CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas suami pukul Jahidah hingga koma dipenjara 10 tahun

9-12-2024 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42534| Komen: 93

 


Johor Bahru: Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin@Sylvester, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan di akhir pembelaan kes berkenaan terhadap Rosmaini Abd Raof, 41, selepas perbicaraan berlangsung selama tiga tahun dengan 11 saksi pendakwaan dipanggil.

Hakim berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

"Selepas mendengar, menimbangkan dan meneliti semua keterangan, dokumen dan hujahan bertulis semua pihak, selain mitigasi pembelaan dan hujahan pendakwaan, tertuduh disabitkan bersalah.

"Oleh itu, tertuduh dihukum penjara 10 tahun penjara bermula tarikh sabitan hari ini," kata hakim.

 

Terdahulu peguam mewakili tertuduh, Mohd Salleh Togimin memohon mahkamah memberikan hukuman ringan ke atas tertuduh berikutan beliau mempunyai sakit jantung.

"Tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap menanggung dua isteri dan lapan anak yang berusia antara dua hingga 19 tahun.

"Malah tertuduh ditahan di penjara selama setahun dua bulan dengan keluarga terpaksa mengumpul wang untuk dijamin keluar sebelum ini," katanya.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu.

Selain Mohd Salleh, tertuduh turut diwakili Kamal Hisham Jaafar dan Aina Kamila Zalizam.

Peguam pemerhati yang mewakili keluarga Jahidah, Muhammad Hazeem Mohd Norizan dan Syufri A Samad, turut hadir mengikuti prosiding berkenaan.

Terdahulu, adik Jahidah, Fauziah Nordin, hadir seawal jam 8 pagi di perkarangan mahkamah bagi mengikuti keputusan kes berkenaan.

Pada 3 November lalu, keputusan kes berkenaan ditangguhkan ke hari ini selepas tertuduh tidak hadir ke mahkamah kerana dimasukkan ke Hospital Pendang akibat sesak nafas.

Pada 16 Januari lalu, Rosmaini yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah sehingga koma, tiga tahun lalu, untuk membela dirinya.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bekas isteri ketiga, Jahidah, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin kira-kira jam 6 pagi, 4 Mei 2021.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.



Sumber:- Harian Metro
 

 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Barebow77 9-12-2024 07:02 PM
Semoga kau disontot berterusan dalam jel sampai koma..moga pecah kau punya lobang buntut sampai jadi bentuk bintang..
Quote hanamunir 9-12-2024 07:03 PM
akhir nya masuk duduk dalam sana jantan dayuss..
Quote Zeelalala 9-12-2024 07:12 PM
3 org bini tu, amboi kemain, tapi bila jatuh hukum boleh pula kata xde pekerjaan tetap blablabla sakit bagai.
Quote tungkai 9-12-2024 07:13 PM
10 tahun tak cukup. At least 20 tahun. Sekarang umur 41, keluar penjara 51. Kalau berkelakuan baik boleh kurang lagi..
Quote stargazers 9-12-2024 07:13 PM
10 tahun je? Patut sebat skali kasi punggung tu berlubang

Pastu jgn kutip sabun ye nattt
Quote suri33 9-12-2024 07:19 PM
Sampai cacat kekal gitu. 10 tahun penjara je. K.
Quote IzzahF 9-12-2024 07:30 PM
heshe men bola pun dah sesak napas tak sedorkan diri. kalo kena balun kat dlam tu nnt cpt jalannya tu
Quote anony-mous 9-12-2024 07:41 PM
tungkai replied at 9-12-2024 07:13 PM
10 tahun tak cukup. At least 20 tahun. Sekarang umur 41, keluar penjara 51. Kalau berkelakuan baik b ...

I pon rasa xckup . 25thn minima klau iols hakim sekali 10 sebatan
Quote gekkou 9-12-2024 07:42 PM
jangan mati dalam penjara tau
mati sakit jantung sebaik melangkah keluar pintu penjara tu
Quote plywood 9-12-2024 07:47 PM
aku baca bini ada 3. ni bini ke3 dia balun sampai koma... apa faktor penarik lelaki ni sampai ramai perempuan nak.. hukuman tu patut kena tambah dengan sebat 50 kali

nampak gaya mcm bukan orang kaya... aku rasa dia berperangai bad boy.. perempuan semua, bad boy tu sebenarnya bererti tukang pukul.. mungkin ada perempuan nampak itu tanda berani... memang silaplah
Quote azimodin 9-12-2024 07:57 PM
Sepuluj tahun, tolak cuti bagai maybe 7-8 tahun dah keluar. Umur baru 50, boleh kawen lain & repeat pukul bini lagi. Jangan lupa tabur sperma. Yg rugi pihak perempuan. Sepatutnya penjara 50 tahun, 10 sebatan. Kita doa2 la gangster dalam penjara balun dia separa mampos
Quote edayildiz 9-12-2024 08:24 PM
10 thn je..ingt seumur hidup
Quote Purestteam1 9-12-2024 08:30 PM
moga insaf... tapi ni balasan dunia.. akhirat lagi azab
Quote syamzana 9-12-2024 08:33 PM
plywood replied at 9-12-2024 07:47 PM
aku baca bini ada 3. ni bini ke3 dia balun sampai koma... apa faktor penarik lelaki ni sampai ramai  ...

mulut manis pandai blakon ni, badboy2 skrg pompuan pun lari lintang pukang dah aihh.
dah dpt baru tnjuk tru kaler.
yg si janidah ni pun katanya tatau dia bini ke3. ditipu hidup2 lepas dpt separa hidup jadinya
celaka sgguh jantan neh, penjara pun byk tu je
Quote bitterchoc 9-12-2024 09:07 PM
Patut lebih lama dan kena sebat.
Quote shernazz 9-12-2024 09:15 PM
Alhamdulillah
Harap banduan2 dalam tu beri oengajaran buat lahanat ni
Quote syafarah_2k 9-12-2024 09:17 PM
Kenapa tak de hukuman sebatan? Kalau kena 3 4 kali sebat puas hati skit..biar mati pucuk terus
Quote B40tastePosh 9-12-2024 09:28 PM
tungkai replied at 9-12-2024 07:13 PM
10 tahun tak cukup. At least 20 tahun. Sekarang umur 41, keluar penjara 51. Kalau berkelakuan baik b ...

Lengkap explaination uols tentang hukuman dunia
Quote delia3003 9-12-2024 09:49 PM
Malang sungguh anak² dapat bapak macam ni. Ye ye je tanggung anak 8 orang. Hrmmm je baca.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.299072 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top