-2024 04:40 PM
joy_ah replied at 9-12-2024 06:17 AM
nama dia weh

kamilin jamilin
anak dia nanti hamilin?

itu cocok buat isteri beliau ya mbak... di hamilin

- Friska


Quote ninja boy 9-12-2024 06:10 PM
Masalhnya  persekitaran toxic sentiasa cari mangsa, kena lari jauh2 spt pindah rumah pindah tempat belajar pindah kerja

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064419 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top